Isnin, 18 Julai 2011

F.O.H (BAB2)



BAB 2
Deringan telefon menghentikan lamunanku. Lagu starlight tears berulang-ulang kali berbunyi menandakan ada orang yang menelefonku. “ Siapa la yang telefon aku tengah-tengah malam macam ni. Tak reti-reti nak tidur ke?” Yang kau tu tak tidur lagi kenapa dyna oi! Hatiku berkata sendiri. Dengan malas aku mencapai telefonku dan melihat nama pemanggilnya.
“ Hello!!” sapa si pemanggil. “assalamualaikum.” Saja aku hendak memerli. “ops! Waalaikumussalam,kau dah tidur ke?” soal Afiq Arman.
“A’ah aku tengah tidur la nie, kenapa telefon aku malam-malam ni? Kenapa kau tak tidur lagi? Baru lepas buat qiyamulail ke?” selorohku bersahaja.
 “Hahahahah, aik dah tidur pun boleh cakap lagi ke? Saja je telefon kawan aku yang comel ni tak boleh ke?” Ish mamat ni kalau dah puji-puji aku malam-malam buta ni mesti ada something ni, kalau bukan nak minta pertolongan dari aku mesti dia ngigau takpun sewel.
“Dah-dah tak payah nak puji-puji aku pula, aku memang dah tau lama pun aku comel tak payah nak ingatkan aku, yang aku ni comel aku takkan lupa!” gurau aku. “Hahahaha! Kau ni kan dyna selalu buat aku tergelak tau,terkejut mak aku nanti dengar ada orang gelak malam-malam buta ni, sebab ni la aku SAYANGGG kt kau, kau jela orang yang boleh buat aku gelak bagai tak ingat dunia, kau memang best frennnn aku la!!” puji afiq.
 Aku tersenyum mendengarnya, nasib la kau tak ada depan aku kalau tak malu aku nak tunjukkan muka aku kembang kempis sebab dapat pujian dari kau.
 “ Ya aku tau,aku pun sayanggg kat best friend aku sorang ni, kau telefon aku semata-mata nak cakap pasal ni ke?”tanya aku, takkanlah mamat ni telefon semata-mata nak bagitau tu semua. “Eh tak la. Aku tengah ada masalah sebenarnya ni,aku dah tak tau nak buat macam mana lagi.” terang afiq.
“ Hurmmm..pasal awek kau ke?” dugaku.
 “ A’ah la, pasal siapa lagi aku makin pening la dengan perangai dia tu, semua tak kena,kita orang asyik gaduh je.” Kalau la kau tau betapa sakitnya hati aku bila kau cakap pasal dia. ‘Ish aku ni time macam ni pun boleh pentingkan diri sendiri lagi, tak apa afiq demi kau, aku akan cuba buang semua perasaan yang aneh ni dari diri aku secepat yang mungkin.’ Namun kata-kata itu hanya mampu diungkap dalam hati saja.
“ Ala biasala tu,perempuan dia nak bermanja-manja dengan kau je tu, kau kena la paham dia dan pandai jaga hati dia ea. Ok la aku dah ngantuk la aku tdo dulu ea. Bye! Assalamualaikum!” terus aku mematikan talian tanpa mendengar kata-kata dari afiq.
Huwargh!!!sabar dyna! kau kena ingat dia best friend kau,kau tak patut ada feeling tu terhadap dia. Buang jauh-jauh!! Shuhh2! Halauku dah macam menghalau kucing pula. Ah! Lantaklah! Janji aku halau feeling ni jauh-jauh!!Hatiku berbisik. Setelah beberapa minit aku pun terlelap dengan linangan air mata yang tiada siapa pun tau bila semua ini akan berakhir dan bila aku akan memikirkan tentang perasaanku sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Afiq terkedu. Berulang kali membelek telefonnya. Aik belum sempat aku nak say gudnite dia dah letak. Ngantok sangat ke? Maybe dia penat sangat kot,yang kau ni pun satu afiq kacau dia tengah-tengah malam kenapa? Marah afiq kepada dirinya sendiri.
“ Alahai dyna, kau seorang je yang faham aku,kenapa la  awek aku tak macam kau. Kan bagus kalau kau je yang jadi awek aku, habis citer. Tapi kau tu susah sangat nak pikat,kalau sesiapa yang dapat kau memang aku tabik la. Susah tu nak curi hati kau.!” Tanpa sedar afiq mengeluarkan kata-kata itu.
Tiba-tiba satu perasaan aneh menerpa terus ke sanubarinya tetapi dia segera menghalau perasaan itu jauh-jauh. Lantas afiq mematikan lampu dan terus lena dibuai mimpi. Malam itu dia mimpikan seorang gadis sedang duduk bersamanya di atas bangku sambil menghadap lautan nan biru. Alangkah indahnya perasaannya ketika itu,bahagianya dia  ketika itu bersama orang yang tersayang.
Tetapi yang peliknya perempuan yang bersamanya itu bukan la kekasih hatinya, Anni tetapi….
DYNA!!  kawan baiknya sendiri sejak dari bangku sekolah lagi!
Afiq terus terjaga daripada tidurnya, dia masih terkejut dan binggung apakah maksud mimpinya sebentar tadi. Mengapa bukan anni yang hadir dalam mimpinya tetapi dyna best friend nya sendiri.
Afiq meraup mukanya beberapa kali lalu dia mengerling ke arah jam tangannya yang berada di meja berdekatan. Tepat jam 6.00 pagi. Lantas afiq bangun menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.

2 ulasan:

  1. HAK3....ade makne tuh

    BalasPadam
  2. HURM.. AFIQ AD FEELING LAA TU... WAAHHH!! I SKA! THUMBS UP 4 U..

    BalasPadam