Rabu, 26 Oktober 2011

F.O.H(BAB 17)


BAB 17
     Setelah puas mendengar bebelan daripada Isha selama setengah jam akhirnya mereka berdua menjamu selera dengan tenang. Agak bengkak jugalah telinga Dyna mendengar bebelan daripada Isha mana tidaknya sebaik sahaja Dyna tiba kawannya itu sudah membuat muka seperti singa yang kelaparan. Gerun juga Dyna melihat riak wajah Isha ketika itu. Selepas ini sudah pasti Dyna tidak akan berani lagi untuk datang lambat jika dia ada membuat temu janji dengan kawannya itu.
            “Dyna selalunya kau pergi lunch dengan siapa? Kenapa hari ini tak ada angin tak ada ribut kau ajak aku lunch sama-sama.” Tanya Isha setelah beberapa minit mereka leka menjamu selera.
            “Selalunya aku pergi lunch dengan tunang aku la,dengan siapa lagi. Tapi hari ini dia ada meeting so aku tak ada kawan sebab itulah aku ajak kau.”
            “Oh! Bila tunang kau tu busy barulah teringat nak cari aku lepas tu ajak pergi lunch sama ya! Ni yang aku nak merajuk ni.” Kata Isha sambil memuncungkan mulutnya itu.
            “Ala..bukan macam tulah aku selalu teringat kat kau tau cuma tak berkesempatan saja nak jumpa kau. Tunang aku tu asyik nak berkepit saja dengan aku naik rimas pulak aku.”
            “Wah! Untunglah kan orang dah bertunang. Pergi mana-mana pun dengan tunang saja. Tengok aku ni pergi mana-mana pun seorang saja,siapalah yang nak teman aku kan?” bebel Isha dengan nada yang perlahan seakan-akan seperti merajuk.
            “Ala..mengada-ngadalah kau. Nak merajuk konon,piraah! Aku tak layan lah,merajuk la kau sorang-sorang.”
            “Ish kau ni baru nak bermanja-manja sikit dengan kau. Tak sporting lah. Eh Dyna..tunang kau tu hensem tak? Bila kau nak kenalkan dia dengan aku?” Beria-ia Isha ingin berjumpa dengan tunang kawannya itu.
            “Nanti ada masa aku kenalkan lah kau dengan dia eh.”
            “Ermm..kau betul ke sayangkan tunang kau tu?”
            “Kenapa pula kau cakap macam tu. Dah nama pun tunang mestilah aku sa..sayang dia.” Terketar-ketar Dyna ingin menjawab pertanyaan kawannya itu.
            “Ala kau tu. Cakap saja kat mulut sayang tapi dalam hati kau masih sayangkan orang lain kan.” Selamba sahaja Isha bertutur lantas kembali mengunyah makanannya yang hanya tinggal sedikit saja lagi.
            Dyna terkedu dengan kata-kata kawannya sebentar tadi. Betulkah di dalam hatinya itu masih terpahat nama seorang insan yang pernah membuat hatinya bahagia dan juga kecewa suatu masa dahulu. Yang pasti dia akan berusaha untuk melupakan orang itu dan dia ingin belajar menerima hakikat bahawa dia dan Afiq tiada jodoh. Dan mungkin hubungan mereka hanya sekadar sebagai kawan baik semata-mata.
            Dyna sudah berhasrat untuk mula menerima hakikat dan belajar untuk menyayangi tunangnya,Adrian semenjak  tersarungnya cincin bertahtakan berlian di jari manisnya. Kini dia sudah bergelar sebagai tunang orang dan mungkin tidak lama lagi Dyna akan memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada insan yang bernama Adrian bukan Afiq.
            Namun adakah hatinya sudah sedia untuk menerima segala kemungkinan itu?
            Adakah Dyna dapat menahan dirinya daripada terus menyayangi dan mencintai seorang jejaka yang mungkin tidak akan menjadi miliknya?
            Dyna sendiri tidak pasti dengan segala kemungkinan itu. Dia hanya berserah segala-galanya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Mudah-mudahan dia diberikan jodoh yang terbaik untuk dirinya dunia dan akhirat.
            “Dyna! Kau ni kenapa asyik termenung saja dari tadi. Kau tengok tu makanan kau tu tak luak pun dari tadi,kau ada masalah ke?” tegur Isha kehairanan. Bukan dia tidak perasan kawannya yang seorang itu asyik termenung saja. Risau pula dia melihat keadaan Dyna seperti itu.
            “Ha. Tak ada apa-apalah. Aku cuma teringatkan kerja-kerja aku yang melambak kat office tu je.” Ujar Dyna selamba lalu segera menghabiskan makanannya itu.
            Isha hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat keadaan Dyna.
            ‘Dyna.Dyna. Ingat aku tak tahu ke kau tu sebenarnya  ada masalah tapi tak mahu cerita kat aku. Sampai bilalah kau nak simpan sorang-sorang.’ Gumam Isha sendirian.

                        Setelah selesai menghabiskan makanan Dyna dan Isha mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sebentar sementara masa rehat mereka masih ada lagi. Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk namun tidak ada satu barang pun yang mereka beli. Mereka hanya berjalan dan ‘mencuci mata’ sebelum balik ke office masing-masing dan menyelesaikan tugas-tugas yang sudah pasti akan menyesakkan kepala otak mereka.
            Sedang Dyna leka membelek-belek baju di butik Nirwana,tiba-tiba ada seorang wanita yang menegurnya dari belakang.
            “Eh kalau tak silap  you ni Dyna kan?”
            Tersentak Dyna dibuatnya manakan tidaknya setahu Dyna,dia tidak mengenali wanita yang sedang berdiri di hadapannya kini.
            “Yes I am. Tapi you ni siapa ya?” soal Dyna kembali sambil melemparkan senyuman kepada si empunya badan itu.
            “Ouh. Sorry I lupa nak kenalkan diri I pula. I Anni tunang Afiq best friend you tu.” Terang Anni memperkenalkan dirinya sambil menguhulurkan tangannya kepada Dyna.
            Teragak-agak Dyna nak menyambut huluran tangan wanita yang mengaku dirinya sebagai tunang kepada Afiq itu.
            “Oh ya ke? Tapi macam mana you boleh kenal I ya?” soal Dyna kehairanan. Pelik, macam mana wanita itu boleh kenal akan dirinya tetapi Dyna sendiri tidak kenal wanita itu.
            “Afiq banyak cerita tentang you tapi sayang you tak ada semasa majlis pertunangan kami masa itu. Kata Afiq you dah balik Terengganu masa tu. You belajar di Terengganu ya?”
            Dyna hanya menganggukan kepalanya. Dia sendiri masih kaget kerana tidak sangka pula dia akan bertemu dengan tunang kawan baiknya itu.
            Dalam diam Dyna hanya memerhatikan diri Anni itu yang hanya memakai gaun berwarna pink paras lutut sahaja. Rambutnya pula panjang dan lurus. Sekali pandang muka Anni ini sudah seperti pelakon wanita yang agak terkenal itu, Intan Ladyana.
            Mungkin kerna itulah kawan baiknya itu jatuh hati dengan wanita yang berdiri di hadapannya kini.
            “Ok la Dyna. I nak gerak dulu ni. Nanti masa wedding I dengan Afiq you jangan lupa datang ya.” Ujar Anni sambil mengenyitkan matanya kepada Dyna sebelum berlalu pergi meninggalkan Dyna termangu sendirian di butik itu.
            Dyna yang masih binggung dengan pertemuan yang mengejutkan sebentar tadi disergah oleh Isha.
            “Hoi! Kau ni kenapa macam nampak hantu saja aku tengok. Perempuan tadi tu siapa?” soal Isha sambil kepalanya terjengah-jengah mencari kelibat perempuan yang berbual dengan kawannya sebentar tadi.
            Dyna tidak menghiraukan pertanyaan Isha bahkan dia terus saja berlalu meninggalkan kawannya itu. Tiba-tiba dia rasa seperti moodnya hilang setelah bertemu dengan perempuan yang sentiasa Afiq puja itu.
            Isha pantas mengejar Dyna yang sudah jauh meninggalkan dirinya sendirian namun dia masih tidak puas hati selagi Dyna tidak menjawab pertanyaannya sebentar tadi.
            “Weyh. Kau dengar tak ni. Aku tanya kau ni siapa perempuan tu tadi?”
            Dyna lantas berhenti dan menoleh kearah kawannya itu.
            “Huh..”sempat lagi Dyna mengeluh sebelum menjawab pertanyaan kawannya itu.
            “Itulah Anni.” Jawab Dyna perlahan.
            “Oh Anni..Anni tu siapa weyh?”
            “Anni tu tunang kepada Afiq Arman.”
            “Oh tunang Afiq.” Selamba Isha berkata sambil menganggukkan kepalanya.
            Tidak sampai beberapa minit Isha menjerit. “Ha! Tunang Afiq! Kawan kau tu? Kenapa dia jumpa kau. Macam mana dia boleh tahu kau kat sini. Dia follow kau ke?” seperti biasa Isha berkata dengan kelajuan sepantas bullet train. Sekali nafas sahaja dia bertanya kepada Dyna.
            “Ish kau ni kan. Manalah aku tahu. Mungkin pertemuan kami tu tadi tak sengaja kot. Dia tak cakap apa-apa pun,dia just kenalkan diri dia sebagai tunang Afiq kat aku je.” Tenang Dyna menjawab segala pertanyaan Isha tadi.
            “Eh. Perlu ke dia jumpa kau semata-mata nak kenalkan diri dia sebagai tunang Afiq tu.”
            “Perlu la juga. At least aku dah tahu lah macam mana rupa si tunang Afiq tu kan. Kau ni kan makcik banyak songeh la. Dah la jomlah kita balik office. Masa pun dah time ni.”
            ‘Eh minah ni. Masa pun dah time? Masa dengan time tu bukan sama ke?’ sempat Isha mengomel sendirian setelah mendengar kata-kata Dyna itu.

            Anni terseyum puas mengenangkan pertemuan yang tidak dijangka olehnya sebentar tadi. Manakan tidaknya akhirnya dapat juga dia bersemuka dengan perempuan yang pernah dibencinya suatu masa dahulu disebabkan cemburu yang melanda diri ketika melihat  kemesraan perempuan itu dengan kekasih hatinya,Afiq Arman.
            Walaupun Anni pasti bahawa Afiq tidak pernah lagi memperkenalkan dirinya sebagai tunang Afiq kepada perempuan itu. Oleh itu,Anni begitu tekad dengan keputusannya untuk memperkenalkan dirinya sebagai tunang Afiq kepada perempuan yang ditemuinya sebentar tadi.
            Dari pandangan matanya,Anni dapat mengagak perwatakan perempuan itu. Padanya perempuan itu mempunyai gaya yang tersendiri. Walaupun tidaklah secantik  mana namun dirinya tedapat daya tarikan yang istimewa dan lain daripada perempuan-perempuan yang diluar sana.
            Namun Anni tetap merasakan dirinya lebih cantik dan mempunyai daya tarikan yang menarik jika nak dibandingkan dengan perempuan yang baru ditemuinya sebentar tadi.
            Sedang Anni tersenyum sendirian, tangannya dicuit oleh seseorang.
            “Hoi! You ni dah kenapa senyum sorang-sorang. Dah sewel ke?” jerkah Wanie teman rapat Anni sejak dari bangku sekolah lagi. Sekarang Wanie juga bekerja di Kuala Lumpur, jadi mereka berdua selalu keluar menghabiskan masa bersama-sama jika ada masa yang terluang.
            “Ha! Tak ada  apalah. Cuma I rasa hari ni yang bahagia buat I.” Jawab Anni sambil tersenyum lebar.
            Semakin pelik Waniey melihat perangai temannya itu hari ini. Sudah lah tadi tiba-tiba saja Anni menghilangkan diri,puas dia mencari Anni namun tidak juga diketemuinya. Akhirnya jumpa juga temannya itu setelah lelah mencari kelibat Anni di sekitar Alamanda itu.
            “Kenapa pula hari ni hari bahagia you pula? Dah tu tadi you ke mana ha..penat I cari you tahu tak. Naik lenguh kaki I ni.” Bebel Waniey lalu duduk di sebelah Anni menghadap kolam yang terdapat di hadapan pintu masuk Alamanda itu.
            “You know what..”
            “No,I don’t know...” Belum sempat Anni menghabiskan kata-katanya,Waniey terlebih dahulu memotong percakapan temannya itu.
            “Ish you ni! Tunggulah I habis cakap dulu. Ni ha you nak tahu tak tadi I terjumpa siapa?”
            “La manalah I tahu, I bukannya nujum pak belalang yang boleh teka you jumpa siapa tadi.” Seloroh Waniey.
            “Tadi I jumpa Dyna!” beria-ia Anni memberitahu temannya itu tentang kejadian sebentar tadi.
            “Ha! Dyna? Siapa Dyna tu?” Waniey masih terpinga-pinga kerana tidak kenal kepada gerangan yang disebut oleh Anni sebentar tadi.
            “Ala..Dyna tu kawan baik Afiq la. Don’t you remember yang I pernah cerita pasal dia kat you kan.” Anni berusaha untuk membantu temannya itu ingat kepada insan yang bernama Dyna itu.
            “Oh! Baru I ingat. Sebab perempuan itulah you make decision untuk bertunang dengan Afiq secepat mungkin kan?” kata Waniey sambil terangguk-angguk.
            “Yups,that’s right! Finally I dapat juga bersemuka dengan dia.” Anni masih tersengih kepuasan kerana hasrat hatinya ingin bersemuka dengan Dyna sudah menjadi kenyataan.
            Waniey hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai Anni itu. Bukannya dia tidak tahu yang temannya itu ada merencanakan sesuatu tanpa pengetahuannya. Dia agak terkejut juga sewaktu Anni menceritakan sebab kenapa tiba-tiba dia berubah fikiran dan ingin bertunang dengan Afiq suatu ketika dahulu.
            Waniey sudah tidak tahu bagaimana ingin menasihatkan temannya itu. Sudah banyak kali dia menasihati temannya itu agar berubah namun Anni tetap dengan dirinya itu. Anni langsung tidak ambil peduli di atas semua nasihat yang diberi oleh teman baiknya itu,Waniey.       
            Kadang kala Waniey sudah berputus asa dan membiarkan sahaja apa yang ingin dilakukan oleh Anni. Dia hanya mampu berdoa dan berharap bahawa teman baiknya itu akan berubah suatu hari nanti.
            “Babe! Yang you ni termenung ni kenapa?” tersentak Waniey dengan sapaan Anni itu. Waniey hanya mampu tersengih sahaja.
            “Darl.. Yang you ni tersengih macam kerang busuk ni kenapa?” seloroh Anni lagi pelik dengan perlakuan temannya itu.
            “Ala senyum tukan sedekah. I nak sedekahkan senyuman I ni kat you takkan tak boleh kot?” jawab Waniey bersahaja.
            “Haha.. Tak payah la nak sedekah kat I kan. I tak hingin pun..dah jom. Nanti terlambat pula you nak masuk kerja kan.”
            “Ala you ni I nak gurau sikit pun tak boleh. Ok! Lets go!” kata Waniey lalu mengajak temannya itu untuk pulang ke office masing-masing.

1 ulasan: