Rabu, 20 Julai 2011

F.O.H(BAB 11)



BAB 11

       Makcik icah sangat gembira dengan keputusan yang Dyna pilih. Tidak sabar rasanya untuk menerima menantu sulung mereka setelah lama mereka menantikan saat ini. Nasib baik jugalah dia terjumpa semula kawan baiknya Mariah  sebulan yang lepas,dan daripada pertemuan itulah mereka menjadi rapat  semula dan memutuskan untuk menjodohkan anak-anak mereka.
            “Abang oh abang!” jerit makcik icah memanggil suaminya,dia perlu memberitahu tentang berita gembira ini kepada pakcik adan, suaminya.
            “Ya saya ada di laman ni.” Sahut pakcik adan yang sedang duduk di kerusi laman mereka setelah penat membersihkan sampah sarap sekitar kawasan itu.
            Laju makcik icah pergi mendapatkan suaminya,dia sudah tidak sabar untuk berkongsi berita gembira itu.
            “Abang! Abang nak tahu tak tadi saya telefon along untuk bertanya pasal pinangan tu hujung minggu ini.” Teruja sekali makcik icah menceritakan tentang perbualannya dengan Dyna sebentar tadi.
            “Oh yeke? Habis tu anak awak tu cakap apa? Dia setuju ke?” soal pakcik adan ingin mengetahui tentang keputusan anaknya itu.
            Makicik icah hanya mengangguk laju serta tersenyum hingga ke telingga. Gembira sungguh dia pada masa itu. Rasanya ingin sahaja dia memberitahu kepada semua orang kampung bahawa anaknya itu akan menjadi milik orang lain tidak lama lagi walaupun baru dalam perancangan.
            “Saya gembira sangat abang. Tak sangka pula along tu terima pinangan Mariah tu. Saya ingatkan tadi dia akan menolak tapi sebaliknya dia terima pula.” Terang makcik icah bersungguh-sungguh.
            “Baguslah kalau along pun dah bersetuju, maknanya jadilah Mariah dan Ryan tu datang hujung minggu ni ya icah.” Tanya pakcik adan untuk meminta kepastian tentang kehadiran bakal besannya itu.
            “A’ahlah. Baru sekejap tadi saya beritahu Mariah yang dia boleh datang ke rumah kita hujung minggu ini. Along pun akan pulang ke rumah hujung  minggu ini.” Kata makcik icah tentang kepulangan anaknya hujung minggu ini.

            Wawa yang terdengar perbualan ibu dan ayahnya terkejut lantas terus berlari masuk ke biliknya. Dia perlu menelefon alongnya dan bertanya adakah alongnya telah membuat keputusan yang betul dengan menerima pinangan anak kawan baik ibunya itu.
            “Hello! Along! Apa yang dah along buat ni?!” sergah Wawa setelah alongnya itu menjawab panggilannya.
            ‘Fuh semangat budak ni,nasib aku tak tersedak. Apasallah tiba-tiba sergah sampai macam tu sekali. Apa yang dah aku buat?’ bebel Dyna yang hampir tersedak kerana terperanjat mendengar sergahan adiknya itu. Mana tidaknya dia tengah minum air tetiba adiknya menerjah sampai macam tu sekali.
            “Apa Wawa ni! Bagilah salam dulu,tersedak along tahu tak?!” marah Dyna.
            “Heheheh. Maaf ya along. Tak ada la Wawa terkejut bila dapat tahu yang along terima pinangan anak kawan ibu tu. Betul ke along terima?” senafas sahaja Wawa melepaskan kata-kata itu.
            “Betullah, hujung minggu ni along balik kampung. Kenapa?” soal Dyna kembali.
            “Along tak menyesal ke nanti kalau along terpaksa kahwin dengan orang yang along tak cinta. Dah la tu,kenal pun tidak. Macam mana dengan abang ..?” belum sempat Wawa hendak meneruskan kata-katanya Dyna pantas memotong.
            “Nak menyesal apanya dik? Along nak tunggu siapa lagi, nak tunggu orang yang dah pasti akan jadi milik orang lain? Nanti along kamu ni juga yang jadi anak dara tua terhormat tahu tak?” sempat lagi Dyna bergurau dengan adiknya itu.
            ‘Kalau lah Wawa tahu..along terpaksa dik,mungkin dengan cara ini lah along dapat melupakan Afiq. Kalau ikutkan hati ini along dah tak mahu terima mana-mana lelaki lagi dalam hati ini tetapi apakan daya along kasihan dengan kesungguhan ibu untuk menjodohkan along dengan anak kawannya itu. Biarlah! Along tak mahu hancurkan hati ibu, jikalau ibu ingin jadikan anak kawannya itu sebagai menantu along pun akan cuba untuk mencintai lelaki itu.’ Bisik hati Dyna namun adiknya tidak boleh tahu tentang perkara itu.
            Cukuplah adiknya itu tahu tentang perasaaanya terhdap Afiq setahun yang lalu. Dia perlu melupakan tentang jejaka itu secepat mungkin.
            “Baiklah along kalau itu yang along nak. Wawa tak kisah cuma orang tak mahu along menyesal dengan keputusan yang along buat tu nanti.” Kata Wawa dengan bernada sayu. Bukan dia tidak tahu yang hati alongnya itu masih terluka,namun dia harus hormat dengan keputusan kakaknya itu.
            Sekali lagi air mata Dyna tumpah setelah perbualannya dengan Wawa tamat. Dia tidak dapat menahan lagi kesedihan yang melanda dirinya itu. Dia perlu membuat semua ini,dia perlu terima pinangan lelaki yang dia tidak kenali. Dia perlu melupakan kenangan lalu dan membina hidup baru,hidup yang akan membuat dirinya lebih bahagia di samping orang tersayang.
            ‘Kau akan bahagia ke Dyna dengan keputusan yang kau pilih ini?’ hatinya menduga tentang pilihan yang telah dia lakukan.
            Dia bingung! Ya! Dia bingung dengan keputusannya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan