Khamis, 13 Oktober 2011

F.O.H(BAB 16)


BAB 16
            Dyna dan Adrian akhirnya sampai di retoran yang akan manjadi tempat untuk mereka menjamu selera setelah mengambil masa selama setengah jam perjalanan dari pejabat Adrian. Masing-masing sudah kelaparan terutama sekali Dyna mana tidaknya dia tidak sempat untuk bersarapan pagi itu. Itulah akibatnya apabila tidur lambat dek kerana sibuk membaca novel sehingga larut malam. Dyna sudah beberapa kali memengang perutnya kerana menahan sakit disebabkan kelaparan. Dia bukannya boleh tidak makan ataupun menahan lapar kerana Dyna dari kecil sudah menghidap penyakit gastrik. Ahli keluarganya sudah faham benar dengan keadaan Dyna yang menghidap penyakit gastrik itu. Namun Adrian sememangnya tidak tahu tentang penyakitnya itu. Puas makcik Icah menyuruh anaknya itu memaklumkan tentang penyakitnya itu kepada Adrian namun Dyna degil alasannya tidak mahu menyusahkan sesiapa terutama sekali Adrian.
            Tanpa Dyna sedar Adrian sudah lama memerhatikan kelakuan Dyna yang kerap kali memengang bahagian perutnya. Risau juga dia bila melihat raut wajah Dyna yang bagaikan orang yang sedang menahan kesakitan.
            “Dyna, awak ni kenapa..ok ke tak?”
Tersentap Dyna dengan pertanyaan Adrian yang tiba-tiba itu.
            “Eh,,saya ok jela. Kenapa awak tanya macam tu..saya ni macam orang sakit ke?”
            “Tak adalah,saya tengok awak asyik pegang je perut awak tu.”
            “Oh..rupa-rupanya dari tadi awak memerhatikan saya jela. Tak ada kerja lain ya asyik nak perhatikan orang saja.”
            Berkerut muka Adrian mendengar kata-kata Dyna itu. Pantas dia menggelengkan kepalanya.
            “Eh tak la. Saya bukannya perhatikan awak tapi perasan je yang awak tu asyik pegang perut je dari dalam kereta tadi. Awak lapar sangat ke?”
            ‘Eh mamat ni perhatikan dengan perasan bukan sama ke.’
            “Saja nak pegang perut saya tak boleh ke? Takkan saya nak pegang perut awak pula.” Lantas Dyna bangun untuk mengambil makanan kerna dia perlu segera mengisi perutnya yang kosong itu sebelum apa-apa yang tak diingininya terjadi.
            Adrian hanya tersenyum mendengar jawapan Dyna itu. Tengah marah pun boleh buat lawak lagi.
            Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memerhatikan tingkah laku mereka dari jauh.

            Afiq pantas melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di dalam pejabatnya itu. Kenyang perutnya selepas menjamu selera di Restoran Hang Tuah tadi namun fikirannya mula melayang mengingatkan wajah seorang insan yang sangat dirinduinya.
            Sudah beberapa bulan dia tidak berjumpa dengan wanita  yang dirinduinya setiap saat. Seseorang yang mampu membuatkan dirinya tidak lena tidur hampir setiap malam sejak beberapa bulan yang lalu. Seseorang yang sentiasa hadir di dalam mimpinya setiap malam.
            Dengan perlahan-lahan Afiq membuka dompetnya dan mengeluarkan sekeping gambar yang terdapat gambar seorang budak perempuan yang sedang leka membaca novel. Budak perempuan itu ialah Dayang Nurdyna. Gambar itu diambil secara diam-diam tanpa pengetahuan Dyna. Waktu itu Dyna sedang leka membaca novel di taman sambil menunggu kedatangan Afiq. Afiq sendiri tidak tahu mengapa hatinya terdetik ketika itu untuk menangkap gambar sahabatnya yang seorang itu. Namun gambar itu sudah lama terselit di dalam dompetnya sejak mereka berada di zaman sekolah lagi. Tetapi sampai sekarang Dyna tidak tahu bahawa Afiq mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya sendiri.
            Dyna..mengapa disaat hatiku merindui dirimu..kau telah menjadi milik orang lain dan aku tahu aku tidak layak lagi untuk merindui dirimu seperti dahulu kala. Kalaulah kau tahu betapa sakitnya hatiku apabila melihat kau bersama orang lain tanpaku disisimu.
            Afiq sudah tidak mampu untuk menyambung kerjanya yang tergendala sebelum dia keluar untuk menjamu selera. Hatinya terlalu sakit dan rindu terhadap Dyna. Akhirnya Afiq terlelap sehinggalah dia menerima satu panggilan yang mengejutkan dari tidurnya itu. Dengan malas Afiq menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.
            “Hello darling..you tengah buat apa ni..busy ke?”
            “Hurm..I tengah buat kerja lah ni.” Pandai Afiq menipu tunangnya itu. Semakin hari dia semakin jelek dengan perangai gedik tunangnya itu. Dia pun tidak tahu mengapa dia boleh jatuh hati dengan perempuan seperti itu.
            “Oh..I ingat nak ajak you keluar hari ni. Boleh tak?”
            “Hari ni? Sorry Anni..I balik lambat hari ni sebab banyak lagi kerja yang perlu I siapkan. You pun tahukan I kena dapatkan tender dari syarikat kawan papa I tu. Lain kali jela kita keluar ya.”
            “Erm ok la kalau macam tu. Lain kali you janji ya teman I shopping.”
            “Ya. Baiklah.” Lantas Afiq mematikan panggilan telefonnya setelah berjaya mengelakkan diri daripada keluar bersama Anni.
            Akhirnya Afiq memutuskan untuk menyambung kembali kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Dia perlu mendapatkan tender untuk syarikatnya itu. Esok dia perlu menghadiri mesyuarat yang akan menentukan sama ada syarikatnya mendapat tender yang sudah lama dia usahakan itu.

            Hari ini Dyna sudah mula bekerja di syarikat tunangnya Adrian. Pagi itu dia sudah dimaklumkan oleh Adrian bahawa akan ada meeting yang penting pada waktu tengah hari nanti. Dan itu bererti Dyna akan pergi lunch bersendirian untuk pertama kalinya kerana Adrian tidak dapat menemaninya kerana perlu menguruskan meeting yang dimaklumkan kepadanya pagi tadi. Sedang Dyna leka memikirkan destinasi untuknya menjamu selera hari itu,dia teringatkan seseorang lantas dia  mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.
            “Hello..Assalamualaikum Isha.” Dengan sopan Dyna memberi salam kepada kawannya itu.
            “Walaikumussalam. Dyna!” jerit Isha setelah menjawab salam Dyna.
            “Ish minah ni..janganlah menjerit boleh cair tahi telinga aku tahu tak.”
            “Hehe..maaflah. Aku bukan apa,rindulah dekat kau. Sejak kau dah jadi tunang orang ni terus senyap je ya. Jangan kata nak jumpa call pon tidak padahal satu KL je kot.” Panjang lebar Isha membebel melepaskan ketidak puasan hatinya itu.
            “Ala makcik ni..ni aku call kau nak ajak jumpa la ni. Aku nak ajak kau pergi lunch sama-sama  lagipun kita dah lama tak jumpa kan.”
            “Ha..ok juga aku pun dah rindu gila kentang ni nak jumpa kau.”
            “Ok. So kita jumpa kat Alamanda nak? Kita boleh lunch kat situ sambil tu boleh lah cuci mata sekali. Hehe.”
            “Ok set! Kita jumpa nanti ok. Bye!”
            Tersenyum Dyna kerana akhirnya ada juga yang menemaninya untuk makan tengah hari nanti. Tidaklah dia kebosanan makan seorang diri lagipun sudah lama dia tidak mendengar celoteh kawannya yang seorang itu. Dyna sudah tidak sabar untuk berjumpa kawannya itu. Pasti kawannya itu banyak tanya tentang perkembangan kisah pertunangannya dengan Adrian mana tidaknya Isha begitu terperanjat apabila mengetahui tentang tujuan dia balik ke kampung masa itu adalah dia hendak bertunang. Yelah sebelum ini Dyna hanya memberitahu tentang seorang lelaki saja yang pernah mencuri hatinya itu kepada Isha iaitu Afiq tetapi sekarang Dyna bertunang dengan orang lain pula. Sudah tentu kawannya itu terperanjat besar apabila mendapat tahu perihal itu.
            “Hello..Isha,aku nak bagitahu kau ni yang aku tambah cuti selama dua hari lagi.”
            “Ha..kenapa Dyna. Mak kau sakit ke?”
            “Eh.Tidaklah..hari ni kat rumah aku ada majlis sikit.”
            “Majlis? Majlis apa?” soal Isha kehairanan.
            “Hurmm..ma..majlis pertunangan.” Jawab Dyna dengan nada yang perlahan namun dapat ditangkap oleh kawannya itu.
            “Majlis pertunangan? Siapa yang tunang Dyna? setahu aku adik-adik kau kecil lagi..takkanlah adik kau dah nak tunang kot. Cepatnya!”
            “Eh! Taklah..sebenarnya..yang nak tunang tu a..aku!”
            “What?!!! Kau biar betul ni Dyna..kau nak tunang dengan siapa pula..Afiq ke?”
            “Eh..bukan!” sepantas kilat Dyna menyangkal kata-kata kawannya itu.
            “Habis tu..dengan siapa kau bertunang ni..kenapa aku tak tahu pun.”
            “Aku pun tak kenal orang tu. Dia anak kawan mak aku.”
            “Ha! Jadinya kau belum kenal siapa bakal tunang kau tu. Apa ni Dyna. Ish! tak fahamlah aku.” Pening Isha dibuatnya. Macam manalah kawannya itu boleh bertunang dengan orang yang dia sendiri tidak kenal.
            “Nanti aku balik aku ceritalah semua kat kau ya. Aku busy sikit hari ni. Ok bye!”
Apabila Dyna pulang kerumah sewanya itu, Isha sudah menunggunya di ruang tamu meminta penjelasan tentang kisah pertunanggannya itu. Penat juga Dyna hendak menjawab semua soalan yang keluar daripada mulut kawannya itu mana tidaknya Isha sudah seperti penyiasat professional menyoalnya macam-macam dah la tu caranya bercakap pun mengalahkan bullet train. Laju semacam!
            Akhirnya kawannya itu faham tentang keadaan dan kisah yang sebenarnya setelah hampir dua jam sesi soal jawab diadakan antaranya dengan Isha.

            Afiq tersenyum sendirian. Akhirnya segala titik peluhnya selama ini tidak sia-sia kerana dia berjaya mendapat tender yang terbesar daripada syarikat kawan papanya itu. Sudah semestinya papanya itu bangga dengan segala usahanya selama ini.
            Sebelum melangkah keluar daripada bilik meeting itu,namanya disahut beberapa kali.
            “Afiq! Well done..! saya harap syarikat awak dapat menjalankan tender ini dengan jayanya.” Terang Adrian sambil menepuk-nepuk bahu Afiq yang kini menjadi rakan seperjuangannya.
            “Terima kasih Adrian. Saya pun sepatutnya berterima kasih dekat awak kerana memberikan kepercayaan yang tinggi kepada syarikat saya.”
            “Eh! Tak ada hallah. Lagipun papa saya kan dah lama berkawan dengan papa awak. So sekarang giliran anak mereka pula jadi rakan seperjuangan ya tak. Hahahah”
            Afiq hanya ketawa dan mengangguk beberapa kali tanda bersetuju dengan kata-kata Adrian itu.
            “So..nanti maybe syarikat saya akan adakan satu majlis kecil-kecil sahaja untuk meraikan kejayaan kita ini dalam menjadi rakan seperjuangan. Apa-apa nanti saya akan inform awak ya bila majlis itu akan diadakan.” Jelas Adrian tentang perancangannya itu.
            “Baiklah. Saya pasti datang. Ok lah Adrian,saya balik ke pejabat dulu. Any problem about our tender,I will inform you ok!” balas Afiq lalu berjabat tangan dengan Adrian sebagai tanda ingin beredar pulang ke pejabatya.

            Dyna sudah terlambat setengah jam untuk bertemu Isha di Alamanda. Kelam-kabut dibuatnya,mana tidaknya dia terlampau leka menyiapkan kerjanya sampai tidak sedar jam sudah menganjak ke dua belas setengah tengah hari. Dengan pantas dia memasuki ke dalam lif untuk turun ke tingkat bawah. Sudah pasti kawannya itu membebel kerana kelewatanya itu.
            Sebaik sahaja pintu lif terbuka,dengan pantas Dyna berjalan keluar dari syarikatnya itu untuk mendapatkan taxi ke Alamanda. Sedang leka menunggu taxi di hadapan syarikatnya itu,Dyna terperasankan kelibat seseorang yang amat dikenalinya itu sedang berdiri di pintu masuk syarikatnya.
            ‘Eh itu macam Afiq je..apa yang dibuatnya kat sini?’ Dyna berkata sendirian sambil menenyeh-nenyehkan matanya itu. Bukan apa,takut juga dia jika tersalah orang. Apabila jejaka itu menoleh kepadanya sepantas kilat Dyna menyorok di belakang tiang yang berada berdekatan dengan tempatnya berdiri. Apabila dia menoleh untuk kali yang kedua,kelibat orang itu sudah tidak kelihatan.
            ‘Eh,mana pula perginya orang tu. Takkan yang aku nampak tu hantu kot. Ada ke hantu tengah-tengah hari buta ni.” Semakin pelik Dyna dibuatnya dan mulalah dia menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.
            Sedang Dyna terlampau asyik menggaru kepalanya yang tidak gatal itu,telefonnya berbunyi lantas Dyna melihat nama si pemanggil.
            “Ah sudah! Kan makcik ni dah call..aduyai apa yang aku nak kelentong ni,” seloroh Dyna sendirian lalu diangkat juga panggilan itu.
            “Hoi makcik! Kau kat mana ha? Kau ni pakai jam ikut waktu arab ke. Kata dua belas ni dah nak pukul satu tak sampai-sampai lagi.” Sepantas bullet train Isha memarahi kawannya itu.
            “Ya…traffic jam la. Sekejap lagi aku sampai la. Kau tolong orderkan untuk aku jela. Aku tak kisah makanan apa asalkan boleh makan jangan kau bagi aku makan penampar kau dah la ya.” Sempat lagi Dyna melawak dengan kawannya itu.
            “Ish! minah ni la kan. Ada saja alasannya. Baik kau cepat sebelum aku bagi kau makan kasut masak asam pedas nanti nak?”
            “Eh..ada ke makanan tu? Kat kedai mana ada jual..kalau sedap apa salahnya.” Balas Dyna tidak mahu mengalah.
            “Dayang Nurdyna!” jerit Isha kerna geram dengan sikap loyar buruk kawannya itu.
            “Yela-yela. Aku dah nak sampai ni.” Bohong Dyna sebelum mematikan panggilan telefonnya itu.
            ‘Ish mana pula taxi ni. Habislah aku,nampaknya tengah hari ni aku makan kasut masak asam pedas.’ Dyna sudah risau dengan nasibnya nanti apabila berjumpa dengan Isha.

3 ulasan:

  1. best la citer nie
    bila nk kuar buku.....
    x sabar nak bc.....

    BalasPadam
  2. thanx coz sudi bce..:)
    kuar buku? hehe itu kurang pasti..lom ade yg sudi nk kuarkn cter nie..doaknla yea..hehe

    BalasPadam