Jumaat, 22 Julai 2011

F.O.H(BAB 14)


BAB 14
    
        Dyna hanya mendengar perbualan ibu dan ayahnya dengan keluarga Dato’ Ryan dari dalam bilik sahaja.  Cantik sungguh Dyna pada masa itu,dengan solekannya yang sederhana sudah membuat mukanya yang comel itu bertambah cantik. Dyna juga memakai baju yang ditempah khas untuk majlis pertunangannya ketika itu. Dyna hanya ditemani Wawa di dalam bilik sementara menunggu keluarganya berbincang tentang tarikh yang sesuai untuk menjodohkannya dengan anak aunty Mariah.
Tiba-tiba dia teringat kembali kenangannya bersama Afiq ketika mereka masih kecil dahulu.
“Dyna nanti kalau dah besar kau nak kahwin dengan siapa?”
“Ermmm aku nak kahwin dengan putera raja lah. Mesti best kan,dah lah hensem lepas tu kaya lagi.”
“Ala! Habis tu siapa yang nak kahwin dengan aku?!”
“Kau kahwin la dengan makcik bedah hujung kampung tu,dia kan single lagi.”
“Ish tak nak aku! Dah la tu banyak cakap pula tu. Boleh cair tahi telinga aku kalau kahwin dengan dia.”
“Habis tu kau nak kahwin dengan siapa?”
“Ha! Aku tau! Aku kahwin dengan kau jela ea. Bolehkan?”
“Tak nak aku,dah lah kau tak hensem. Aku tak nak kahwin dengan kau!”
“Kau jangan nanti dah besar kau yang menangis sebab tak dapat kahwin dengan aku.”
“Eleh! Tolong sikit ea..aku takkan nangis punya kalau tak dapat kahwin dengan kau pun.”
“Tak ada! aku gerenti punya kau akan nangis. Tengoklah nanti aku akan buat kau nangis sebab aku.hahaahha!”
“Eiii!! Kau kejam! Nanti kau! aku piat telinga kau!” lantas Dyna mengejar Afiq. Penat mereka berkejaran sambil memukul satu sama lain. Alangkah bahagianya mereka ketika itu.
Tiba-tiba Wawa terdengar esakan halus  lantas dia memalingkan mukanya melihat wajah alongnya. Dyna tidak dapat menahan diri setelah teringat kenangannya bersama Afiq sebentar tadi. Semakin lama semakin kuat esakan Dyna. Wawa menghampiri kakaknya lalu memeluk tubuh kakaknya itu dengan niat untuk menenangkan dirinya. Dia merasa simpati melihat keadaan kakaknya itu. ‘Bilalah semua drama ini akan berakhir?’ gumam Wawa perlahan.
‘Kau memang kejam Afiq. Kau dah buat apa yang pernah kau cakap dulu,kau betul-betul dah buat aku menangis sebab kau.!’jerit hati Dyna.
Setelah beberapa minit,Dyna semakin tenang dan dia tidak lagi menangis. Pada masa itu jugalah Datin Mariah memasuki biliknya untuk menyarungkan cincin pertunangan mereka.
“Assalamualaikum.” Lemah lembut Datin Mariah memberi salam.
“Waalaikumussalam aunty.” Jawab Dyna sopan lantas mencium tangan bakal mak mentuanya itu.
“Mulai sekarang Dyna boleh panggil aunty, mama ya.” Tegur Datin Mariah sambil menyarungkan cincin yang bertahtakan berlian di jari manis Dyna. Sungguh cantik cincin itu apabila disarungkan di jari manis Dyna.
“Baiklah mama.” Terasa kekok pula Dyna ingin memanggilnya mama namun dia harus membiasakan dirinya dengan panggilan itu.
“Ha! Macam itulah anak mama. Cantik anak mama ni ye icah.” Puji Datin Mariah lantas mencuit makcik icah yang berdiri di sebelahnya.
Makcik icah hanya mengangguk dan tersenyum kerana mendengar pujian daripada kawannya itu.
“Ha! Mari sini Adryan tengok tunang kamu ni,cantikkan?” soal aunty Mariah kepada jejaka yang berada di sebelah pintu itu.
“Dyna,inilah anak mama namanya Adryan dan sekarang dialah tunang kamu.” Aunty Mariah memperkenalkan anaknya iaitu tunang Dyna.
Dyna memandang sekilas sahaja kearah tunangnya itu, dia tiada mood untuk menatap wajah Adryan kerana hatinya masih sakit.
Adryan pula tidak berkelip memandang Dyna,dalam diam dia mengakui bahawa tunangnya itu agak cantik bertudung. Tiba-tiba hatinya merasa bahagia setelah melihat wajah suci Dyna. sebelum ini belum pernah dia berkawan dengan wanita yang bertudung,pandai mamanya memilih calon isteri untuknya.
“Adryan kenapa kamu tengok Dyna sampai macam tu sekali. Mama tahulah menantu mama ni cantik.” Tegur Datin Mariah. Merah muka Adryan kerana menahan malu.
Semua yang berada di dalam bilik itu ketawa setelah mendengar teguran yang keluar dari mulut Datin Mariah tetapi Dyna hanya tersenyum. Adakah senyuman itu senyuman bahagia atau senyuman palsu semata-mata? Biarlah dia seorang yang tahu.

‘Zappp!’
Dyna dah bertunang??
Afiq bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang baru diberikan oleh Hazwan sebentar tadi.
Semasa dia sampai di hadapan rumah Dyna,Afiq sudah merasa pelik kerana ramai orang yang berada di rumah itu. Mereka sepertinya sedang mengadakan majlis tetapi Afiq tidak dapat menduga apakah majlis yang sedang dilangsungkan itu. Sehinggalah Afiq terserempak dengan Hazwan di halaman rumah Dyna.
“Eh abang Fiq tak masuk dulu ke? Baru sampai ke?” tanya Hazwan selamba.
“Ada majlis apa ni Hazwan? Kenduri kesyukuran ke?” soal Afiq pelik.
“Eh bukanlah,abang Fiq tak tahu ke? Anis tak ada bagitahu abang Fiq apa-apa?”
“Bagitahu apa? Abang Fiq tak fahamlah.”
“La..ni mesti Anis tak bagitahu ni..tak ada hari ini kak Dyna bertunang. Itu pasallah ramai. Ok lah bang Fiq,Hazwan ada kerja sikit kat belakang ni. Abang masuklah dulu jumpa kak Dyna kat dalam,tunang dia pun ada tu.”  Terang Hazwan lantas meninggalkan Afiq termangu keseorangan.
Afiq hampir rebah di situ. Terkejut dia kerana mendapat tahu yang Dyna sudah bertunang. Ini bermakna Dyna akan menjadi milik orang lain dan ini juga bermakna dia tidak boleh meluahkan tentang isi hatinya itu kepada Dyna.
Afiq sudah tidak tahu kemana dia harus pergi untuk menenangkan dirinya yang kusut itu. Yang pasti dia tidak mahu pulang ke rumah lagi,dia sangat sedih setelah mendapat tahu tentang pertunangan Dyna.
Dia harus melupakan tentang hasratnya yang ingin meluahkan segala-galanya kepada Dyna.
Akhirnya Afiq mengambil keputusan untuk berhenti di taman-taman yang berdekatan. Dia hanya duduk di dalam kereta dan cuba untuk menenangkan dirinya.
Tidak semena-mena air matanya mengalir,tidak pernah dia menangis disebabkan seorang perempuan walaupun Anni tunangnya. Tetapi tidak Dyna. Ya! Dyna! dia seorang gadis yang boleh membuat hati Afiq gembira,dia juga boleh membuat hati Afiq gelisah di saat  gadis itu menghilangkan diri daripadanya dan sekarang Dyna mampu membuat Afiq mengalirkan air matanya dengan mudah sekali!Perempuan itu adalah DAYANG NURDYNA!
“Arghhhhh!!!” jerit Afiq sekuat hati.
“Kenapa kau buat aku macam ni Dyna! kenapa di saat aku menyedari betapa cintanya aku pada kau,kau telah pun menjadi milik orang lain.Kenapa!!!” raung Afiq sambil meraup mukanya beberapa kali.
Akhirnya Afiq menangis sendirian di dalam Mini Coopernya itu dan setelah beberapa jam dia melayani perasaan,dia terlelap dan dia berharap agar semua yang berlaku ini hanyalah mimpi buruk semata-mata.

3 ulasan: