Selasa, 19 Julai 2011

F.O.H(BAB 8)


BAB 8
        Dyna masih tidak dapat terima kenyataan bahawa Afiq akan menjadi tunangan orang. Ini bermakna dengan automatiknya dia akan menjadi milik orang lain buat selamanya. Ya! Pasti tiada talian hayat lagi!
            Sudah seminggu dia melarikan diri daripada Afiq sejak dia mengetahui bahawa kawannya itu akan menjadi milik orang lain. Ada sahaja perkara yang dilakukannya untuk mengelak daripada berjumpa dengan Afiq.
            Bukan dia kejam tetapi dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Afiq buat masa sekarang. Berilah dia masa untuk menerima semua kenyataan ini. Selama seminggu ini adiknya,Wawa sahaja yang banyak membantu dan tahu tentang persaannya terhadap Afiq. Itupun kerana terkantoi dengan Wawa.
*Beberapa hari yang lalu.
            Sedang Dyna melayani perasaan di dalam biliknya sambil memengang fotonya yang diambil bersama Afiq semasa zaman persekolahan mereka dulu, Wawa masuk ke dalam bilik.
            Tanpa Dyna sedari air matanya menitik setitik demi setitik dan pada waktu itu la dia terkantoi dengan adiknay sendiri.
            “Along, kenapa along menangis ni?”  soal Wawa lalu menghampiri alongnya dan duduk di sebelah kiri alongnya.
            “Ha! Tak ada pape la,mana ade along nangis.” Bohong Dyna lalu mengesat air matanya yang menitis tadi.
            “Along jangan nak tipu Wawa la. Wawa bukan budak kecik lagi tau, cuba along bagitau apa sebenarnya yang berlaku. Wawa tengok along beberapa hari ni asyik muram je.” Jelas Wawa sambil tanganya mengusap belakang Dyna dengan niat untuk memujuk alongnya itu.
            “Tapi Wawa kena janji jangan bagi tau sesiapa pasal ni ye termasuk ibu dan ayah. Janji!” pinta Dyna.
            “Ye along,Wawa janji.” Wawa setuju dengan permintaan alongnya itu.
            Dyna pun menceritakan segalanya yang terbuku di dalam hati yang dia simpan selama ini.
            Terkejut Wawa mendengar masalah yang dilanda oleh alongnya itu,pada masa yang sama dia turut simpati dengan keadaan kakaknya yang seorang itu. Dia sudah lama perasan yang alongnya itu menaruh hati kepada abang Afiq cuma dia tidak la mahu dituduh serkap jarang pula.
            Dan selama itu la dia membantu alongnya lari daripada bertemu dengan Afiq. Dia faham dengan keadaan alongnya itu. Hati yang terluka perlu mengambil masa juga untuk memulihkannya.
            “Along kenapa diam je ni,selalu ada je celoteh kamu tu.” Tegur ibu pelik melihat anaknya yang seorang itu.
            “Ha! Tak ada pape la bu, Cuma rindu pulak dengan adik-adik dekat rumah tu.” Bohong Dyna, tersentak dia kerana ditegur oleh ibunya itu.
            ‘adakah ibu perasan?’ soal Dyna keresahan.
            “A’ah la along, kamu ada masalah ke? Kalau ada cuba cerita dekat kami. Dah seminggu kamu macam tak ada mood je.” Kata ayah, dia juga perasan dengan perubahan anak daranya itu.
            “Tak ada papela ayah,ibu. jangan risau, along ok. Mungkin sedih nak berpisah dengan adik-adik kot.” Pandai Dyna memberi alasan
            Ibu dan ayah Dyna hanya mengangguk, malas mereka mahu mendesak anaknya itu. Jikalau dia ada masalah pandai-pandailah dia selesaikannya sendiri. Bukan apa bagi mereka, anak-anaknya sudah dewasa dan pandai membuat keputusan yang tepat untuk masa depan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan