Isnin, 18 Julai 2011

F.O.H (BAB 1)





f.o.h
(friend or husband)

PROLOG
         
“DYNA!!!Oh mak kau tergolek!! Ish ibu nie pon nak panggil aku tak boleh ke ayu-ayu sikit, terkejut aku dibuatnya. Baru nak berangankan prince charming aku. “Ye ibu!!” Lantas dyna menjawab.”mari sini kejap! Tolong ibu angkat kain ni, bertimbun dah kain ni,along ni nama je anak dara tapi pemalas nauzubillah!! Entah siapalah yang malang jadi suami along tu nanti tak terurus la jawabnya rumah tangga kamu tu nanti” bebel makcik icah. “ala ibu nanti along kahwin along suruh la suami along tu cari orang gaji, takpun suruh dia je yang buat,suami mana yang tak sayangkan isteri kan bu,kalau dia sayang along mesti dia sanggup buat apa saja.” Seloroh aku.
“Lantak kamu la along,pening ibu melayan kamu tu ada je yang dijawabnya.” Ibu terus berlalu meninggalkan aku sendirian dengan kain-kain yang bertimbun itu. “Ni aku nak buat apa pula dengan kain-kain ni,nak lelong kat pasar lambak ke??” tanya aku smbil menggarukan kepala yang tidak gatal. “apa lagi yang kamu tercegat kat situ macam tugu Negara je tu,tak paham-paham dah pergi la lipat baju tu semua!” jerit makcik icah dari dalam bilik. Ish ibu nie macam tahu-tahu je apa yang aku bebelkan tadi. Aku pun mengangkat baju-baju yang bertimbun bak gunung everest itu masuk ke dalam sambil memuncungkan mulut. Ingat comel la tu, ‘eh! Tapi aku memang comel pun,orang lain je yang tak berapa nak perasan.Ahahahha!!
Nasibla jadi ank dara yg sulung nie,semua kerja aku la yg jadi mangse nk diharapkn adik aku ue bru darjah 5. Lpe plak nama aku DAYANG NURDYNA . Aku anak sulung dari empat orang adik beradik. Umur aku baru mencecah 20 tahun. Adik yang kedua plak MUHD HAZWAN. Dye nie baru jek 17 tahun tp kalau berjalan dengan dia berdua org akan mengangap kami nie pasangan kekasih.Euwww!!! taw la ketinggian dye lebih dari aku. Ha! Yang nie pula satu2nya adik perempuan aku. Name dia DAYANG NURNAJWA. Budak nie plak akan menduduki PMR tahun ni. Dia nie pon dah nk kalahkan aku dalam ketinggian. Apesal la semua adik2 aku nk lagi tinggi dari aku nie. Tak aci! Terasa kerdil plak diri ini. Ceh! Berfalsafah plak aku nie.hahah. Last but not least, MUHD HAZMIN. Inila adik aku yg paling last sekali. Umur dia plak baru 12 thun. Jauhkan jarak  kami empat beradik. Ok la sampai sini je aku leh cter kt blog aku yag dah lama bersawang nie. Tp sebelum ue nak btaw gak parents aku nie bekas guru aw.Sekarang nie duduk rumah jela sebab tempoh pengajaran sudah habis maa!! Hehehe
“Along!! buat apa lagi kat dalam bilik tu. Tu tak bukan berangan la tu,bila la nak buang hobi yang suka berangan tu kalau berangan tu boleh bawak keuntungan jangan cakap kadang-kadang, hari-hari dan setiap masa ibu suruh kamu berangan tau tak.” Marah ibu. Ish ibu ni suka tau menganggu ketenteraman hak asasi manusia.
Banyak la asasi kau dyna oi!! Dengan malasnya aku pun keluar dan pergi mendapatkan ibu.
 “Yea ibu sayang intan payung. Boleh saya bantu???” selamba aku bertutur. “ha!! Boleh-boleh pergi panggilkan ayah dan adik-adik kamu tu makan malam. Tak elok makan malam-malam sangat nanti gemuk,ibu tengah diet ni tak boleh makan lambat-lambat.” Ish ibu ni dah berumur pun masih ingat nak berdiet-diet lagi mengalahkan aku yang masih muda ni pulak.
Kami sekeluarga menikmati makan malam dengan gelak tawa masing-masing. Beginilah telatah anak-anak ibu dan ayah. Ada saja lawak kami yang mencuit hati,tapi kadang-kadang tu kena marah jugak dengan ayah mana taknye ketawa mengalahkan Pontianak harun salim bachik je eh! silap Pontianak harum sundal malam.
 Alangkah seronoknya kalau hari-hari macam ni. Aku hanya dapat rasa keadaan sebegini bila aku cuti sem saja. Rindu pula bila dah masuk kolej nanti. Dah tak dengar ibu a.k.a mkcik icah bebel kat aku, dah tak boleh dengar ayah a.k.a pakcik adan marah sebab ketawa tak ingat dunia dan dah tak boleh sakat menyakat adik-adik aku lagi. Beruntung aku dapat famili yang happening macam ni.

1 ulasan:

  1. introduction yg best.. gud2!!! tp klu bab pemala tu MMG sokonh 110% heheh

    BalasPadam