Isnin, 18 Julai 2011

F.O.H (BAB 3)






BAB 3
    
            “Along!! Bangunla along, dah pukul 6.40 ni, nanti lambat pula kteorang nak pergi sekolah.” Rengek wawa.
            “Yela-yela along bangun la ni, korang pergi la tunggu kat luar dulu panaskan enjin kereta along nak pergi basuh muka sekejap.”
            Lantas wawa keluar dengan bibir yang muncung dek kerana suruhanku. ‘Muncung-muncung aku tarik kang mulut tu jadikan ampaian baju baru tau.’ Sempat lagi aku berseloroh sebelum masuk ke dalam bilik air.
            Inilah rutin harian aku bila ada di rumah, hantar adik-adik pergi sekolah ambil diaorang balik sekolah, hantar adik pergi tuisyen. Penat aku ulang alik ke sekolah mana taknya diaowng ada exam besar tahun ni. Bila aku balik cuti sem je maka bermulalah kerja sambilanku sebagai driver terhormat untuk adik-adikku yang mengada-ngada.
            Huwargh!!!! Luas  mulutku menguap mengalahkan nguapan harimau bintang je. “Eh dyna ko tahu ke harimau bintang menguap macam mana,memandai kau aje.” Hatiku berbisik. “Ni mamat tu punya pasallah, telefon aku malam-malam buta ingat aku ni ‘Talian Nur’ ke apa nak telefon malam-malam.” Sempat aku membebel.
            “DAYANG NURDYNA!!”
“Opocot! Mak kau!” latahku. Ibu ni agaknya suka bagi aku heart attack percuma kot. “yes mummy!!” sempat lagi aku berspeaking pagi-pagi buta ni.
            “ Kamu buat apa tercongok dekat depan televisyen tu, nak kata tengok cerita tapi televisyen tak hidup,yang ibu dengar kamu bebel sorang-sorang. Kamu ni dah tak berapa nak betul ke along??” kata ibu selamba.
            “Amboi ibu..ada pula cakap along dah tak betul, along normal lagi la ibu.”balasku.
“habis tu yang kamu dok cakap sorang-sorang tu kenapa? Bukan tak betul ke kalau dah cakap sorang-sorang,kalau dah tak berapa nak betul ibu boleh suruh ayah hantar kamu buat check up kat hospital. Tak la melarat nanti.” Seloroh ibu. Ish ibu ni mulut boleh tahan, kalah pah bedah hujung kampung tu.
            “ Tu la ibu tak tahu along tadi tengah praktis public speaking, nanti habis cuti sem ada pertandingan public speaking tau.” Bohongku sambil menyembunyikan sengihan yang mula bertandang di bibirku.
            “Auch!!!”
            Sepantas kilat tangan ibu mencubit lenganku yang putih gebu ni. Adoi sakit jugak cubitan ibu ni, mahu blue black tangan aku ni dek bekas cubitan ibu.Berbisa wooo!!!
            “Apa yang kecoh-kecoh kat dapur pagi-pagi buta ni.” Ayah mencela. Entah dari mana ayah datang pun tak tahu..
            “Ni ha! Anak abang ni ad je jawabnya bila saya tegur.” Ngadu ibu. Lantas ayah menjegilkan biji matanya ke arahku. Gerun pula aku melihatnya dah macam watak maya Karin dalam cerita Pontianak pula.
            Dengan selamba aku mengangkat kedua-dua jariku menunjukkan ‘peace no war’ sebelum berlalu. Tak sanggup tunggu lama-lama dekat situ. Kalau tidak mahu ayah berhujah panjang lebar nanti. ‘Heheheh along cabut dulu ayah’,,gumamku.
            Ayah hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anaknya yang sorang itu. Pakcik adan sudah masak dengan perangai anak-anaknya. Setiap seorang  berlainan perangainya. Kadang kala naik pening jugak dia melayan kerenah anak-anaknya tetapi dalam masa yang sama anak-anaknya mampu mencuit hatinya itu. Dia sendiri tidak sedar begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam dia mengiqamatkan anak sulungnya DAYANG NURDYNA tetapi sekarang dia sudah layak digelar datuk.
            “Abang.” Panggil makcik icah.
Tersentak pakcik adan daripada lamunanya. “ Kenapa abang? Ada masalah ke?” soal makcik icah. Pakcik adan hanya menggelengkan kepalanya.
“ Abang hanya teringat masa lalu. Rasanya baru semalam abang iqamatkan along tu, sekarang dia dah besar pun dan anak-anak kita semua dah besar-besar ya icah. Cepatnya masa berlalu.” Jelas ayah bernada sayu.
“ Yela bang, icah pun tak sangka anak-anak kita semua dah besar panjang. Kita ni sepatutnya dah layak bergelar datuk dengan nenek pun kan?” tambah makcik icah.
“hmmmm..abang rasa along tu dah layak bergelar isteri orang pun sekarang ni tapi perangai masih macam budak-budak.” Gumam pakcik adan sambil menghirup air kopi yang dibuat oleh makcik icah sebentar tadi.
Namun makcik icah masih mendengar setiap bait yang dikatakan oleh suaminnya tadi.
Makcik icah hanya mendiamkan diri tetapi pada masa yang sama dia turut mengakui kata-kata suaminya itu. ‘along, bilalah kamu nak berkahwin,kalau boleh ayah dengan ibu nak tengok anak-anak kami bahagia sebelum kami pergi meninggalkan dunia.’ Bisik hati kecil makcik icah.

            Afiq laju menuruni anak tangga untuk bersarapan bersama keluarganya. Papanya sudah pun berada di meja makan dan sedang leka  membaca surat khabar. Mamanya pula tidak kelihatan. ‘mama di dapur agaknya’ teka afiq sendirian.
            “Mana Anis papa?” soal afiq menanyakan adiknya Anis Amani yang berusia 17 tahun itu.
            “Tengah bersiap-siap agaknya, dari tadi tak turun-turun.” Jawab papa.
“Good morning!!” sergah Anis dari belakang. Tersentak afiq dibuatnya. ‘Ish budak kecik ni nak kena luku gamaknya, dibuatnya abangmu yang macho ni mati terkejut macam mana? Menangis gadis-gadis di luar sana tahu tak.’bebel afiq. Sempat lagi memuji dirinya sendiri.
            “ Ha! Dah turun pun anak-anak mama ni..” tegur mama sambil membawa semangkuk nasi goreng. Aura nasi goreng itu terus menusuk kalbu setiap penghuni yang berada di dapur ketika itu. Tanpa melengahkan masa masing-masing berebut mencedok nasi goreng itu ke dalam pinggan masing-masing. Kembang hati Datin Riszah melihat anak-anaknya berselera sekali menikmati hidangan sarapan pagi itu.
            “Cepat sikit makan tu Anis, nanti papa terlambat pula nak ke pejabat.” Arah Dato’ Kamil.
            “Ok2..kejap pa.” jawab Anis dengan mulutnya yang penuh dengan nasi goreng.
Cepat sahaja Anis mengunyah lalu menyalami abang dan mamanya sebelum pergi ke sekolah.
            Tinggallah afiq dan mamanya sendirian di rumah. Adiknya, Anis sudah pergi kesekolah awal pagi tadi. Papanya pula telah pergi ke pajabat.
            “Bosan pulak duduk rumah bila tak ada sesiapa.”keluh afiq. Mamanya sibuk membelek pokok-pokok bunga kesayangannya.
            “ Nak keluar nak ajak siapa temankan ek? Nak ajak Anni nanti gaduh je, dah penat nak bertekak je dengan dia, nama je bercinta tapi kalau jumpa tak gaduh tak sah.” Bebel afiq sambil baring di sofa import mamanya.
            Sedang afiq memikirkan hendak ajak siapa untuk temankan dia keluar, tiba-tiba dia teringat sesuatu….
            “Hello, Assalamualaikum. Dyna!” sergah afiq.
Aku yang baru saja ingin lelap terus bangun kerana terkejut dengan panggilan yang masuk sebentar tadi.
            Dengan malas aku menjawab. “waalaikumussalam. Yea afiq,,nak apa?”
Aik minah ni baru bangun tidur ke? Dah pukul berapa dah ni,ish anak dara zaman sekarang ni. Sempat lagi afiq membebel sendirian.
            “Jom keluar dengan aku,aku bosanlah lagipun kan kau tengah cuti sem kan. Tak bosan ke duduk rumah macam katak bawah tempurung je.” Pantas afiq menuturkan hasrat hatinya yang disimpan sejak tadi.
‘Ish mamat ni, sesedap adabi je pangil aku katak. Kalau aku katak kau tu kodok tahu tak!’ balas dyna namun sayang sekali kata-kata itu tidak mampu diluahkan.
            “La kau ni kan kalau masuk pertandingan siapa cakap paling laju mesti kau menang kan,tahap kelajuan percakapan kau layak masuk olimpik tahu tak. Yela-yela tapi kau belanja aku ok.!” Pintaku tanpa ada rasa malu.
Lantakla kau yang nak ajak aku keluar kau kena la belanja aku. Aku tak ada fulus.
            “Alright! Soal money ko jangan risau aku tanggung seratus peratus!! Nanti aku ambil kau kat rumah ok. Aku bagi masa satu jam dari sekarang untuk bersiap. Bye!” teruja afiq kerana dyna ingin menemaninya untuk keluar pagi itu.
            Lantas dyna bangun dan mencari kelibat ibunya di dapur untuk meminta kebenaran keluar bersama afiq sebentar lagi. Bukan ibu tidak kenal afiq siapa. Malah ibu sudah menganggap afiq seperti anaknya sendiri begitu juga dengan family afiq. Mereka sudah seperti ibubapa aku juga. Parents kami sudah lama mengenali antara satu sama lain.
            “Ibu oh Ibu!” laungku memanggil ibu.
            “ye! Ibu ada kat luar ni.” Cepat saja aku berlari mendapatkan ibu setelah tahu posisi ibu ketika ini.
            “Ibu kejap lagi along nak keluar dengan afiq tau ibu,boleh kan?” tanyaku sambil membuat memek muka yang comel kononnya.
            “yela,tapi jangan balik lambat sangat nanti ayah kamu tu bising pulak.” Lantas aku memeluk ibu dan menciumnya.
            ‘Cup!!’ seronok benar rasanya bila ibu sudah mengizinkan hasrat hatinya itu.
            Sepantas kilat aku mencapai tuala yang tersidai di sebalik pintu kayu itu untuk menyegarkan diri sebelum keluar bersama afiq.
            Afiq pula sedang leka memilih baju yang bersesuaian untuk keluar sebentar lagi. Habis berselerak baju-bajunya di atas katil. Gayanya macam hendak pergi first date saja padahal keluar jalan-jalan bersama dyna saja.
            “Kamu hendak kemana ni fiq?” soal Datin Riszah.
            Tersentak Afiq mendengar teguran mamanya,mana taknya terlampau leka memilih baju sampai tak perasan kehadiran mamanya di muka pintu.
            “Fiq nak keluar dengan dyna mama, boleh kan?” Tanya afiq tanpa menoleh kearah mamanya.
            “ Ohh! Boleh, suruh la dyna singgah rumah lama dia tak datang sini,rindu pulak mama kat dia.” Arah mama.
            “Amboi-amboi mama dulu kalau fiq tengah study mama tak rindu pun kat fiq,ni dyna baru je berapa bulan tak balik sini mama dah rindu. Sekarang ni siapa anak mama ni.” Bebel afiq dengan bernada merajuk.
            “Ala dua-dua anak mama, dyna tu pun dah macam anak mama jugak. Kan bagus kalau kamu kahwin je dengan dyna tu, mama dengan papa pun dah sayang kat dia.” Kata Datin Riszah lalu pergi meninggalkan afiq bersendirian melayani perasaan.
            ‘Zapppp!!!’
Kahwin?? Aku dengan dyna kahwin?? Dari best friend jadi husband and wife?? Biar betul!!
            ‘Gulpp!!’
Terkedu afiq mendengarnya dan tiba-tiba jantungnya berdebar-debar. Tidak pernah dia merasa sebegini walaupun bersama kekasih hatinya Anni.. afiq semakin binggung dengan  dirinya sendiri.
            ‘Anni..’
            Gadis itu memang cantik di matanya. Dengan rambutnya panjang mengurai paras pinggang dan mempunyai bentuk badan yang cantik pasti akan membuat pandangan setiap lelaki yang melihatnya tidak berkelip.
            Afiq memang mengakui bahawa dia sangat bertuah kerana berjaya memikat hati gadis yang bernama Anni Maisarah bt Dato’ Musa. Pada mulanya mereka memang hangat bercinta, setiap hari ada sahaja kata-kata yang mampu membuat hati masing-masing cair,setiap masa ada sahaja kata-kata romantis yang meniti di bibir pasangan yang  sedang hangat bercinta ini.
            Namun sekarang kata-kata itu semakin kelam dan hilang dari bibir masing-masing. Ini kerana sejak mereka graduate dan Anni mula berjauhan daripada Afiq,mereka sudah jarang bertemu bahkan mereka sentiasa bertengkar. Afiq sendiri sudah pening dengan  perangai Anni yang mempunyai ego tinggi itu. Sifatnya yang lemah lembut itu sudah semakin hilang daripada dirinya. Tiada lagi layanan yang istimewa dari kekasih hatinya, Anni itu.
            Tiba-tiba deringan telefon afiq mula berbunyi lantas mematikan khayalannya sebentar tadi.
            Tanpa melihat nama pemanggil, afiq terus menekapkan telefon ke telinganya.
            “Weyh!!! Kau kat mana? Kata satu jam je ni dah nak dekat dua jam aku tunggu kau tahu tak. Naik berbulu aku tunggu kau ni!!” marah dyna. Mana taknya janji satu jam  tapi sekarang dah nak dua jam dia menunggu afiq.
            Hampir terduduk afiq mendengar amukan dyna itu. Segera dia melihat jam tangannya. Patutlah minah ni mengamuk bagai nak hape, aku berangan hampir dua jam. Adoy lamanya.. habis la aku kena smack down dengan minah ni.
            “Ma…Maa..Maap! aku ade keja tadi,,tunggu la kejap aku on the way nak pergi rumah kau ni.” Bohong afiq.
            “Ish kau ni kan, nasib je kau tu ‘best friend’ aku, kalau tak dah lama aku humban kau dalam sungai kat kampung aku tu. Aku bagi masa setengah jam,kalau tak siap kau!” sempat dyna memberi ugutan sebelum mematikan talian telefon.
            Kelam kabut afiq dibuatnya. Pantas dia mengambil barang-barang berharganya lalu berlari menuruni anak tangga untuk mendapatkan Mini coopernya.
            Datin Riszah yang sedang menonton televisyen terkejut melihat anaknya tergopoh-gapah. Ni tak lain tak bukan dyna dah mengamuk la tu. Faham benar dia dengan perangai budak-budak tu.

2 ulasan: