Jumaat, 22 Julai 2011

F.O.H(BAB 12)


BAB 12
            Afiq sedang tekun  menghabiskan kerja-kerjanya sebelum pulang ke rumah,dia tidak suka menyiapkan kerja-kerjanya last minute dan dia juga tidak gemar untuk membawa pulang kerja-kerja pejabatnya ke rumah. Padanya kerja-kerja yang ada perlu disiapkan di pejabat sahaja dan rumah adalah untuk dia merehatkan badan setelah seharian bekerja. Tetapi jika kerjanya terlampau banyak,dia terpaksa juga membawa pulang segala tender-tender yang perlu dia siapkan.
            Sedang dia mengemas-mengemas untuk pulang,tiba-tiba ada seseorang yang menelefonnya. Dengan rasa malas Afiq menjawab panggilan tersebut.
            “Hello.” Kata Afiq sepatah.
            “Hello, sayang. I nak jumpa you hari ini boleh?” tanya Anni dengan lemah gemalai.
            “Pukul berapa you nak jumpa?” Afiq mengerling ke arah jam yang terletak di atas mejanya.
            “Sekarang boleh? You dah habis waktu kerjakan?” tahu sahaja Anni bahawa tunangnya itu sudah habis waktu kerja.
            “ Ermmm…yela tapi kat mana?” akur Afiq dengan permintaan tunangnya itu.
            “Great! I tunggu you kat Kenny Rogers ok?” Anni memberitahu tentang tempat pertemuan mereka pada hari itu. Sememangnya dia memang gemar pergi ke tempat itu.
            “Ok!” sepatah Afiq menjawab lalu mematikan taliannya.
            Dia sendiri tidak tahu mengapa perasaan cinta dan sayangnya pada Anni semakin pudar. Padahal semasa mereka masih belajar,Afiq sangat mencintai tunangnya itu bahkan setiap hari ada sahaja kata-kata yang romantis diberikan kepada Anni. Tetapi sekarang dia merasa malas untuk berkasih dan bermanja dengan tunangnya itu.
            Afiq mengambil masa setengah jam sahaja untuk pergi ke tempat yang telah Anni tetapkan tadi. Dari jauh dia sudah nampak Anni melambai-lambaikan tangan kepadanya.
            “Ada apa you nak jumpa I?” soal Afiq lantas mengambil tempat di hadapan Anni.
            “You tak mahu order apa-apa ke? Anything?” soal Anni sambil memerhatikan diri tunangnya itu. Afiq sudah berbeza sekarang, dia sudah seperti orang yang tidak terurus. Anni lebih suka dengan diri Afiq yang kemas dahulu. Dia pun pelik mengapa tunangnya itu boleh berubah sampai macam itu sekali.
            Afiq hanya membalas dengan gelengan sahaja. Dia mahu segera pulang ke rumah dan merehatkan badanya yang letih itu.
            “Ok. Sebenarnya I nak  bincang pasal perkahwinan kita. Papa I dah bising asyik tanya saja bila kita nak melansungkan perkahwinan.” Terus-terang Anni memberitahu tentang sebab pertemuan mereka pada hari itu.
            “I banyak lagi perkara yang perlu diuruskan,you cakap lah dengan papa you yang I tengah busy sekarang ni.” Alasan yang sama Afiq beri apabila tunangnya itu membangkitkan soal perkahwinan mereka.
            “Itu saja yang you tahu. Busy!busy!busy! apa yang you buat sampai perkahwinan kita pun asyik tertangguh saja!” bentak Anni kerana geram dengan jawapan tunangnya itu. Alasanya selalu sahaja sama sehinggakan dia sudah bosan dengan perlakuan endah tak endah Afiq itu.
            “You kena faham I ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan sebelum kita kahwin. Kalau you tak boleh sabar sangat you kahwin jela sorang-sorang!” marah Afiq lantas berlalu dari situ meninggalkan Anni keseorangan.
            Banyak mata yang memandang ke arah mereka berdua.
            Anni terkedu,belum pernah lagi mana-mana lelaki yang berani menengkingnya sebegitu sekali termasuklah papanya sendiri. Dia semakin bengang dengan tindakan drastik Afiq itu.
            ‘Nanti kau Afiq! Satu masa nanti aku akan malukan kau depan orang ramai seperti yang kau lakukan pada aku sekarang.’ Anni semakin bengang lalu mengambil keputusan untuk berlalu dari situ secepat mungkin. Tebal mukanya kerana tidak pasal-pasal mendapat perhatian daripada orang ramai.
            “Arghhh!! Tensionnya!!!” bentak Afiq sambil memukul-mukul stereng keretanya.
            “Perempuan tu tak habis-habis menyusahkan hidup aku. Aku kata nanti,nantilah! Kalau dah gatal sangat nak kahwin,kau kahwin jela dengan tok kadi tu!” bebel Afiq sendirian. Gayanya seperti orang gila sahaja bercakap sorang-sorang. Nasib sahaja tiada sesiapa masa itu,kalau tidak sudah tentu ada orang yang akan mendaftarkan namanya di ‘hospital Tanjung Rambutan’ kerana ternampak Afiq bercakap seorang diri.

            Setibanya di rumah,Afiq bergegas meluru masuk ke rumah. Dia ingin segera menyegarkan badan kemundian dia mahu terus masuk tidur. Begitulah rutin harian Afiq sejak kebelakangan ini,dia tidak lagi bergurau senda bersama keluarganya dan dia lebih suka menyendiri di dalam bilik. Mama dan papanya sudah lama perasan dengan keadaan anaknya itu,sudah puas mereka bertanya mengapa Afiq bersikap seperti itu. Namun Afiq hanya memberi alasan yang dia penat bekerja.
            “Mama,kenapa abang sekarang macam dah lain kan?” soal Anis yang sudah lama perasan sikap abangnya itu.
            “Lain macam mana pula?” sengaja Datin Risza ingin menduga anak perempuannya itu. Adakah Anis juga perasan tentang sikap aneh anak lelakinya itu.
            “Yela, Anis tengok abang tu dah tak macam dulu la ma. Dulu dia selalu bermesra dengan kita,sekarang ni jangan nak kata bermesra..berbual pun jarang. Banyak sangat ke kerja yang papa bagi kat dia sampai dia jadi macam tu sekali.” Panjang lebar Anis berkata.
            “Entahlah mama pun pening dengan abang kamu tu. Nak kata banyak kerja,papa tak adalah bagi  banyak sangat kerja dekat dia.” Balas mama. Risau dia dengan keadaan anaknya yang seorang itu.
            “Tapikan mama, Anis perasan abang jadi macam tu sejak kak Dyna dah setahun tak balik kan ma. Entah-entahkan mama abang Fiq tu rindu sangat dekat kak Dyna kot,tu pasallah dia macam orang tak betul je.” Anis sudah perasan sesuatu tetapi dia diamkan sahaja,dia tidak boleh serkap jarang sahaja. Dia perlu siasat dahulu tentang kebenaran yang dia  rasakan itu barulah dia boleh membongkarkan segala-galanya.
            “Ish kamu ni memandai sahaja. Mungkin abang kamu tu penat sangat bekerja kot. Kamu jangalah fikir yang bukan-bukan. Ni semua tiada kena mengena dengan kak Dyna kamu tu tahu tak.” Sangkal Datin Risza tentang sangkaan anaknnya itu, tetapi dia juga perasan sejak bila Afiq boleh berubah sampai macam tu sekali.
            Anis hanya memuncungkan mulutnya setelah mendengar jawapan daripada mamanya itu.
            ‘Tak apa,sekarang bolehlah semua orang tak percaya lagi sebab perkara ni masih samar-samar lagi. Tapi tengoklah nanti Detektif Anis akan siasat tentang perkara ni dengan lebih mendalam.’ Anis sudah memasang niat dan berangan untuk menjadi seorang penyiasat yang professional. Dia sudah tersengih sendirian dan dia akan siasat juga tentang abangnya itu dan kawan baik abangnya iaitu kak Dyna!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan