Selasa, 19 Julai 2011

F.O.H(BAB 7)


BAB 7
            Anni sangat gembira hari ini kerana esok dia akan mengikat tali pertunangan dengan Afiq Arman. Tak senang duduk dia, tiba-tiba dia teringat kan seseorang lantas mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.
            ‘Trut! Trut!’
            “Hello babe!” teruja Waniey menjawab kerana sudah lama kawan baiknya itu tidak menghubunginya sejak mereka tamat di dalam bidang pengajian bulan lalu.
            “Hello darl! How are you?” balas Anni kembali.
            “Fine, thank you. Yang you tiba-tiba boleh terdetik hati nak call I ni kenapa?  Mesti ada hot story ni kan?” duga Waniey selamba.
            Pelik juga Waniey, tiba-tiba sahaja kawan baiknya itu call. Dia sudah menduga bahawa mesti ada something jikalau tidak mana mahu Anni call dia malam-malam macam ni.
            “Yes baby, You nak tau esok I akan bertunang dengan Afiq Arman!” Anni dengan teruja sekali memberitahu kawan baiknya itu tentang peristiwa yang sangat penting itu.
            “What!!!! Are you serious, Anni?” soal Waniey terkejut.
            “Yes,I am!” Dengan bangga Anni menjawab.
            “Bukan you kata tak nak kahwin dengan dia ke? Then you kata rasa cinta you kat dia dah berkurang sejak you berjumpa dengan Adrian kan?” soal Waniey pelik. ‘Biar betik budak ni hari tu baru je cakap nak lupakan Afiq la, dah tak cinta kat dia lagi la,nak setia kat Adrian mat salih celup tu seorang je sekarang aku dengar dia nak kahwin dengan Afiq pula. Sah dah sewel minah ni.’ Sempat lagi Waniey mengutuk kawannya itu.
            “ Ye I tau, you ingat I nak sangat ke kat dia? Muka seposen macam tu berlambak la I boleh dapat kat luar sana. Ini Anni Maisarah ok!!” Anni sudah mula membangga diri.
            “Dah tu kenapa you nak kahwin dengan dia juga. Pening la I dengan you nie, kejap nak kejap tak nak. Mana satu yang you pilih ni?” geram Waniey dengan peragai Anni yang cakap tak serupa bikin itu.
            “I ada sebab tertentu buat semua ni ok! Pasal plan I tu nanti I bagi tau you ok. Ok la darl! I gotta go! Bye!” talian Anni diputuskan.
            ‘Ya Allah, apa lagi la yang kau nak buat dekat Afiq tu wahai kawanku Anni. Janganla kau buat perkara-perkara yang bodoh disebabkan kepentingan diri kau sendiri.’ Bebel Waniey sendirian.
            Waniey sudah masak dengan perangai Anni yang suka pentingkan dirinya sendiri itu. Bukan dia tidak tahu semasa Anni hangat bercinta dengan Afiq dulu banyak perkara yang dilakukan oleh Anni tanpa pengetahuan Afiq. Dia sendiri terpaksa bersubahat dengan perlakuan Anni yang tidak diduga itu.
 Kadang kala kesian juga dia melihat Afiq, padanya seperti Afiq seorang sahaja yang setia dekat Anni tetapi kawan baiknya itu banyak menjalinkan hubungan dengan orang lain di balakang Afiq. Serba salah Waniey hendak memihak kepada siapa. Anni tu dah seperti adiknya sendiri tetapi perangainya itu yang dia tidak gemari.
Pada zaman sekolah dulu Anni sangat berlainan, dia seorang budak yang sangat baik tetapi perangainya itu tidak bertahan lama sejak mamanya meninggal. Anni terus berubah seratus peratus, hilang segala sifat baiknya dulu. Afiq pula Waniey sudah anggap seperti kawan baiknya sendiri. Akhirnya waniey terpaksa bersubahat dengan Anni dan tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir.
            ‘Ermmm nasib kau la Afiq dapat perempuan yang ‘baik’ macam Anni tu.’bisik Waniey.
           
            Afiq semakin gelisah sejak mengetahui berita yang baru disampaikan oleh adiknya,Anis. Dia memandu mini coopernya selaju yang mungkin. Dalam kepalanya hanya ada seorang iaitu DYNA! Ya! Dia perlu bertemu dengan Dyna secepat yang mungkin.
            ‘kenapa kau tak bagi tau aku yang kau nak balik Dyna? kenapa kau tak jumpa aku dulu sebelum kau balik?’ tidak tenang Afiq bila memikirkan semua ini.
            Setengah jam kemundian,Afiq sampai di hadapan perkarangan rumah Dyna. jarak dari rumah Dyna dengan Afiq tidak jauh pun hanya setengah jam sahaja. Cuma yang membezakan adalah Dyna tinggal di kawasan kampung manakala Afiq tinggal di taman perumahan.
            “Assalamualaikum!” jerit Afiq member salam.
            “Waalaikumussalam. Eh! Abang Afiq buat apa kat sini?” Tanya hazwan pelik.
            “Wan! Mana along?” soal Afiq dengan nafas yang tercungap-cungap seperti orang baru lepas berlari sahaja padahal dia menaiki kereta bukan berlari.
            “Ha! Along dah lama bertolak  pagi tadi bang Fiq. Mungkin dia dah nak sampai pun.” Kata Hazwan dengan riak yang tenang.
            “Oh! Yeke tak apa la kalau macam tu,abang balik dulu. Kirim salam kat ayah dengan ibu ye.” Kata Afiq dengan nada yang hampa.
            “Baiklah.” Pelik Hazwan melihat Afiq.
            ‘Takkan la along tak bagi tau abang Fiq kot dia nak balik hari ni. Ish tak paham aku dengan dia orang nie.’ Gumam Hazwan lalu masuk kembali ke dalam rumah.
            Dengan langkah yang longlai Afiq memasuki keretanya. Dia bagaikan mahu menangis bila mendengar kata-kata Hazwan sebentar tadi.
            ‘Ish aku ni kenapa nak nangis pula ni, bukannya Dyna tu pergi buat selama-lamanya pun.’ Pujuk Afiq sendirian.
            Namun hatinya rasa kecewa kerana tidak dapat bertemu Dyna sebelum dia digelar tunangan orang, selepas ini hubungan mereka pasti tidak akan semesra dulu kerana dia akan bergelar sebagai ‘tunang’ orang pada hari esok. Sebagai tunang orang sudah semestinya dia perlu menjaga batas-batas pergaulannya bersama perempuan lain kerana dirinya sudah diikat dengan Anni Maisarah Bt Dato’ Musa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan