Jumaat, 22 Julai 2011

F.O.H(BAB 13)


BAB 13
        Hari ini rombongan dari keluarga Dato’ Ryan dan Datin Mariah akan tiba,semua ahli keluarga Dyna telah pun berkumpul. Adik-adiknya semua ada pada hari itu,maklumlah hujung minggu. Wawa dan Hazmin sudah tentulah cuti kerana hujung minggu sekolah tidak buka manakala adiknya Hazwan pula sedang menunggu tawaran untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dyna bangga dengan adik-adiknya kerana mereka mendapat keputusan yang agak cemerlang di dalam peperikasaan yang diduduki oleh mereka.
            Semua orang gembira kerana tidak lama lagi Dyna akan digelar tunang orang terutama sekali ibu dan ayah Dyna. Mereka sangat gembira kerana akan menerima menantu sulung mereka tetapi Dyna??
            Dia juga berpura-pura gembira kerana tidak mahu ibu dan ayahnya perasan akan kegelisahan yang melanda dirinya itu. Kepulangannya pada hari itu tidak diketahui Afiq kerana dia belum bersedia untuk menemui lelaki yang pernah mencuri hatinya dan pada masa yang sama pernah melukakan hatinya itu.
            Tapi Dyna sedar dia tidak akan dapat melarikan diri daripada Afiq untuk selama-lamanya. Dan dia juga tidak bersedia untuk memberitahu Afiq tentang pertunangannya yang akan berlansung pada hari itu. Dia juga telah meminta Wawa supaya tidak memberitahu Afiq tentang kepulangan dan pertunangannya itu.
            “Wawa,janji dengan along ya.. jangan bagitahu Afiq tentang pertunangan yang akan berlansung pada hari esok.”
            “Tapi along tak rasa serba salah ke  kat abang Fiq. Dia kan kawan baik along,takkan along tak nak bagitahu tentang perkara penting macam ni. Kalau dia kecik hati macam mana.”
            “Ala buat apa dia nak kecik hati dengan along. Bukan along buat benda salah pun kat dia. Masa dia bertunang dulu pun along tak datang juga,sama je kan.”
            “Memanglah along tapi masa tu dia pun ada bagitahu pasal pertunangan dia kat along kan. Wawa cuma nak cakap satu je walau macam mana pun sakit hati along tu janganlah lupa yang dia pernah jadi kawan baik along.”
            Dyna terpana dengan kata-kata adiknya itu,dia serba salah dengan sikapnya yang suka mementingkan dirinya sendiri. Dia mengakui ada benarnya kata adiknya itu. Dia perlu memberitahu Afiq segala-galanya. Dia tidak mahu dianggap kejam terhadap kawan baiknya sendiri.
            “Along! Kenapa tercengang lagi tu? Mari masuk dalam bersiap-siap,kejap lagi aunty Mariah sampai!” jerit ibu dari dalam rumah.
            Lantas Dyna mencari kelibat adiknya Hazwan setelah tersedar daripada khayalannya sebentar tadi. Tiba-tiba dia nampak Hazwan ada di belakang rumah  dengan sepantas kilat dia pergi mendapatkan adiknya itu.
            ‘Aik budak ni,aku suruh masuk dia boleh lari ke belakang rumah pula.’ Bebel ibu geram kerana bukannya Dyna masuk ke dalam malah makin berlari ke belakang rumah.
            “Angah!!”panggil Dyna. tercungap-cungap dia mana tidaknya berlari bagai nak masuk olimpik pula gayanya.
            “Ha! Ada apa along? Kenapa tak siap lagi ni nanti kejap lagi kawan ibu tu sampailah.” Sempat Hazwan membebel melihat akaknya itu tidak bersiap lagi.
            “Along nak minta tolong satu benda boleh?”
            “Nak mintak tolong apa? Belikan barang solek kat kedai ke?”
            “La apehal pulak tiba-tiba masuk barang solek ni. Bukanlah!”
            “Manalah angah tahu,ingatkan nak suruh beli barang solek sebab barang solek mak andam tu dah habis ke.”
            ‘Eh-eh budak ni,boleh pula buat lawak tengah-tengah hari buta ni. Kang ada yang kena hempuk dengan aku ni. Dah la penat berlari tadi’ gumam Dyna geram dengan lawak bodoh adiknya itu.
            “Dah tak payah nak buat lawak pula. Cepatlah tolong along sekejap,boleh tak?”
            “Yela-yela. Tolong apa?”
            “Tolong bagitahu dekat keluarga uncle Kamil yang along nak bertunang hari ini boleh?”
            “La! Along tak bagitahu dekat diaorang lagi ke? Pegilah bagitahu dekat abang Afiq nanti pandai-pandailah dia bagitahu dekat family dia.”
            ‘Ish budak ni! Aku suruh dia,dia boleh suruh aku balik.’ Bebel Dyna.
            “Alo..Along tak ada kredit la. Angah tolonglah bagitahu dekat diaorang ea.”tergagap Dyna menjawab. Sengaja dia memberi alasan seperti itu tidaklah adiknya itu perasan apa-apa.
            “Angah mana ada nombor abang Fiq.”
            “Ala angah kan ada nombor Anis,bagitahu dia jela suruh sampaikan dekat family dia.”
            “Ermm..yela-yela!”
            Tersenyum Dyna kerana adiknya itu mahu menolongnya. Biarlah adiknya itu yang memberitahu mereka,janji dia tidaklah merasa dirinya kejam sangat kerana tidak memberitahu tentang majlis yang akan berlansung itu.
           
            “Ok!  Baiklah dan terima kasih sebab dah bagitahu kami ye,Hazwan. Dan jangan lupa sampaikan salam Anis dekat kak Dyna.” lantas Anis memutuskan taliannya itu. Lalu dia memanggil mamanya untuk menyampaikan berita yang baru diterimanya sebentar tadi.
            “Mama oh mama!” jerit Anis memanggil mamanya.
            “Ya nak apa? Mama ada dekat dapur ni.”
            “Sini lah sekejap. Ada berita penting ni.!”
            Datin Risza terus mendapatkan anaknya yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu.
            “Ha! Apa dia?”
            “Cuba mama teka siapa yang baru call Anis tadi?”
            “La..mana lah mama tahu. Mama bukannya nujum pak belalang yang boleh teka-teka ni.” Sempat Datin Risza membuat lawak.
            “Ish mama ni buat lawak pula. Tadi Hazwan baru call.”
            “Ouh yeke? Dia cakap apa kat kamu?”
            “Tak ada tadi Hazwan bagitahu yang kak Dyna ada kat kampung sekarang ni, hari ni diaorang ada…..” belum sempat Anis menghabiskan kata-katanya,Afiq tiba-tiba mencela. Entah dari mana datang abangnya dia sendiri tidak tahu.
“Apa Anis! Kak Dyna ada dekat kampung sekarang ni?” soal Afiq teruja.
Anis hanya mengangguk bagi menjawab persoalan abangnya tadi.
“Mama! Afiq keluar dulu.” Lantas Afiq mencapai kunci keretanya dan terus keluar tanpa mendengar ayat terakhir dari mulut Anis.
            “Abang! Nanti dulu Anis belum habis cakap lagi ni!” jerit Anis sambil mengejar abangnya tetapi malangnya abangnya tidak dengar dengan jeritan Anis itu.
            Anis sudah dapat mengagak kemana abangnya itu ingin pergi. Pasti ingin berjumpa Dyna!

            Afiq sangat gembira dengan berita yang baru diterimanya tadi. Dia sangat gembira dengan kepulangan insan yang dia tunggu selama ini iaitu Dyna! Tidak sabar rasanya ingin menemui Dyna,terubat sedikit rindunya pada Dyna setelah dia menemui gadis itu nanti.
Dia tidak sabar ingin mendengar celoteh dari mulut comel kawannya itu, dia juga tidak sabar ingin mendengar gelak tawa kawannya itu. Semuanya akan kembali ke pada yang asal. Dia akan menjadi rapat semula dengan Dyna dan yang paling penting dia perlu meluahkan tentang isi hatinya yang telah lama dipendam kepada Dyna. Dia tidak peduli jika dikatakan curang kepada tunangnya ,yang penting dia perlu meluahkan segala-galanya hari ini.            
Ya!  Dia sangat nekad dengan keputusannya itu, apa-apa pun yang terjadi dia perlu melakukannya pada saat dia berjumpa dengan Dyna nanti. Tidak sanggup rasanya ingin memendam perasaan itu lebih lama,dia boleh jadi gila hanya disebabkan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan