Rabu, 20 Julai 2011

F.O.H(BAB 10)


BAB 10
     
     Anni sudah tidak senang duduk,sekejap jalan ke kiri,sekejap jalan ke kanan. Hari ini dia perlu menemui seseorang untuk menjelaskan tentang statusnya sejak setahun yang lalu. Dia sudah tidak sanggup untuk menyembunyikan perkara yang sebenar,biarlah dia berterus terang sahaja. Tidak sanggup rasanya untuk dia menipu orang yang dicintainya. Orang itu bukanlah Afiq Arman,tunangannya tetapi…
            “Hai sayang!” sapa Adrian dari belakang mengejutkan Anni yang tengah gelisah itu.
Petang itu mereka berjanji untuk bertemu di taman rekreasi yang berdekatan dengan taman perumahan Anni.
            Adrian seorang jejaka yang mempunyai kacukan cina dan melayu. Bapanya adalah seorang ahli usahawan yang berjaya dan berketurunan cina manakala mamanya pula seorang suri rumah yang bergaya dan berketurunan melayu. Adrian mempunyai paras rupa yang agak menawan. Setiap orang wanita yang melihatnya pasti akan mudah tergoda dengan personalitinya yang sangat bergaya itu.  Adrian juga  lebih dikenali sebagai ‘kasanova’ yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur ini.
            Ramai wanita di Kuala Lumpur pernah menjadi mangsa kepada ayat-ayat manis yang dikeluarkan oleh jejaka ini termasuklah Anni. Anni juga telah menjadi salah seorang daripada mangsa-mangsanya.
            “Hai baby!” balas Anni lalu memeluk tubuh tegap Adrian. Terasa rindu pula kerana sudah lama mereka tidak bertemu.
            “You apa khabar? Sihat?” Tanya Adrian dengan suara yang menggoda.
            “ I ok je.” Balas Anni pendek.
            “Ada apa you tiba-tiba nak jumpa I ni.” Tanya Adrian lantas duduk di bangku yang berdekatan dengan mereka.
            “I nak bagitahu you sesuatu. Tapi sebelum I bagitahu ni I nak you tahu yang I cintakan you sangat-sangat.” Kata Anni cuba untuk memberikan keyakinan kepada Adrian betapa cintanya dia terhadap lelaki itu.
            “Yes dear,I know that. I pun cintakan you juga.” Balas Adrian tidak mahu mengalah.
            “Actually,I dah bertunang tahun lepas tapi I tak cintakan tunang I tu. I ada sebab tertentu untuk bertunang dengan dia.” Terang Anni berhati-hati dan cuba untuk menagih kepercayaan daripada Adrian.
            “It’s ok dear.I faham tapi yang penting I tahu yang you cintakan I seorang.” Kata Adrian lantas memegang tangan Anni dengan niat untuk menenangkan kegelisahan yang melanda diri wanita itu.
            “Betul you tak kisah?” soal Anni bersungguh-sungguh.
Adrian hanya mebalas dengan anggukan dan senyuman yang sangat menggoda kepada Anni.
            “I janji dengan you. Kita akan berkahwin secepat mungkin bila segala yang I rancang berjalan dengan lancar.” Janji Anni sambil memaut tangan kiri Adrian.
‘I tak kisah you nak kahwin dengan sesiapa pun Anni, sebab I pun akan menjadi tunangan orang tak lama lagi. Mama I dah rancang semuanya dan akan jodohkan I dengan anak kawannya. I’m so sorry honey.’ Bisik Adrian sendirian namun tidak didengari oleh Anni.
            Sebenarnya sejak dia bertemu dengan Anni di kelab malam setahun yang lepas, dia tidak lagi berkawan dengan mana-mana perempuan. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia sudah jatuh hati dengan Anni ataupun dia hanya jatuh hati dengan paras rupa dan bentuk badan yang dimiliki oleh Anni.
            Adrian memang mengakui bahawa Anni sangat cantik orangnya. Selama ini semua perempuan yang dikenalinya belum ada yang dapat mengalahkan kecantikan yang dimiliki oleh Anni. Mungkin kerana itu dia tidak melihat kepada perempuan-perempuan lain yang ada di luar sana.

Adrian terus memandu laju kereta mewahnya selepas bertemu dengan Anni di taman tadi. Di dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dia pening memikirkan tentang pertunangannya yang akan diadakan hujung minggu ini.
“Adrian,mama dan papa ada perkara yang nak bagitahu kamu hari ini.” Beritahu mama dengan riak muka yang serius.
“Apa dia mama?” soal Adrian cemas.
‘Lain macam saja bunyinya mama ni,ini mesti ada sesuatu yang penting ni.’ Duga Adrian sambil menumpukan perhatian kepada mamanya.
“Hujung minggu ni,mama akan masuk meminang anak kawan mama untuk kamu.” Lancar sahaja Datin Mariah memberitahu rancangannya itu kepada satu-satunya anak yang dia miliki.
Manakala Dato’ Ryan hanya mendiamkan diri sahaja. Padanya biarlah isterinya yang memberitahu tentang perancangan mereka itu.
“What!!” Terkejut Adrian mendengar berita yang disampaikan oleh mamanya sebentar tadi.
“Kenapa mama tiba-tiba buat semua ni kat Adrian. Adrian tak suka lah mama,soal jodoh Adrian boleh cari sendiri.” Bentak Adrian tidak setuju dengan rancangan mamanya itu. Padanya soal jodoh biarlah dia yang memilihnya sendiri,ini bukan zaman P.Ramlee lagi yang mana ibubapa menentukan jodoh untuk anak-anak mereka. Dia merasa tidak adil dengan keputusan mamanya itu.
“Tidak! Kamu wajib terima jodoh yang kami tentukan. Bukan kami tak tahu kalau kamu yang pilih sendiri entah macam-macam perangai agaknya perempuan yang jadi pilihan kamu tu. Kami mahukan menantu yang baik dan pandai menjaga nama baik keluarga kita. Jikalau tidak kamu tidak akan dapat satu sen pun duit dari kami,pandai-pandailah kamu cari duit sendiri.” Terang Datin Mariah panjang lebar. Cukup pantang baginya kalau ada  yang membantah sebarang keputusannya.
“Tapi mama,macam mana Adrian nak kahwin dengan perempuan tu. Kenal pun tak ni lagi la pula nak berkahwin dengan dia. Adrian tak cintakan dia.” Balas Adrian cuba untuk memujuk mamanya supaya tidak meneruskan rancangannya itu.
“Sebab itu lah kami mahu kamu berdua bertunang dahulu. Semasa dalam tempoh pertunangan kamu tu,kamu ambillah peluang itu untuk mengenal hati masing-masing. Kata orang ‘tak kenal maka tak cinta.” Dato’ Ryan mencela tiba-tiba setelah lama berdiam diri daripada tadi.
“Hurmmm..” Adrian mengeluh, bukan dia tidak tahu jikalau mamanya itu telah membuat sesuatu keputusan tiada sesiapa yang boleh membantah sebarang keputusannya termasuk anaknya sendiri. Dia terpaksa akur dengan kehendak mamanya itu dengan hati yang berat.
“Ponnnnnnnn!”
Terhenti lamunan Adrian kerana ada kereta yang membunyikan hon kepadanya, mana tidaknya dia sekarang berada di ‘traffic light’ yang tadinya berwarna merah tetapi sekarang telah bertukar berwarna hijau. Dia sendiri tidak perasan masa bila lampu itu bertukar warna hijau dan berapa lama dia telah berkhayal.

Dyna sedang leka menonton cerita Full House yang sedang ditayangkan di siaran 8. Tiba-tiba sahaja telefonnya berbunyi. Tersenyum Dyna melihat nama si pemanggil.
“Hello, Assalamualaikum ibu.” ceria suara Dyna menjawab panggilan ibunya. Terasa rindu pula kat ibunya itu.
“Waalaikumussalam, Along sihat?”Tanya makcik icah dengan nada yang lembut.
“Sihat bu. Ibu dengan ayah sihat?” soal Dyna kembali.
“Kami kat sini sihat-sihat saja. Along ibu ada hajat nak cakap ni.” Kata makcik icah tanpa melengahkan masa.
“Ni ha, sebulan yang lepas ibu ada terserempak dengan kawan baik ibu namanya Mariah. Ibu pernah cerita kat kamu pasal dia, kamu ingat lagi tak?” soal makcik icah dengan nada yang teruja sekali.
“Oh aunty Mariah. Ingat,kenapa dengan dia, bu?” baru Dyna teringat akan kawan baik ibunya itu kerana ibunya selalu sahaja menceritakan kepadanya pasal Mariah itu.
“Macam ini,hujung minggu ni dia nak datang ke rumah kita.” Makcik icah memberitahu tentang kedatangan kawannya itu hujung minggu ni.
“Oh! Yeke ibu,buat apa dia nak datang rumah kita?” soal Dyna kehairanan.
“Sebenarnya dia nak meminang kamu untuk anak lelakinya,Adrian.” Terus terang ibu memberitahu tentang hajat besar Datin Mariah itu.
‘Gulpppp!’
Terkedu Dyna mendengar tentang khabar yang baru diterimanya tadi. ‘Dia nak meminang aku? Untuk anak dia? Anak dia pun aku tak kenal macam mana nak kahwin nanti.’ Bisik hati kecil Dyna.
“Along,kenapa kamu tiba-tiba senyap je ni?” soal makcik icah keresahan. ‘Pengsan ke anak aku ni?’ soal makcik icah sendirian.
“Tak ada apa-apa la ibu. Ibu macam mana setuju ke?” Tanya Dyna setelah beberapa minit terdiam.
“La,ibu telefon along ni nak tanya along terima ke tak pinangan tu. Kalau tak terima ibu boleh bincang baik-baik dengan aunty Mariah tu.” Terang  makcik icah tentang sebab utama dia menelefon anaknya pada hari itu.
‘Aku nak terima ke tak pinangan tu ek?’ Dyna berfikiran sejenak.
‘Ala kau terima jela pinangan tu,lagipun kau nak tunggu siapa lagi? Afiq? Dia dah nak jadi suami orang pun. Lagipun takkan kau nak memalukan ibu kau depan kawan baiknya sendiri,kesian dekat ibu kau. Dia teringin sangat tengok kau berkahwin.’ Entah dari mana suara itu datang,Dyna pun tak pasti.
‘Tapi aku tak cintakan lelaki tu malah kenal pun tidak.’bisik Dyna.
‘ Ala lepas kau dah kenal dia,kau cinta la dekat dia nanti.’ Suara itu kembali menerjah ke fikirannya.
Akhirnya Dyna membuat keputusan…
“Baiklah ibu,Dyna terima pinangan tu. Baik untu ibu,baik juga untuk Dyna kan?” nekad Dyna dengan keputusannya itu.
“Betul ni?! Baiklah nanti ibu akan bagitahu dekat aunty Mariah kamu tu, jangan lupa hujung minggu ni balik kampung ya.” Teruja  makcik icah dengan keputusan anaknya itu. Belum sempat Dyna hendak meneruskan percakapannya talian panggilan terus terputus.
‘Balik kampung? Dah setahun aku tak menjejakkan kaki ke kampung itu tetapi hujung minggu ini aku akan balik ke halaman rumahku.’ Gumam Dyna sendirian sambil merebahkan badannya di atas sofa.
Berdebar-debar pula dia hendak pulang ke kampung hujung minggu ni. Yang pasti debaran itu hadir bukanlah kerana pinangan itu tetapi disebabkan seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan