Jumaat, 28 Oktober 2011

F.O.H(BAB 18)


BAB 18
        Adrian sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk saja sewaktu ternampak kelibat tunangnya Dyna berjalan menuju ke mejanya. Rasa rindu pula dia pada Dyna padahal baru beberapa jam tidak bertemu. Dengan perlahan-lahan Adrian menghampiri meja yang diduduki oleh Dyna itu.
            “Hai Dyna!” sapa Adrian sambil tersengih-sengih sendirian.
            ‘Eh mamat ni dah kenapa sengih macam kerang busuk ni. Menyemak je kat sini. Ni mesti ada apa-apa dalam kepala otak dia tu.’ Dyna mengomel sendirian.
            “Awak ni kenapa sengih-sengih. Saya tak ada gula-gula lah nak bagi kat awak.” Selamba sahaja Dyna berkata kepada tunangnya itu.
            “Saya tak nak pun gula-gula awak tu. Kalau saya nak saya boleh belikan kedai gula-gula tu terus untuk awak. Nak?” sambung Adrian ingin menyakat Dyna.
            ‘Eleh tahulah banyak duit,nak tunjuk berlagak pula at sini.’ Balas Dyna tetapi sayangnya kata-kata itu hanyalah didalam hatinya sahaja.
            “Tak naklah saya. Nanti habis rosak gigi saya, awak nak ke kahwin dengan saya kalau gigi saya ni dah tak ada nanti.” sengaja Dyna mahu menduga apakah yang akan dijawab oleh tunangnya itu.
            “Eh! Saya tak kisah..bukannya saya yang tak ada gigi nanti tapi awak. Tapikan bagus juga kalau awak tak ada gigi..tak adalah orang nak usha awak nanti. Saya seorang saja yang sanggup nak kat awak.” Balas Adrian sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih itu.
            Geram pula Dyna dengan perangai tunangnya itu. Ada sahaja jawabnya dan yang pasti setiap jawapannya itu akan menyakitkan lagi hati Dyna itu.
            Dyna sudah mengetap giginya tanda geram dengan perangai loyar buruk Adrian itu.
            “Awak ni sebenarnya nak apa? Ni mesti ada something dalam kepala otak awak tu.” Dyna sudah malas mahu melayan kerenah Adrian. Lebih baik dia menyambung kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
            “Pandai la sayang saya ni. Dah macam ahli nujum pula boleh teka-teka.” Sengaja Adrian memuji Dyna untuk melihat reaksi tunangnya itu.
            “Dah tak payah nk puji-puji sangat la kan. Cepatlah cakap apa yang awak nak sebenarnya ni?” Dyna sudah tidak sabar ingin tahu kehendak tunangnya itu.
            “Macam ni. Esok malam awak makan malam kat rumah saya ya..mama tu sibuk nak jumpa awak. Dia kata rindu sangat sebab dah lama tak jumpa awak..so esok saya ambil awak kat rumah ya. Lagipun esokkan public holiday.” Akhirnya Adrian meluahkan juga apa yang terhasrat dihatinya sebentar tadi.
            “Yela..tengoklah dulu ea. Kalau ibu dengan ayah saya izinkan saya pergilah.” Balas Dyna sambil lewa.
            “Ala ibu dengan ayah confirm izinkan punya. Takkanlah diaorang tak kasi awak pergi rumah saya kot..tak lama lagikan awak tu nak jadi wife saya.” Dengan yakin Adrian berkata bahawa ibu dan ayah Dyna sudah pasti mengizinkannya pergi ke rumah Adrian.
            “Yela-yela. Nanti saya tanya ibu dan ayah dulu ok.”
            “Ok! Mesti mama gembira bila tahu awak jadi nak datang esok.” Balas Adrian lantas berlalu memasuki ke biliknya.
            Dyna hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Semakin hari semakin pelik dia dengan perangai dan tingkah laku Adrian. Ada sahaja kata-kata manis dari mulut jejaka itu untuk dirinya. Sayanglah,darlinglah..kadang-kala naik rimas juga Dyna diperlakukan seperti itu.
           
            Dyna hanya melabuhkan badannya di penjuru katil yang bersaiz single itu. Dia perlu merehatkan badannya setelah penat berkerja seharian di syarikat tunangnya itu. Dia perlu membersihkan dirinya dan membantu ibunya di dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam.
            Setelah siap memakai baju dan menyikat rambutnya yang panjang paras pinggang itu,Dyna keluar mencari ibunya. Dia melihat adiknya,Hazmin sedang menonton televisyen bersama ayahnya manakala Wawa sedang menolong ibu di dapur. Adiknya Hazwam pula tidak ada di rumah kerana baru sahaja menyambung pelajarannya di Uitm Shah Alam.
            Dyna lantas memasuki dapur dan ingin membantu ibunya itu. Perlahan-lahan Dyna menarik kerusi dan duduk di sebelah ibunya itu yang sedang mengupas bawang-bawang untuk di masak sebentar lagi. Dyna turut mengambil beberapa biji bawang untuk dikupas.
            Dyna harus memberitahu ibunya itu tentang perlawaan keluarga Adrian yang mengajaknya makan malam bersama pada malam esok.
            “Ibu..along ada perkara nak cakap ni.” Dyna memulakan perbicaraanya dengan Makcik Icah.
            “Apa dia?” Makcik Icah hanya menjawab berbasa-basi sahaja.
            “Esok along nak pergi rumah aunty Mariah ya ibu. Tadi Adrian kata yang mamanya itu sibuk ajak along  makan malam bersama..rindu katanya sebab dah lama tak jumpa along.” Akhirnya Dyna menyampaikan juga hasrat hatinya itu.
            “Habis tu siapa yang nak hantar kamu balik esok?”
            “Adrian ibu. Dia janji nak jemput dan hantar along balik esok.”
            “Hurmm..yela tapi jangan balik lewat sangat ya.” Makcik Icah sempat berpesan kepada anak daranya itu.
            Wawa hanya mendengar sahaja perbualan antara alongnya itu dengan ibunya. Malas dia hendak menyampuk nanti dilabelkan sebagai penyibuk pula.
            Setelah selesai makan malam mereka,ibu,ayah dan adik lelaki Dyna duduk di hadapan televisyen manakala Dyna dan adik perempuannya,Wawa membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan dan mengemas meja makan mereka.
            Sedang Dyna leka membasuh pinggan mangkuk, Wawa berdiri di sebelah alongnya itu. Ada sesuatu yang harus dia tanyakan kepada alongnya itu.
            “Along..macam mana hubungan along dengan abang Adrian tu. Ok?” soal Wawa sambil membantu alongnya itu membasuh pinggan.
            “Ok je..kenapa Wawa tanya macam tu?” Dyna sudah pelik dengan pertanyaan adiknya itu.
            “Tak adalah..saja nak tahu. Baguslah along dah boleh buka pintu hati along tu dekat dia. Tak payah lah along nak tunggu orang yang belum tentu akan jadi milik kita. Manalah tahu yang abang Adrian lah orang yang boleh membahagiakan along suatu hari nanti berbanding abang Afiq .” kata Wawa lantas berlalu pergi meninggalkan Dyna terpinga-pinga sendirian di dapur.
            Terpempan Dyna apabila mendengar kata-kata Wawa sebentar tadi.
            Benarkah dia sudah membuka pintu hatinya untuk orang lain? Untuk tunangnya sendiri Adrian..
            Adakah Adrian yang akan membahagiakan dirinya pada masa akan datang dan bukanlah Afiq Arman?
            Dyna sendiri bingung..Dyna sendiri keliru dengan hatinya saat ini. Ya semakin lama Dyna sudah boleh menerima kehadiran Adrian di dalam hidupnya..namun perasaannya kepada Adrian,Dyna sendiri tidak pasti.
            Masih adakah perasaan sayang Dyna terhadap Afiq setelah lama mereka tidak berjumpa. Dyna sudah malas hendak memikirkan tentang itu lagi..Dyna sudah penat! Ya! Dyna sudah penat dengan hati dan perasaannya sendiri.

            Afiq duduk bersendirian di bangku yang terdapat di taman mini rumahnya itu. Dia hanya ingin berehat dan menenangkan fikirannya yang serabut dengan kerja-kerja di pejabatnya itu.
            Afiq masih teringat tentang kejadian pagi tadi semasa dia berada di syarikat kawan papanya itu. Semasa dia keluar daripada syarikat itu dia terperasankan kelibat seseorang yang amat dirinduinya,namun Afiq tidak mengendahkannya kerana takut salah orang pula.
            ‘Kalaulah yang tadi tu aku nampak Dyna kan bagus. Sudah pasti aku akan berjumpa dengannya.’ Hati Afiq terdetik tiba-tiba.
            Tiba-tiba Datin Riszah datang menghampiri Afiq dengan membawa secawan kopi panas untuk anak terunanya itu. Sudah lama dia tidak berbual dengan anaknya yang seorang itu.
            “Assalamualaikum..boleh mama duduk kat sini?” lembut Datin Riszah menyapa anaknya yang sedang mengelamun itu.
            “Eh mama! Duduklah.” Afiq mempelawa mamanya duduk di sebelahnya.
            “Nah..mama bawakan Afiq air ni.”
            “Terima kasih mama.” Afiq menyambut huluran mamanya itu.
            Keadaan kembali senyap. Afiq sibu melayan perasaannya sendiri manakala Datin Riszah hanya memerhati keadaan anaknya itu. Dia sudah lama perasan tentang perubahan yang berlaku ke atas diri anaknya itu. Anaknya itu sudah semakin menjadi seorang yang pendiam,dulu Afiq tidak seperti itu. Sewaktu dulu ada sahaja celoteh Afiq yang membuat keluarga mereka gembira,kadang-kala Datin Riszah juga pening dengan kekecohan anak terunanya itu.
            Namun sekarang segalanya sudah berubah. Dia seperti tidak kenal dengan gerangan yang berada di hadapannya kini.                  
            “Afiq dengan Anni ok?” Datin Riszah memulakan perbicaraannya sambil mengusap lembut bahu anaknya itu.
            “Hurmm..ok je mama.” Pendek saja Afiq menjawab pertanyaan mamanya itu.
            “Sekarang ni mama tengok Afiq dah lain lah..yela Afiq sekarang lebih banyak menyendiri. Kenapa sayang? Kamu ada problem ke?” Datin Riszah mula  menanya tentang keadaan anaknya itu.
            “Eh. Tak adalah mama..mungkin Afiq penat kot. Yela banyak kerja kat office tu lagi-lagi dah dapat tender baru tu.” Afiq cuba untuk menafikan tentang keresahan yang melanda jiwanya selama ini.
            “Iya mama tahu kamu banyak kerja tapi janganlah sampai kamu jadi macam ni. Kadang-kadang mama tengok kamu ni dah macam mayat hidup pula,dah macam tak terurus.”
            ‘Aik mama kata aku mayat hidup? Teruk sangat ke diri aku ni sampai mama kata aku dah macam mayat hidup.” Afiq mengomel sendirian sambil memerhatikan dirinya tika itu.
            “Ataupun Afiq rindu kan seseorang ni?” Datin Riszah cuba untuk menduga anaknya itu.
            Afiq sudah tidak senang duduk. Bagaimana pula mamanya tahu tentang masalah yang melanda dirinya itu.
            “Eh mama ni nak rindu kat siapa pula?” soal Afiq pura-pura tidak tahu.
            ‘ceh,,dah gaharu cendana pula,dah tahu bertanya pula.’ Tiba-tiba ada suara yang berkata kepadanya tika itu.
            “Manalah tahu. Dekat Dyna mungkin,kamu kan dah lama tak berjumpa dengan dia.” Datin Riszah membuat andaiannya sendiri namun andaiannya itu adalah tepat!
            Afiq mengeluh sendirian. Sememangnya andaian mamanya itu adalah benar. Tidak pernah dia menanggung rindu sebegitu rupa.
            “Afiq,mama hanya nak cakap satu saja. Kamu buatlah keputusan yang betul dalam memilih suri  hidup kamu. Kahwin ni bukan perkara main-main. Selagi kamu ada masa untuk mengubahnya masih belum terlambat nak..kamu minta lah petunjuk dari Yang Maha Esa. Minta petunjuk dari-Nya supaya kamu dapat membezakan antara kaca dengan permata.” Panjang lebar Datin Riszah menasihati anaknya itu. Dia berharap bahawa anaknya itu sedar dengan perasaannya sendiri. Bukan dia tidak tahu yang anaknya itu sudah tidak mencintai tunangnya bahkan mencintai orang lain.
            Sememangnya Datin Riszah sudah lama perasan tentang perasaan anaknya itu namun dia malas untuk masuk campur. Padanya biarlah anaknya itu  memilih jodoh yang terbaik untuk dirinya itu dengan sendiri. Anaknya itu sudah besar panjang bukanlah masih kecil lagi. Datin Riszah pasti anaknya itu akan membuat pilihan yang tepat!
            Datin Riszah bingkas bangun dari tempatnya dan masuk ke dalam banglo dua tingkat milik keluarganya itu dan sengaja meninggalkan anaknya itu sendirian  dengan harapan anaknya itu dapat memikirkan kata-katanya sebentar tadi.
            Afiq semakin pelik mendengar kata-kata mamanya tadi. Adakah mamanya itu perasan tentang perasaannya itu terhadap Dyna? Argh tidak mungkin! Mungin mamanya itu hanya berkata kosong saja dan tidak mempunyai apa-apa maksud tersirat di sebalik kata-kata itu tadi.           
            Entahlah, sangat susah untuk Afiq melupakan Dyna. terlalu banyak kenangan manis yang ada sepanjang persahabatan mereka. Pernah suatu ketika dahulu Dyna menyelamatkan dirinya daripada di buli oleh beberapa orang budak nakal sewaktu mereka pulang dari sekolah.
            Waktu itu Afiq terpaksa balik sendirian kerana Dyna mempunyai mesyuarat kelab pembimbing rakan sebaya. Selalunya mereka akan balik bersama-sama tetapi tidak pada hari itu. Akhirnya Afiq berjalan sendirian melalui taman yang biasa mereka lalu sewaktu pulang dari sekolah. Tiba-tiba Afiq ditahan dengan beberapa orang budak yang berlagak samseng.
            Teruk Afiq dikerjakan budak-budak itu kerana Afiq enggan menurut kemahuan mereka.
            Nasib Afiq baik kerana Dyna lalu bersama kawan-kawannya sewaktu dirinya dibelasah oleh samseng-samseng itu.
            “Eh itu macam Afiq saja. Apa budak-budak tu buat ek?” gumam Dyna sendirian. Pantas Dyna bertindak dan merencanakan sesuatu  dengan kawan-kawannya untuk mengerjakan budak-budak samseng itu.
            Dyna mengambil sebatang kayu yang terdapat berhampirannya dan membaling kayu itu tepat terkena di atas kepala salah satu budak-budak nakal itu. Dyna sangat berani ketika itu,dia tidak peduli apa yang akan terjadi. Yang penting dia perlu meyelamatkan teman baiknya itu.
            “Adoi!” kuat budak itu menjerit kerana kepalanya dibaling dengan kayu.
            “Cis! Siapa yang berani baling kayu kat aku ni!”
            “Hoi! Samseng jalanan! Berani kau belasah kawan aku ea!” Dyna sudah berteriak ke arah budak itu.
            Budak itu kelihatan sangat marah lantas dia menyuruh kawan-kawannya mengejar Dyna.
            Semakin hampir budak-budak itu ingin menangkap Dyna, mereka terlebih dahulu terjatuh dihadapan Dyna. Rupa-rupanya kawan-kawan Dyna meletakkan tali rapiah di hadapan Dyna dan apabila mereka berlari ke arah Dyna,sepantas kilat kawan-kawannya menarik tali itu dan menyebabkan budak-budak itu terjatuh bagai nangka busuk di hadapan Dyna.
            Tidak sia-sialah dia sempat membeli tali itu di kedai sebentar tadi kerana pesanan daripada ayahnya.
            Lantas kawan-kawan Dyna mengikat kaki dan tangan mereka dengan tali itu.
            Dyna lantas berjalan mendapatkan budak yang berlagak seperti ketua samseng itu. Budak itu tidak sempat untuk berlari kemana-mana kerana Dyna dengan pantas mengejarnye dan memukulnya sekali lagi dengan kayu yang dibalingnya tadi.
            Dyna terus memiat telinga budak itu. Geram rasanya kerana sesuka hati saja nak belasah anak orang.
            Budak itu menjerit kesakitan disebabkan penangan piatan telinga dari Dyna.
            “Kau ni kan! Tak habis-habis menyusahkan orang. Kalau aku nampak kau kacau kawan aku lagi siaplah kau. Kau kena ingat aku ramai geng kat sini,kalau kau tak nak telinga kau ni putus baik kau jangan buat macam ni lgi. Faham tak!” Dyna memberi amaran kepada budak itu dan sepertinya budak itu percaya dengan kata-kata Dyna dan terus berlari meninggalkan tempat itu bersama kawan-kawan samsengnya tadi.
            ‘Eleh ingatkan samseng la sangat. Sekali kena piat telinga dengan aku,adik-adik rupanya!.’ Omel Dyna sendirian.
            Dyna segera berlari mendapatkan Afiq. Kesian dia melihat keadaan Afiq yang cedera akibat dibelasah sebentar tadi. Perlahan-perlahan Dyna menolong Afiq untuk bangun dan memapahnya untuk pulang ke rumah. Sebelum itu Dyna sempat berterima kasih dengan kawan-kawannya yang membantunya membanteras jenayah sebentar tadi!
            Ceh! Dan macam polis la pula aku ni. Membanteras jenayah la konon! Haha! Dyna ketawa sendirian di dalam hatinya.
            “Tak apa kau jangan risau Fiq. Selagi aku ada diaorang takkan berani sentuh kau lagi.” Dengan yakin Dyna berkata untuk menyedapkan hati kawannya itu.
            “Yela..kau ni dah macam samseng juga kan tadi. Takut juga diaorang kat kau. Kelakar aku tengok diaorang tadi. Hahahaha!” Afiq sudah ketawa terbahak-bahak apabila teringatkan reaksi budak-budak itu tadi setelah diberi amaran oleh Dyna. Macam nak nangis pun ada disebabkan telinganya dipiat. Pasti dah nak tercabut telinganya akibat piatan daripada Dyna!
            Dyna juga turut ketawa apabila terkenangkan muka budak yang kononnya berlagak samseng itu.
            Akhirnya mereka pulang ke rumah dengan gelak tawa yang tidak henti-henti. Hilang segala kesakitan yang dirasakan oleh Afiq apabila mendengar gelak tawa Dyna itu.


           

2 ulasan: