Selasa, 19 Julai 2011

F.O.H (BAB 5)

BAB 5
        “Assalamualaikum!!!bergema suara tiga beradik memberi salam. Itu tandanya angah,wawa dan adik sudah pulang dari sekolah.
            “Waalaikumussalam.” Jawab ibu lalu pergi mendapatkan anak-anaknya yang baru pulang dari sekolah itu.
            “ Along mana bu? Kenapa ayah yang ambil kiteorang selalunyakan along yang ambil kiteorang.” Tanya angah pelik kerana selalunya bila along nya ada di rumah ,dia lah yang akan menghantar dan mengambil mereka dari sekolah tetapi tidak hari ini.
            “ Oh, along kamu keluar dengan abang fiq pagi tadi,pergi mana entah kejap lagi balik la tu.” Jawab ibu dengan nada yang tenang.
            “La,patutla kekasih hati dia ajak keluar rupanya terus dia lupakan kiteorang kan angahkan. Sedih kami kerana diabaikan.sob!sob!” seloroh wawa sambil berpura-pura kecewa dan menangis.
            “ Dah-dah tak payah nak berdrama kat sini wawa,kamu tu kalau berlakon memang pandai. Pergi tukar baju lepas tu tolong ibu sediakan makan tengah hari.” Arah ayah yang kebetulan baru hendak masuk ke dalam rumah.
            “Ala ayah nie nak berdrama sikit pun tak boleh, patutnya ayah bangga tau dapat anak macam wawa ni pandai berlakon.” Puji wawa lantas masuk kedalam bilik.
            “Ibu,along dengan abang fiq tu ada pape ke?” soal adik setelah lama berdiam diri sejak tadi.
            “Ish adik nie,tidak la mereka tue berkawan jek. Dah pergi masuk sana tukar baju lepas tu boleh makan tengah hari sama-sama.” Arah ibu.
            “ala ibu kalau abang fiq kahwin dengan along pun apa salahnya,kiteorang pun suka dengan abang fiq tu, dah la baik hensem pula tu.” Sempat lagi hazmin berkata sebelum masuk ke dalam biliknya.
            Ayah dan ibu terdiam dan hanya membalas pandangan yang penuh makna antara satu sama lain. Dalam hati tua masing-masing mereka mengiakan apa yang dikata oleh hazmin sebentar tadi.

            Setelah penat berjalan  dari pagi hingga ke petang dyna dan afiq mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. ‘Hari pun semakin gelap, tak manis dilihat orang kampung anak dara  balik senja-senja. Nanti tak pasal-pasal dapat publisiti percuma pula,bukan aku tak taw orang kampung tu mulut mengalah kan Azwan Ali.’ Hati dyna berkata-kata sendirian.
            “ Fiq, kau hantar aku balik jela lepas nie ea. Hari pun dah nak malam.” Pinta dyna.
            “Alright boss!!” jawab afiq sambil mengangkat tabik hormat kepada dyna.
Dyna hanya mampu tersengih saja melihat kelakuan afiq itu. Ada saja perkara yang boleh buat orang ketawa.
            Setelah hantar dyna pulang, afiq terus pulang ke rumah. Sampai saja di rumah, dia terus melabuhkan dirinya di atas katil yang empuk.
            ‘Arghhhh!! Penatnya. Tapi aku seronok sangat hari ni.’ Bisik hati afiq.
Baru sahaja matanya hendak terlelap, telefonnye berdering dengan malas afiq membuka mata dan melihat nama si pemanggil.
            Afiq pelik, ‘kenapa tiba-tiba saja dia ni telefon aku, dah lama dia tak telefon aku.’ Fikir afiq sejenak lantas dia mengangkat.
            “Hello darling!!” terdengar suara manja anni memanggil afiq.
            “Ermm.. kenapa call I tiba-tiba nie,you tak busy ke selalunyakan you busy je memanjang sampai tak sempat nak call I.” peril afiq dengan nada yang sinis sekali bunyinya.
            ‘Aik mamat ni peril aku ke? Ah! Lantakla, janji plan aku berjalan dengan lancar.’
            “Ala  darling! Sorry la I memang busy pun tapi sekarang ni I really miss you sayang.” Penuh romantis Anni memujuk kekasih hatinya itu.
            “Yela. I pun rindu kat you jugak. Ni kenapa call I tiba-tiba ada problem ke?” hati afiq sudah cair mendengar suara lunak manja Anni itu.
            ‘Yes! Pujukan aku Berjaya!’ hati Anni bersuka riang.
            “Darling. I dah fikir masak-masak, pasal lamaran you hari tu I terima. I rasa I tak sanggup hidup tanpa you and kalau boleh I nak kahwin dengan you secepat mungkin.” Lancar Anni menyatakan hasrat hatinya yang telah lama terpendam sejak peristiwa pagi tadi.
            Afiq kaget dan terus bangun dari pembaringgannya.
            “Really honey?? You dah fikir masak-masak.” Soal afiq bersungguh-sungguh.
            “Yups! You suruh la parents you masuk meminang I secepat mungkin ok. I’ll be waiting for you baby.” Anni sudah tersengih kerana plannya berhasil.
            “ Alright sayang.I akan suruh family I jumpa parents you hujung minggu ni ok?” cadang afiq tanpa berfikir panjang.
            “Good! Ok sayang I gotta go now. I tunggu you hujung minggu ni ok.I love you! Bye!” Anni mematikan talian telefonnya.
            ‘Ahahahaha! Bodoh kau afiq! Sekarang plan aku akan success. Huh! Mana ada lelaki yang sanggup bantah cakap aku yang vogue and cantik nie. Padan muka kau minah kampung! Afiq akan jadi milik aku seorang! Aku akan pastikan kau kempunan tengok aku bersanding dengan afiq di atas pelamin yang mewah dan indah. Ahhahahahaah! Bisik anni dengan penuh bangga.
            Sementara itu afiq semakin berdebar dan gelisah. Bukan kerana dia akan berkahwin dengan kekasih hatinya itu tetapi ada perasaan lain yang hadir. Dia sendiri pelik, dulu dia pernah melamar Anni tetapi anni tolak kerana alasannya dia masih belum ready untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
            Tetapi sekarang lain pula ceritanya. ‘Ah! Mungkin Anni dah ready dan sanggup pikul tanggungjawab sebagai isteri aku kot.’ Teka afiq sendiri.
            Ni berita gembira, aku mesti bagitau papa dan mama. Tapi sebelum itu aku mesti bagitau pasal ni dekat dyna.
            Lantas afiq mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang yang istimewa baginya.
            Dyna baru sahaja keluar dari bilik air. Baru sahaja melabuhkan pungunggnya di atas katil, lagu starlight tears kedengaran lantas dyna mengambil telefonnya yang berada di dalam tas tangannya.
            Tersenyum dyna apabila melihat nama si pemanggil.
            “Hello. Assalamualaikum.” Sopan dyna bertutur.
            “Waalaikumussalam. Dyna! I’ve a good news!” kata afiq dengan nada yang agak kuat.
Terpaksa dyna menjarakkan sedikit telefonnya daripada telinganya kalau tidak pekak la dia di usia muda begini.
            “Ha! Tak boleh cakap kuat lagi ke? Biar satu kampung dengar. Apa dia good news tue?” seloroh dyna sempat lagi berlawak.
            “hahahah. Sorry! I’m getting married!” terang afiq riang.
‘Zuppp!’
            ‘Tersentak dyna. betul ke apa yang aku dengar nie,dia nak kahwin? Dengan siapa? Bila?’ tidak terkata dyna waktu itu. Dia terlalu kaget dengan berita yang baru diterimanya tadi.
            “Hello! Dyna! kau tido ke?” soal afiq kerisauan.
‘Eh budak nie dah tido ke? Takkanlah.’ Duga afiq.
            “Ha! Apa dia. Sorry tadi ibu aku panggil kejap. Apa dia kau cakap aku tak dengar la.” Bohong dyna untuk menutup keresahan di hatinya.
            “Aku dah nak kahwin dengan Anni,hujung minggu nie parents aku pergi meminang dia. Aku nak kau pun ikut sekali boleh?” lancar sekali afiq melafaskannya.
            “Wah! Tahniah! Tak aci kau kahwin dulu, kau nak aku ikut sekali? Ermm tengok la nanti, papehal aku bagitau kau ok.” Dyna berpura-pura gembira dengan khabar yang baru diterimanya itu tetapi hanya Tuhan saja yang tau perasaannya ketika itu.
            “ Ok,,kau tau kau orang first aku bagitau,mama and papa aku pun belum tau lagi tau.” Kata afiq sambil berbaring di atas katilnya.
            “ ouh yeke,kiranya aku special la nie ea..hehehe..ok la weyh aku dah ngantok la. Gudnite!” seperti biasa dyna tidak sanggup lagi untuk menahan diri daripada mendengar kata-kata yang akan membuat hatinya sakit.
            ‘Aik minah nie, tak sabar-sabar agaknya nak tidur. Tak menyempat nak dengar kata-kata terakhir aku.’ Bebel afiq. Malam itu dia tidur dengan keadaan yang tenang dan gembira tetapi dia tidak tahu bahawa ada seorang insan yang tidur di dalam keadaan yang parah dan kecewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan