Selasa, 19 Julai 2011

F.O.H(BAB 4)


BAB 4
        ‘Poonn!!!
            Mini cooper berwarna putih berjalur hitam sudahpun memasuki perkarangan rumah dyna. Pantas dyna bagun dari duduknya. Hatinya yang geram tadi masih ada. Siap la kau afiq!!
            Afiq keluar dari keretanya dan menyalami kedua-dua ibubapa dyna.
“Assalamualaikum pakcik,makcik.” Sapa afiq sopan.
“Waalaikumussalam. Afiq sihat??” soal pakcik adan berbasa basi.
“Alhamdulillah sihat pakcik. Pakcik dengan makcik apa khabar,sihat?” balas afiq pula.
“Kami ni macam ni jela fiq, dah tua ni sakit-sakit tua tu adalah. “ makcik icah pula mengambil giliran menjawab pertanyaan anak muda itu.
            Kelihatan dyna keluar dengan mulutnya yang muncung dan masam mencuka.
Habis la kau afiq.  Siapa suruh kau berangan tadi kan dah lambat.
            “Kami pergi dulu ya pakcik,makcik.” Pamit afiq setelah dyna datang menghampiri mereka.
            “yelah, pandu kereta tu hati-hati ya.” Pesan pakcik adan.
            Setelah bersalaman dengan ibu dan ayah aku pun memasuki kereta mewah afiq.
‘Untunglah! Papa dia business man.’ Sempat dyna mengomel namun tidak didengari oleh afiq.
            Sepanjang perjalanan mereka hanya dilatari dengan lagu-lagu yang berkumandang daripada radio kereta afiq sahaja. Serba salah afiq dibuatnya, tak senang duduk dia melihat dyna hanya diam membisu tanpa sepatah kata. Selalunya ada sahaja celoteh dyna bila berjumpa dengannya.
            ‘Ish minah ni merajuk ke? Apa yang aku nak buat ni, aku mana reti nak pujuk-pujuk orang ni merajok retilah.’ Gumam afiq.
            “Ermmm. Dyna kau marah ke? Sorry la aku lambat sikit je bukan lama pun.” Pujuk afiq.
            “Tak lama kau kata!” tengking dyna tiba-tiba.
            “Opocot! Mini cooperku melompat!” latah afiq kerana terkejut dengan tengkingan dyna itu.
            ‘Aik tak pernah pula aku dengar orang melatah sebut mini cooper melompat,entah apa-apa jela fiq ni.’ Bisik dyna.
            Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap untuk menahan tawa kerana mendengar afiq melatah.
            “fuhhh! Semangat. Kau ni kan nasib baik mini cooper aku ni tak melompat tau. Nak tengking tu bagi la salam dulu sayang oit.” Marah afiq.

            “Hahahahahahah!” akhirnya terhambur juga tawa yang disimpan dyna tadi.
            “Lawak la kau ni, ha! Tau pun takut, lambat la lagi kalau nak kena cekik dengan aku.” Ugut dyna.
Ish minah ni nak cekik aku je kejenya. Susah kalau aku kahwin dengan dia ni, cepat jadi jandalah kau dyna oii. Madah lambat sikit je nak cekik. Habis la kalau laki kau lambat, mesti mati dek dicekik oleh kau. Seramm!!
            “Kita nak kemana ni?” soal dyna ingin mengetahui arah tujunya pada hari itu.
            “Ermmm.. kita pegi tengok wayang jom! Hari ni ada cerita Harry Potter yang last tu tau.” Teruja afiq memberitahu tentang perancangannya itu. Dia sememangnya sangat meminati cerita Harry Potter itu tidak kurang juga aku. Aku pun meminati cerita itu, bagi aku cerita itu mempunyai jalan cerita yang sangat unik.
            “Ok. Ikut kau jela, kau yang belanja kan aku tak kisah pun.” Jawabku malas.
            Keadaan di dalam mini cooper itu kembali senyap. Masing-masing sibuk melayani perasaan.
            Sesekali afiq mengerling kearah dyna tanpa dia sedar dia leka memerhati dyna dari atas sampai ke bawah.
            ‘ Ish cantik la pula aku tengok dyna ni dengan berselendang macam ni, dulu kat sekolah dia selalu pakai tudung biasa je. Tetapi yang peliknya kenapa la dia tak ada beritahu pasal mana-mana lelaki yang dia minat kat aku ek. Dia malu kot.’ Teka afiq sendirian. Tiba –tiba perasaan aneh muncul dalam hatinya ketika itu, naluri lelakinya bergetar hebat bila berduaan dengan dyna pada masa ini. Padahal bukan dia tidak pernah berduaan seperti ini bahkan selalu Cuma kali ini perasaan itu sedikit aneh. Dia sendiri pelik dan bertambah keliru dengan perasaanya sendiri.
            “Kau tak nak kerja dengan papa kau ke? Takkan kau nak duduk umah tunggu orang pinang kau je.hehehe.” gurau dyna lantas mematikan lamunan afiq sebentar tadi.
            “Ha! Ouh,, ala nanti la,aku nak rehat puas-puas dulu kat rumah baru la aku fikirkan pasal kerja ni..lagipun kan aku baru habis belajar.” Balas fiq.
            “Untungla! Papa kau ada company sendiri. Suka hati je nak masuk kerja bila.” Kata dyna tanpa memandang muka afiq.
            “banyak la untung kau. Ala biasa je kot,kau pun boleh apa kerja kat syarikat papa aku, papa aku kan dah anggap kau macam anak dia sendiri.”  Bidas afiq.
            “a’ah untungkan aku ibu dan ayah aku sayang kat aku, papa dengan mama kau pun sayang kat aku. Padan muka kau tak ada siapa  dah sayang kat kau. Hahahaha!” gurau dyna selamba, saja ingin menyakitkan hati afiq.
            Afiq sudah memuncungkan mulutnya ala-ala orang yang merajuk.
            Perbualan antara dyna dengan afiq diselangi dengan gelak tawa masing-masing. Begitula keadaan bila mereka bertemu ,ada sahaja lawak-lawak yang mencuit hati masing-masing.
            Akhirnya mereka tiba ke destinasi yang ingin dituju. Cerita yang mereka tonton itu mengambil masa dua jam. Setelah menonton wayang mereka berjalan-jalan di sekitar shopping complex itu atau lebih dikenali dengan Alamanda. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan kemesraan mereka itu.
            “Eiii! Geramnya aku! Kenapa la afiq keluar dengan perempuan kampung tu! Dah la berbelit sana- sini dah macam hape. Tak ada style langsung, itu ke taste afiq. Kalau nak diikutkan aku lagi cantik and sexy taw.!” Bebel Anni setelah melihat kemesraan kekasih hatinya  dengan perempuan kampung itu.
            “Tak! Kau tak boleh rampas afiq dari aku perempuan kampung! Hanya aku seorang saja yang boleh dapat dia, aku akan pastikan yang kau takkan dapat dekat dengan dia,jangan kata dekat tengok muka dia pun kau takkan dapat!!” tanpa sedar Anni memasang niat yang tidak baik terhadap afiq dan dyna.
            Anni terus berlalu meninggalkan tempat itu dengan niat yang jahat di hati. Dia perlu pulang segera kerana ada misi yang dia perlu selesaikan secepat mungkin dan dia akan pastikan misinya itu akan berjalan lancar mengikut perancangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan