Selasa, 19 Julai 2011

F.O.H(BAB 6)



BAB 6
        Dato’ Kamil dan Datin Risza sedang menikmati sarapan pagi itu, tidak lupa juga adiknya Anis. Dengan perlahan afiq menuruni anak tangga untuk bersarapan bersama keluarganya sekali tetapi  pada masa yang sama dia ingin menyampaikan hasrat hatinya pada pagi itu.
            ‘Ye aku nekad pagi nia aku wajib bagitau semuanya.’ Janji afiq.
            “Ehem-ehem! Mama,papa fiq ada benda nak bagitau nie.” Terang afiq dengan berhati-hati.
            “Hmmm.. apa dia, cakap la.” Balas papa tanpa melihat ke arah afiq. Mama dan Anis tidak jadi meneruskan makan. Masing-masing lebih tertumpu ke arah afiq.
            “ Fiq nak mama dengan papa pergi meminang Anni hujung minggu ni boleh?” lancar afiq melafaskannya. Lega hatinya kerana hasrat hatinya telah disampaikan kepada mama dan papanya.
            Anis dan mama terkejut dengan berita yang baru afiq sampaikn tadi, papanya pula turut terkejut dengan hasrat hati anak terunanya itu.
            “ betul ke kamu mahu berkahwin dengan Anni? Dah fikir masak-masak?” Dato’ Kamil meminta kepastian anaknya.
            Afiq hanya mengangguk laju dan yakin dengan keputusannya itu.
            “Habis tu kak dyna macam mana abang fiq?” tiba-tiba Anis mencela.
            “Macam-mana apa, macam gitu la.” Balas afiq bersahaja.
            “Yela,dia tak sedih ke kamu nak berkahwin dengan Anni tu?” soal mama pula.
            “La,fiq tak ada apa-apa pun dengan dyna tu la mama. Kiteorang hanya kawan baik je.” Terang afiq, pelik dia kenapa mama dan adiknya boleh berkata sedemikian.
            “Hrmmm..yela mama ikut je. Kamu yang nak berkahwin bukan mama. Tapi kamu dah yakin ke pilihan kamu tu dah tepat memilih Anni sebagai isteri kamu.” Kata mama sebelum berlalu meninggalkan meja makan dan menuju ke dapur.
            Afiq termangu sendirian. ‘ Adakah Anni pilihan yang tepat untuk jadi isteri dia?’ Tanya afiq pada dirinya sendiri.

            Seharian dyna termenung sendirian sejak menerima khabar yang membuatkan hatinya sakit dan tidurnya tidak lena.
            ‘Kenapa aku boleh ada perasaan macam ni terhadap kawan baik aku sendiri. Tidak! Aku harus buang perasaan ni jauh-jauh. Dia dah nak kahwin. Aku pasti akan diketawakan kalau dia tau aku menaruh hati kat dia. Arghhh!! Aku benci feeling ni!!’ bisik  dyna sambil meraup mukanya beberapa kali. Dia seperti orang yang tidak keruan saja.
Ibu dan ayahnya pun pelik dengan keadaan dyna,selalunya ada sahaja celoteh dia yang akan mencuit hati mereka. Tetapi tidak hari ini, anaknya itu kelihatan seperti orang yang dalam kegelisahan,seperti orang yang putus cinta pula. Setahu mereka anaknya itu tidak pula bercinta dengan sesiapa.
‘Huh!’ dyna mengeluh. Dia terus masuk ke bilik dan memasang radio. Terus hilang mood dyna pada hari itu. Semua kerja yang dia buat tidak boleh fokus,asyik termenung je. Dyna perasan bahawa ibu dan ayahnya pelik dengan perangainya hari itu,tetapi apa dia peduli. Dia tidak boleh menceritakan perkara yang sebenar kepada ibu dan ayahnya. Nanti lagi parahla jawabnya.
            ‘Aku kene buat sesuatu,aku tidak boleh terus-terusan macam ni nanti lagi ramai yang perasan. Tidak ada siapa yang boleh tau tentang perasaan aku ni,cukuplah hanya aku seorang je yang tanggung.’ Dyna cuba untuk menguatkan semangatnya.
Sebelum itu….
Dyan menghantar mesej kepada seseorang.
salam..fiq.. aku rasa aku tak dapat ikut parents kau la hujung minggu ni. Sorry ea,lupa aku nak bagitau kau yang hujung minggu nie aku kene balik asrama aku balik.’
          ‘Beep!Beep!’ 
Afiq yang tengah leka menonton cerita doraemon tersentak kerana telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Laju dia membuka peti simpanannya dan baca pesanan yang diterima.
Ok dyna. aku faham,tak apa aku tak kisah,janji masa aku kahwin nanti kau ada ok!.’ Balas afiq ringkas.
Dyna hanya membiarkan saja mesej yang diterimanya tadi,dia sudah dapat agak apa yang akan dibalas oleh afiq. Padanya lebih baik dia membiarkan sahaja daripada hatinya sakit jika baca mesej yang dihantar oleh afiq.
Dyna terus berbaring di atas katilnya sambil mendengar radio.

Memang khilafku..menyayangimu..
memang silapku..mencintaimu..
tapi ku tahu semua itu..tak akan kembali lagi..

Bukan ku pinta segunung janji...
tidak ku harap sinaran ini..
cuma ku ingin..
setulus kaseh..
kesetiaan kekal selamanya..

Oh..Oh shakila..
senyum mu..
enggan pergi..tawamu..mengiringi..
wajahmu ku terbayang..
hadirmu dalam mimpi..
umpama bidadari..
potrait mu ku tatapi..
mengharap kau kembali..

Memang ku rindu..
saat bersamamu..
memang tk mampu..
melupakan mu..
tapi ku tahu semua itu..
tak akan kembali lagi..

Selamat tinggal pada kenangan..
selamat tinggal pada igauan...
terima kasih..
aku ucapkan..
untuk percintaan ini..
            Tanpa dyna sedari,air matanya mengalir dengan derasnya setelah mendengar bait-bait perkataan lirik yang didendangkan oleh penyanyi itu.
            Terus dyna bangun dan mematikan radio itu, dia rasa geram pula kerana dia menangis untuk seorang lelaki yang sudah pasti akan menjadi milik orang lain.
            “Ish! radio ni kan time macam ni la baru nak keluarkan lagu-lagu sentimental macam ni. Cuba la keluarkan lagu kanak-kanak ke,lagu yang happening ke.!” Ngomel dyna sendirian. Lalu dia terus merebahkan dirinya ke atas katil, setelah beberapa minit dyna terlelap dengan linangan air mata.

            Dato’ Kamil sedang bersantai di ruang tamu di pagi sabtu yang hening dan segar udaranya sambil membaca surat khabar. Datin Risza datang mendapatkan suaminya dengan secawan kopi untuk suami tercinta. Dia ada perkara yang hendak dibincangkan bersama suaminya itu sebelum semuanya terlambat.
            “Abang,Risz ada benda nak cakap dengan abang ni.” Kata Datin Risza dengan berhati-hati.
            “Ermm,,apa dia?” Dato’ Kamil mmenyuruh isterinya meneruskan hasrat yang ingin disampaikan.
            “Abang rasa anak kita tu dah buat keputusan yang tepat ke untuk jadikan Anni tu sebagai menantu kita. Risz tak berapa nak berkenan la bang dengan budak tu,kalau ikutkan hati saya ni saya nak sangat jadikan Dyna tu sebagai menantu kita tau.” Lega Datin Risza kerana telah menyampaikan hasrat hatinya yang disimpan sejak anaknya,afiq memberitahu tentang pinangan yang akan mereka adakan pada hari esok.
            “Abang pun rasa macam tu Risz,tapi kita nak buat macam mana dah itu pilihan hati dia. Takkan kita nak halang, dia yang nak berkahwin bukan kita. Kita hanya mampu doakan kebahagian untuk anak-anak kite je Risz.” Tenang Dato’ Kamil berbicara dengan isteri tercinta.
            “Yela bang,kalau abang pun dah cakap macam tu, saya ikutkan je.” Luah Datin Risz dengan nada hampa.
            Afiq tidak jadi untuk keluar. Fikirannya bercelaru memikirkan apa yang telah dikatakan oleh mama dan papanya. Dia jadi makin tidak keruan bukan disebabkan esok dia akan bakal menjadi milik orang lain tetapi pasal Dyna!
            ‘ Ke mana kau pergi dyna? sejak aku bagitau pasal aku nak kahwin, kau terus mendiamkan diri. Aku call kau tak angkat, aku mesej lagi la kau tak balas. Dah seminggu kau macam ni.’ Gelisah Afiq memikirkan kemana hilangnya Dyna. Tiada lagi dengar khabar berita tentang Dyna,tiada lagi dengar gurau sendanya yang sentiasa membuat dirinya bahagia.
            Tanpa sedar Afiq merindui sahabatnya yang seorang itu, dia tidak betah dengan keadaan sebegini untuk jangka masa yang lama. Dalam masa yang sama dia ragu-ragu untuk pergi ke rumah Anni besok. Tetapi dia tidak boleh membatalkan semua itu kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarganya.
            ‘Adakah aku sudah jatuh…’ Afiq menduga namun secepat mungkin dia menghalau perasaan aneh itu jauh dari dirinya.
            ‘Arghhh!! Tidak! Tidak mungkin aku boleh suka dengan shabatku sendiri! Mustahil!’
‘knok!knok!’
            Ketukan di pintu mematikan lamunan afiq lantas dia menjerit “masuk!”
Terjengul muka Anis di muka pintu Afiq,lantas dia masuk dan duduk di sebelah abangnya.
            “Hmmm…nak apa nie tiba-tiba masuk bilik abang.” Soal Afiq malas.
            “Saja je tak boleh ke? Hehe..tak de lah ni nak sampaikan salam daripada seseorang.” Spontan Anis berkata.
            “Oh! Salam dari sapa?” soal afiq sambil matanya ditutup dengan lengan kanannya.
            “ Salam dari kak Dyna la, tadi adik dia Hazwan sampaikan. Dia kata kak Dyna kirim salam kat abang. Hari ni dia dah bertolak balik ke asrama dia.” Laju Anis menyampaikan amanat orang. Sememangnya dia dan Hazwan sekelas malah berkawan baik juga sama seperti kakak dan abang mereka.
            Sepantas kilat, Afiq terus bangun dari pembaringannya dan meminta kepastian dari adiknya itu. “ Betul ke kak Dyna dah balik asrama dia hari ini?” soalnya lagi.
            Anis hanya mengangguk. “Aik takkan abang tak tau dia nak balik hari ni? Abang dengan dia kan kawan baik.”  Soal Anis penuh kehairanan.
            Afiq terus meluru keluar meninggalkan Anis keseorangan di dalam biliknya. Dia harus pergi ke suatu  tempat dan dia harus menemui seseorang!
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan