Khamis, 13 Oktober 2011

F.O.H(BAB 16)


BAB 16
            Dyna dan Adrian akhirnya sampai di retoran yang akan manjadi tempat untuk mereka menjamu selera setelah mengambil masa selama setengah jam perjalanan dari pejabat Adrian. Masing-masing sudah kelaparan terutama sekali Dyna mana tidaknya dia tidak sempat untuk bersarapan pagi itu. Itulah akibatnya apabila tidur lambat dek kerana sibuk membaca novel sehingga larut malam. Dyna sudah beberapa kali memengang perutnya kerana menahan sakit disebabkan kelaparan. Dia bukannya boleh tidak makan ataupun menahan lapar kerana Dyna dari kecil sudah menghidap penyakit gastrik. Ahli keluarganya sudah faham benar dengan keadaan Dyna yang menghidap penyakit gastrik itu. Namun Adrian sememangnya tidak tahu tentang penyakitnya itu. Puas makcik Icah menyuruh anaknya itu memaklumkan tentang penyakitnya itu kepada Adrian namun Dyna degil alasannya tidak mahu menyusahkan sesiapa terutama sekali Adrian.
            Tanpa Dyna sedar Adrian sudah lama memerhatikan kelakuan Dyna yang kerap kali memengang bahagian perutnya. Risau juga dia bila melihat raut wajah Dyna yang bagaikan orang yang sedang menahan kesakitan.
            “Dyna, awak ni kenapa..ok ke tak?”
Tersentap Dyna dengan pertanyaan Adrian yang tiba-tiba itu.
            “Eh,,saya ok jela. Kenapa awak tanya macam tu..saya ni macam orang sakit ke?”
            “Tak adalah,saya tengok awak asyik pegang je perut awak tu.”
            “Oh..rupa-rupanya dari tadi awak memerhatikan saya jela. Tak ada kerja lain ya asyik nak perhatikan orang saja.”
            Berkerut muka Adrian mendengar kata-kata Dyna itu. Pantas dia menggelengkan kepalanya.
            “Eh tak la. Saya bukannya perhatikan awak tapi perasan je yang awak tu asyik pegang perut je dari dalam kereta tadi. Awak lapar sangat ke?”
            ‘Eh mamat ni perhatikan dengan perasan bukan sama ke.’
            “Saja nak pegang perut saya tak boleh ke? Takkan saya nak pegang perut awak pula.” Lantas Dyna bangun untuk mengambil makanan kerna dia perlu segera mengisi perutnya yang kosong itu sebelum apa-apa yang tak diingininya terjadi.
            Adrian hanya tersenyum mendengar jawapan Dyna itu. Tengah marah pun boleh buat lawak lagi.
            Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memerhatikan tingkah laku mereka dari jauh.

            Afiq pantas melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di dalam pejabatnya itu. Kenyang perutnya selepas menjamu selera di Restoran Hang Tuah tadi namun fikirannya mula melayang mengingatkan wajah seorang insan yang sangat dirinduinya.
            Sudah beberapa bulan dia tidak berjumpa dengan wanita  yang dirinduinya setiap saat. Seseorang yang mampu membuatkan dirinya tidak lena tidur hampir setiap malam sejak beberapa bulan yang lalu. Seseorang yang sentiasa hadir di dalam mimpinya setiap malam.
            Dengan perlahan-lahan Afiq membuka dompetnya dan mengeluarkan sekeping gambar yang terdapat gambar seorang budak perempuan yang sedang leka membaca novel. Budak perempuan itu ialah Dayang Nurdyna. Gambar itu diambil secara diam-diam tanpa pengetahuan Dyna. Waktu itu Dyna sedang leka membaca novel di taman sambil menunggu kedatangan Afiq. Afiq sendiri tidak tahu mengapa hatinya terdetik ketika itu untuk menangkap gambar sahabatnya yang seorang itu. Namun gambar itu sudah lama terselit di dalam dompetnya sejak mereka berada di zaman sekolah lagi. Tetapi sampai sekarang Dyna tidak tahu bahawa Afiq mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya sendiri.
            Dyna..mengapa disaat hatiku merindui dirimu..kau telah menjadi milik orang lain dan aku tahu aku tidak layak lagi untuk merindui dirimu seperti dahulu kala. Kalaulah kau tahu betapa sakitnya hatiku apabila melihat kau bersama orang lain tanpaku disisimu.
            Afiq sudah tidak mampu untuk menyambung kerjanya yang tergendala sebelum dia keluar untuk menjamu selera. Hatinya terlalu sakit dan rindu terhadap Dyna. Akhirnya Afiq terlelap sehinggalah dia menerima satu panggilan yang mengejutkan dari tidurnya itu. Dengan malas Afiq menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.
            “Hello darling..you tengah buat apa ni..busy ke?”
            “Hurm..I tengah buat kerja lah ni.” Pandai Afiq menipu tunangnya itu. Semakin hari dia semakin jelek dengan perangai gedik tunangnya itu. Dia pun tidak tahu mengapa dia boleh jatuh hati dengan perempuan seperti itu.
            “Oh..I ingat nak ajak you keluar hari ni. Boleh tak?”
            “Hari ni? Sorry Anni..I balik lambat hari ni sebab banyak lagi kerja yang perlu I siapkan. You pun tahukan I kena dapatkan tender dari syarikat kawan papa I tu. Lain kali jela kita keluar ya.”
            “Erm ok la kalau macam tu. Lain kali you janji ya teman I shopping.”
            “Ya. Baiklah.” Lantas Afiq mematikan panggilan telefonnya setelah berjaya mengelakkan diri daripada keluar bersama Anni.
            Akhirnya Afiq memutuskan untuk menyambung kembali kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Dia perlu mendapatkan tender untuk syarikatnya itu. Esok dia perlu menghadiri mesyuarat yang akan menentukan sama ada syarikatnya mendapat tender yang sudah lama dia usahakan itu.

            Hari ini Dyna sudah mula bekerja di syarikat tunangnya Adrian. Pagi itu dia sudah dimaklumkan oleh Adrian bahawa akan ada meeting yang penting pada waktu tengah hari nanti. Dan itu bererti Dyna akan pergi lunch bersendirian untuk pertama kalinya kerana Adrian tidak dapat menemaninya kerana perlu menguruskan meeting yang dimaklumkan kepadanya pagi tadi. Sedang Dyna leka memikirkan destinasi untuknya menjamu selera hari itu,dia teringatkan seseorang lantas dia  mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.
            “Hello..Assalamualaikum Isha.” Dengan sopan Dyna memberi salam kepada kawannya itu.
            “Walaikumussalam. Dyna!” jerit Isha setelah menjawab salam Dyna.
            “Ish minah ni..janganlah menjerit boleh cair tahi telinga aku tahu tak.”
            “Hehe..maaflah. Aku bukan apa,rindulah dekat kau. Sejak kau dah jadi tunang orang ni terus senyap je ya. Jangan kata nak jumpa call pon tidak padahal satu KL je kot.” Panjang lebar Isha membebel melepaskan ketidak puasan hatinya itu.
            “Ala makcik ni..ni aku call kau nak ajak jumpa la ni. Aku nak ajak kau pergi lunch sama-sama  lagipun kita dah lama tak jumpa kan.”
            “Ha..ok juga aku pun dah rindu gila kentang ni nak jumpa kau.”
            “Ok. So kita jumpa kat Alamanda nak? Kita boleh lunch kat situ sambil tu boleh lah cuci mata sekali. Hehe.”
            “Ok set! Kita jumpa nanti ok. Bye!”
            Tersenyum Dyna kerana akhirnya ada juga yang menemaninya untuk makan tengah hari nanti. Tidaklah dia kebosanan makan seorang diri lagipun sudah lama dia tidak mendengar celoteh kawannya yang seorang itu. Dyna sudah tidak sabar untuk berjumpa kawannya itu. Pasti kawannya itu banyak tanya tentang perkembangan kisah pertunangannya dengan Adrian mana tidaknya Isha begitu terperanjat apabila mengetahui tentang tujuan dia balik ke kampung masa itu adalah dia hendak bertunang. Yelah sebelum ini Dyna hanya memberitahu tentang seorang lelaki saja yang pernah mencuri hatinya itu kepada Isha iaitu Afiq tetapi sekarang Dyna bertunang dengan orang lain pula. Sudah tentu kawannya itu terperanjat besar apabila mendapat tahu perihal itu.
            “Hello..Isha,aku nak bagitahu kau ni yang aku tambah cuti selama dua hari lagi.”
            “Ha..kenapa Dyna. Mak kau sakit ke?”
            “Eh.Tidaklah..hari ni kat rumah aku ada majlis sikit.”
            “Majlis? Majlis apa?” soal Isha kehairanan.
            “Hurmm..ma..majlis pertunangan.” Jawab Dyna dengan nada yang perlahan namun dapat ditangkap oleh kawannya itu.
            “Majlis pertunangan? Siapa yang tunang Dyna? setahu aku adik-adik kau kecil lagi..takkanlah adik kau dah nak tunang kot. Cepatnya!”
            “Eh! Taklah..sebenarnya..yang nak tunang tu a..aku!”
            “What?!!! Kau biar betul ni Dyna..kau nak tunang dengan siapa pula..Afiq ke?”
            “Eh..bukan!” sepantas kilat Dyna menyangkal kata-kata kawannya itu.
            “Habis tu..dengan siapa kau bertunang ni..kenapa aku tak tahu pun.”
            “Aku pun tak kenal orang tu. Dia anak kawan mak aku.”
            “Ha! Jadinya kau belum kenal siapa bakal tunang kau tu. Apa ni Dyna. Ish! tak fahamlah aku.” Pening Isha dibuatnya. Macam manalah kawannya itu boleh bertunang dengan orang yang dia sendiri tidak kenal.
            “Nanti aku balik aku ceritalah semua kat kau ya. Aku busy sikit hari ni. Ok bye!”
Apabila Dyna pulang kerumah sewanya itu, Isha sudah menunggunya di ruang tamu meminta penjelasan tentang kisah pertunanggannya itu. Penat juga Dyna hendak menjawab semua soalan yang keluar daripada mulut kawannya itu mana tidaknya Isha sudah seperti penyiasat professional menyoalnya macam-macam dah la tu caranya bercakap pun mengalahkan bullet train. Laju semacam!
            Akhirnya kawannya itu faham tentang keadaan dan kisah yang sebenarnya setelah hampir dua jam sesi soal jawab diadakan antaranya dengan Isha.

            Afiq tersenyum sendirian. Akhirnya segala titik peluhnya selama ini tidak sia-sia kerana dia berjaya mendapat tender yang terbesar daripada syarikat kawan papanya itu. Sudah semestinya papanya itu bangga dengan segala usahanya selama ini.
            Sebelum melangkah keluar daripada bilik meeting itu,namanya disahut beberapa kali.
            “Afiq! Well done..! saya harap syarikat awak dapat menjalankan tender ini dengan jayanya.” Terang Adrian sambil menepuk-nepuk bahu Afiq yang kini menjadi rakan seperjuangannya.
            “Terima kasih Adrian. Saya pun sepatutnya berterima kasih dekat awak kerana memberikan kepercayaan yang tinggi kepada syarikat saya.”
            “Eh! Tak ada hallah. Lagipun papa saya kan dah lama berkawan dengan papa awak. So sekarang giliran anak mereka pula jadi rakan seperjuangan ya tak. Hahahah”
            Afiq hanya ketawa dan mengangguk beberapa kali tanda bersetuju dengan kata-kata Adrian itu.
            “So..nanti maybe syarikat saya akan adakan satu majlis kecil-kecil sahaja untuk meraikan kejayaan kita ini dalam menjadi rakan seperjuangan. Apa-apa nanti saya akan inform awak ya bila majlis itu akan diadakan.” Jelas Adrian tentang perancangannya itu.
            “Baiklah. Saya pasti datang. Ok lah Adrian,saya balik ke pejabat dulu. Any problem about our tender,I will inform you ok!” balas Afiq lalu berjabat tangan dengan Adrian sebagai tanda ingin beredar pulang ke pejabatya.

            Dyna sudah terlambat setengah jam untuk bertemu Isha di Alamanda. Kelam-kabut dibuatnya,mana tidaknya dia terlampau leka menyiapkan kerjanya sampai tidak sedar jam sudah menganjak ke dua belas setengah tengah hari. Dengan pantas dia memasuki ke dalam lif untuk turun ke tingkat bawah. Sudah pasti kawannya itu membebel kerana kelewatanya itu.
            Sebaik sahaja pintu lif terbuka,dengan pantas Dyna berjalan keluar dari syarikatnya itu untuk mendapatkan taxi ke Alamanda. Sedang leka menunggu taxi di hadapan syarikatnya itu,Dyna terperasankan kelibat seseorang yang amat dikenalinya itu sedang berdiri di pintu masuk syarikatnya.
            ‘Eh itu macam Afiq je..apa yang dibuatnya kat sini?’ Dyna berkata sendirian sambil menenyeh-nenyehkan matanya itu. Bukan apa,takut juga dia jika tersalah orang. Apabila jejaka itu menoleh kepadanya sepantas kilat Dyna menyorok di belakang tiang yang berada berdekatan dengan tempatnya berdiri. Apabila dia menoleh untuk kali yang kedua,kelibat orang itu sudah tidak kelihatan.
            ‘Eh,mana pula perginya orang tu. Takkan yang aku nampak tu hantu kot. Ada ke hantu tengah-tengah hari buta ni.” Semakin pelik Dyna dibuatnya dan mulalah dia menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.
            Sedang Dyna terlampau asyik menggaru kepalanya yang tidak gatal itu,telefonnya berbunyi lantas Dyna melihat nama si pemanggil.
            “Ah sudah! Kan makcik ni dah call..aduyai apa yang aku nak kelentong ni,” seloroh Dyna sendirian lalu diangkat juga panggilan itu.
            “Hoi makcik! Kau kat mana ha? Kau ni pakai jam ikut waktu arab ke. Kata dua belas ni dah nak pukul satu tak sampai-sampai lagi.” Sepantas bullet train Isha memarahi kawannya itu.
            “Ya…traffic jam la. Sekejap lagi aku sampai la. Kau tolong orderkan untuk aku jela. Aku tak kisah makanan apa asalkan boleh makan jangan kau bagi aku makan penampar kau dah la ya.” Sempat lagi Dyna melawak dengan kawannya itu.
            “Ish! minah ni la kan. Ada saja alasannya. Baik kau cepat sebelum aku bagi kau makan kasut masak asam pedas nanti nak?”
            “Eh..ada ke makanan tu? Kat kedai mana ada jual..kalau sedap apa salahnya.” Balas Dyna tidak mahu mengalah.
            “Dayang Nurdyna!” jerit Isha kerna geram dengan sikap loyar buruk kawannya itu.
            “Yela-yela. Aku dah nak sampai ni.” Bohong Dyna sebelum mematikan panggilan telefonnya itu.
            ‘Ish mana pula taxi ni. Habislah aku,nampaknya tengah hari ni aku makan kasut masak asam pedas.’ Dyna sudah risau dengan nasibnya nanti apabila berjumpa dengan Isha.

Isnin, 22 Ogos 2011

F.O.H(BAB 15)


BAB 15
        *Lima bulan kemudian.
            Dyna sudah tidak senang duduk, sekejap berdiri sekejap duduk. Hari ini adalah hari pertama Dyna berkerja di syarikat papa Adrian iaitu Syarikat Ryan Sdn.Bhd. pada mulanya Dyna menolak pelawaan Dato’ Ryan yang ingin melantik Dyna sebagai setiausaha kepada anaknya Adrian. Namun bagi tidak menghampakan hasrat bapa tunangannya itu,Dyna terima juga pelawaan Dato’ Ryan itu.
            Kini sudah lima bulan Dyna digelar sebagai tunang kepada Adrian dan selama itu jugalah Dyna tidak berjumpa dengan kawan baiknya,Afiq. Walaupun dia sudah menamatkan pelajarannya dan tinggal di kampung namun dia tidak pernah berjumpa mahupun terserempak dengan Afiq. Menurut kata adiknya,Hazwan dia pernah datang ke rumah semasa majlis pertunangannya itu berlangsung namun tidak pula Afiq bertemu dengannya.
            ‘Macam manalah keadaan kau sekarang Afiq?’
            “Dyna!!” jerit Adrian dari dalam biliknya itu.
            Dyna segera bangun dan memasuki bilik Adrian setelah mendengar namanya dipanggil.
            Sebelum masuk, Dyna sempat mengetuk pintu terlebih dahulu.
            “Masuk.” Arah Adrian.
            Lantas Dyna memasuki bilik tunangnya itu sambil matanya tertancap ke arah sekeping gambar yang terletak di atas meja kerja Adrian. Gambar itu adalah gambar pertunangan mereka semasa mereka mengambil gambar bersama.
            “Dyna mulai sekarang awak akan menjadi PA saya dan kemana sahaja saya pergi awak wajib ikut. Faham?” terang Adrian tentang tugas Dyna sepanjang Dyna berkerja di syarikat itu.
            Dyna hanya mengangguk bagi menunjukkan bahawa dia faham dengan tugas yang baru ditetapkan oleh Adrian.
            “Bagus. Sekarang awak boleh keluar dan mengemas meja awak.” Arah Adrian dengan nada yang lembut.
            Dyna terus bangun dan melangkah keluar. Belum sempat Dyna ingin melangkah keluar Adrian mencela..
            “Ha. Lagi satu nanti kita pergi lunch sama-sama ok?” Ajak Adrian sambil mengenyitkan matanya pada Dyna.
            “Baiklah.Eh! Kenapa dengan mata awak tu? Sakit ke? Nanti kita pergi klinik lepas lunch nanti ok?” sempat Dyna memerli Adrian sebelum melangkah keluar.
            Adrian tertawa sendirian setelah mendengar perlian tunangnya itu. Semakin hari dia semakin selesa dengan Dyna.  Walaupun pertunangan mereka dirancang oleh keluarga masing-masing namun Adrian merasa bertuah kerana mendapat seorang tunang seperti Dyna.
            Adrian sangat menyenangi dengan perangai Dyna yang selamba itu. Hatinya mudah tercuit dengan kata-kata Dyna yang kadang-kala melucukan. Dia sudah semakin sayang dengan tunangnya itu walaupun Dyna seperti tidak suka dengan dirinya. Namun dia nekad akan membuat Dyna jatuh hati dengannya.
            Dyna melabuhkan punggungnya dan binggung kerana dia tidak tahu ingin berbuat apa. Dia belum lagi mendapat apa-apa tugas yang perlu dilakukannya memandangkan itu adalah hari pertama dia bekerja.
            “Ish! Aku nak buat apa ni? Mamat tu pun satu bukannya nak bagi tahu aku kena buat apa. Yang dia bagitahu, nak keluar lunch sama-sama. Geramnya!” bebel Dyna sendirian di mejanya itu.
            Sedang Dyna leka membebel sendirian sambil megemas mejanya itu,tiba-tiba seorang makcik datang dan duduk di hadapannya. Daripada cara pemakaiannya Dyna dapat mengagak jawatan makcik itu di syarikat tunangnya itu.
            “Assalamualaikum..nama makcik Tipah. Kamu boleh panggil makcik Tipah..nama kamu pula siapa?” soal makcik Tipah setelah memperkenalkan dirinya. Makcik Tipah ini sangat ramah orangnya dan mulutnya juga agak kecoh manakan tidak semasa pertama kali Dyna memasuki syarikat ini dia sudah mendengar kekecohan makcik Tipah bersama staf-staf yang berkerja di sini.
            “Nama saya Dayang Nurdyna makcik..makcik boleh panggil saya Dyna je.” Giliran aku pula mengenalkan diriku kepada makcik Tipah.
            “Dyna ya.! Sedap nama kamu tu..kamu ni tunang kepada Tuan Adrian ya?” soal makcik Tipah sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih itu. Gayanya sudah seperti mahu membuat iklan ubat gigi Darlie pula.
            Sempat Dyna mengata makcik Tipah didalam hati sebelum mengangguk bagi menjawab pertanyaan makcik ini namun Dyna sudah selesa dengan kehadiran makcik ini. Tidaklah dia kebosanan keseorangan pada waktu ini.
            Dyna hanya menghabiskan masa dengan beramah mesra bersama makcik Tipah itu sehinggalah waktu makan tengah hari tiba.
            Tiba-tiba Adrian keluar dari biliknya. Terkejut dia melihat kemesraan di antara Dyna dan makcik Tipah.
            “Ehem-ehem!! Seronok nampak berbual sampai tak sedar kehadiran saya.” Tegur Adrian sambil mengerling kearah Dyna.
            “Eh! Tuan Adrian..hehe..maaflah saya terlampau seronok berbual dengan Dyna ni. Ada sahaja lawaknya yang mencuit hati saya.” Kata makcik Tipah sambil bangun dan ingin beredar dari situ.
            Adrian hanya tersenyum mendengar jawapan yang diberi oleh makcik Tipah itu. Selepas itu dia kembali memandang Dyna dan mengajaknya keluar.
            Dyna sudah mengerti dengan kehendak Adrian itu, pasti dia ingin mengajaknya keluar makan tengah hari kerana sudah dimaklumkan awal-awal lagi perancangannya itu pagi tadi.
            Dyna hanya menurut sahaja dan dia terus sahaja bangun dan meningalkan Adrian sendirian di mejanya itu.
            ‘Tak apa Dyna,,suatu hari nanti aku akan buat kau jatuh hati dekat aku. Aku takkan lepaskan kau ke tangan orang lain setelah kau berjaya mencuri hatiku sedikit demi sidikit saban hari.’ Adrian mula memasang angan-angan sebelum berlalu mengejar Dyna yang jauh meninggalkannya.
           

Jumaat, 22 Julai 2011

F.O.H(BAB 14)


BAB 14
    
        Dyna hanya mendengar perbualan ibu dan ayahnya dengan keluarga Dato’ Ryan dari dalam bilik sahaja.  Cantik sungguh Dyna pada masa itu,dengan solekannya yang sederhana sudah membuat mukanya yang comel itu bertambah cantik. Dyna juga memakai baju yang ditempah khas untuk majlis pertunangannya ketika itu. Dyna hanya ditemani Wawa di dalam bilik sementara menunggu keluarganya berbincang tentang tarikh yang sesuai untuk menjodohkannya dengan anak aunty Mariah.
Tiba-tiba dia teringat kembali kenangannya bersama Afiq ketika mereka masih kecil dahulu.
“Dyna nanti kalau dah besar kau nak kahwin dengan siapa?”
“Ermmm aku nak kahwin dengan putera raja lah. Mesti best kan,dah lah hensem lepas tu kaya lagi.”
“Ala! Habis tu siapa yang nak kahwin dengan aku?!”
“Kau kahwin la dengan makcik bedah hujung kampung tu,dia kan single lagi.”
“Ish tak nak aku! Dah la tu banyak cakap pula tu. Boleh cair tahi telinga aku kalau kahwin dengan dia.”
“Habis tu kau nak kahwin dengan siapa?”
“Ha! Aku tau! Aku kahwin dengan kau jela ea. Bolehkan?”
“Tak nak aku,dah lah kau tak hensem. Aku tak nak kahwin dengan kau!”
“Kau jangan nanti dah besar kau yang menangis sebab tak dapat kahwin dengan aku.”
“Eleh! Tolong sikit ea..aku takkan nangis punya kalau tak dapat kahwin dengan kau pun.”
“Tak ada! aku gerenti punya kau akan nangis. Tengoklah nanti aku akan buat kau nangis sebab aku.hahaahha!”
“Eiii!! Kau kejam! Nanti kau! aku piat telinga kau!” lantas Dyna mengejar Afiq. Penat mereka berkejaran sambil memukul satu sama lain. Alangkah bahagianya mereka ketika itu.
Tiba-tiba Wawa terdengar esakan halus  lantas dia memalingkan mukanya melihat wajah alongnya. Dyna tidak dapat menahan diri setelah teringat kenangannya bersama Afiq sebentar tadi. Semakin lama semakin kuat esakan Dyna. Wawa menghampiri kakaknya lalu memeluk tubuh kakaknya itu dengan niat untuk menenangkan dirinya. Dia merasa simpati melihat keadaan kakaknya itu. ‘Bilalah semua drama ini akan berakhir?’ gumam Wawa perlahan.
‘Kau memang kejam Afiq. Kau dah buat apa yang pernah kau cakap dulu,kau betul-betul dah buat aku menangis sebab kau.!’jerit hati Dyna.
Setelah beberapa minit,Dyna semakin tenang dan dia tidak lagi menangis. Pada masa itu jugalah Datin Mariah memasuki biliknya untuk menyarungkan cincin pertunangan mereka.
“Assalamualaikum.” Lemah lembut Datin Mariah memberi salam.
“Waalaikumussalam aunty.” Jawab Dyna sopan lantas mencium tangan bakal mak mentuanya itu.
“Mulai sekarang Dyna boleh panggil aunty, mama ya.” Tegur Datin Mariah sambil menyarungkan cincin yang bertahtakan berlian di jari manis Dyna. Sungguh cantik cincin itu apabila disarungkan di jari manis Dyna.
“Baiklah mama.” Terasa kekok pula Dyna ingin memanggilnya mama namun dia harus membiasakan dirinya dengan panggilan itu.
“Ha! Macam itulah anak mama. Cantik anak mama ni ye icah.” Puji Datin Mariah lantas mencuit makcik icah yang berdiri di sebelahnya.
Makcik icah hanya mengangguk dan tersenyum kerana mendengar pujian daripada kawannya itu.
“Ha! Mari sini Adryan tengok tunang kamu ni,cantikkan?” soal aunty Mariah kepada jejaka yang berada di sebelah pintu itu.
“Dyna,inilah anak mama namanya Adryan dan sekarang dialah tunang kamu.” Aunty Mariah memperkenalkan anaknya iaitu tunang Dyna.
Dyna memandang sekilas sahaja kearah tunangnya itu, dia tiada mood untuk menatap wajah Adryan kerana hatinya masih sakit.
Adryan pula tidak berkelip memandang Dyna,dalam diam dia mengakui bahawa tunangnya itu agak cantik bertudung. Tiba-tiba hatinya merasa bahagia setelah melihat wajah suci Dyna. sebelum ini belum pernah dia berkawan dengan wanita yang bertudung,pandai mamanya memilih calon isteri untuknya.
“Adryan kenapa kamu tengok Dyna sampai macam tu sekali. Mama tahulah menantu mama ni cantik.” Tegur Datin Mariah. Merah muka Adryan kerana menahan malu.
Semua yang berada di dalam bilik itu ketawa setelah mendengar teguran yang keluar dari mulut Datin Mariah tetapi Dyna hanya tersenyum. Adakah senyuman itu senyuman bahagia atau senyuman palsu semata-mata? Biarlah dia seorang yang tahu.

‘Zappp!’
Dyna dah bertunang??
Afiq bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang baru diberikan oleh Hazwan sebentar tadi.
Semasa dia sampai di hadapan rumah Dyna,Afiq sudah merasa pelik kerana ramai orang yang berada di rumah itu. Mereka sepertinya sedang mengadakan majlis tetapi Afiq tidak dapat menduga apakah majlis yang sedang dilangsungkan itu. Sehinggalah Afiq terserempak dengan Hazwan di halaman rumah Dyna.
“Eh abang Fiq tak masuk dulu ke? Baru sampai ke?” tanya Hazwan selamba.
“Ada majlis apa ni Hazwan? Kenduri kesyukuran ke?” soal Afiq pelik.
“Eh bukanlah,abang Fiq tak tahu ke? Anis tak ada bagitahu abang Fiq apa-apa?”
“Bagitahu apa? Abang Fiq tak fahamlah.”
“La..ni mesti Anis tak bagitahu ni..tak ada hari ini kak Dyna bertunang. Itu pasallah ramai. Ok lah bang Fiq,Hazwan ada kerja sikit kat belakang ni. Abang masuklah dulu jumpa kak Dyna kat dalam,tunang dia pun ada tu.”  Terang Hazwan lantas meninggalkan Afiq termangu keseorangan.
Afiq hampir rebah di situ. Terkejut dia kerana mendapat tahu yang Dyna sudah bertunang. Ini bermakna Dyna akan menjadi milik orang lain dan ini juga bermakna dia tidak boleh meluahkan tentang isi hatinya itu kepada Dyna.
Afiq sudah tidak tahu kemana dia harus pergi untuk menenangkan dirinya yang kusut itu. Yang pasti dia tidak mahu pulang ke rumah lagi,dia sangat sedih setelah mendapat tahu tentang pertunangan Dyna.
Dia harus melupakan tentang hasratnya yang ingin meluahkan segala-galanya kepada Dyna.
Akhirnya Afiq mengambil keputusan untuk berhenti di taman-taman yang berdekatan. Dia hanya duduk di dalam kereta dan cuba untuk menenangkan dirinya.
Tidak semena-mena air matanya mengalir,tidak pernah dia menangis disebabkan seorang perempuan walaupun Anni tunangnya. Tetapi tidak Dyna. Ya! Dyna! dia seorang gadis yang boleh membuat hati Afiq gembira,dia juga boleh membuat hati Afiq gelisah di saat  gadis itu menghilangkan diri daripadanya dan sekarang Dyna mampu membuat Afiq mengalirkan air matanya dengan mudah sekali!Perempuan itu adalah DAYANG NURDYNA!
“Arghhhhh!!!” jerit Afiq sekuat hati.
“Kenapa kau buat aku macam ni Dyna! kenapa di saat aku menyedari betapa cintanya aku pada kau,kau telah pun menjadi milik orang lain.Kenapa!!!” raung Afiq sambil meraup mukanya beberapa kali.
Akhirnya Afiq menangis sendirian di dalam Mini Coopernya itu dan setelah beberapa jam dia melayani perasaan,dia terlelap dan dia berharap agar semua yang berlaku ini hanyalah mimpi buruk semata-mata.

F.O.H(BAB 13)


BAB 13
        Hari ini rombongan dari keluarga Dato’ Ryan dan Datin Mariah akan tiba,semua ahli keluarga Dyna telah pun berkumpul. Adik-adiknya semua ada pada hari itu,maklumlah hujung minggu. Wawa dan Hazmin sudah tentulah cuti kerana hujung minggu sekolah tidak buka manakala adiknya Hazwan pula sedang menunggu tawaran untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dyna bangga dengan adik-adiknya kerana mereka mendapat keputusan yang agak cemerlang di dalam peperikasaan yang diduduki oleh mereka.
            Semua orang gembira kerana tidak lama lagi Dyna akan digelar tunang orang terutama sekali ibu dan ayah Dyna. Mereka sangat gembira kerana akan menerima menantu sulung mereka tetapi Dyna??
            Dia juga berpura-pura gembira kerana tidak mahu ibu dan ayahnya perasan akan kegelisahan yang melanda dirinya itu. Kepulangannya pada hari itu tidak diketahui Afiq kerana dia belum bersedia untuk menemui lelaki yang pernah mencuri hatinya dan pada masa yang sama pernah melukakan hatinya itu.
            Tapi Dyna sedar dia tidak akan dapat melarikan diri daripada Afiq untuk selama-lamanya. Dan dia juga tidak bersedia untuk memberitahu Afiq tentang pertunangannya yang akan berlansung pada hari itu. Dia juga telah meminta Wawa supaya tidak memberitahu Afiq tentang kepulangan dan pertunangannya itu.
            “Wawa,janji dengan along ya.. jangan bagitahu Afiq tentang pertunangan yang akan berlansung pada hari esok.”
            “Tapi along tak rasa serba salah ke  kat abang Fiq. Dia kan kawan baik along,takkan along tak nak bagitahu tentang perkara penting macam ni. Kalau dia kecik hati macam mana.”
            “Ala buat apa dia nak kecik hati dengan along. Bukan along buat benda salah pun kat dia. Masa dia bertunang dulu pun along tak datang juga,sama je kan.”
            “Memanglah along tapi masa tu dia pun ada bagitahu pasal pertunangan dia kat along kan. Wawa cuma nak cakap satu je walau macam mana pun sakit hati along tu janganlah lupa yang dia pernah jadi kawan baik along.”
            Dyna terpana dengan kata-kata adiknya itu,dia serba salah dengan sikapnya yang suka mementingkan dirinya sendiri. Dia mengakui ada benarnya kata adiknya itu. Dia perlu memberitahu Afiq segala-galanya. Dia tidak mahu dianggap kejam terhadap kawan baiknya sendiri.
            “Along! Kenapa tercengang lagi tu? Mari masuk dalam bersiap-siap,kejap lagi aunty Mariah sampai!” jerit ibu dari dalam rumah.
            Lantas Dyna mencari kelibat adiknya Hazwan setelah tersedar daripada khayalannya sebentar tadi. Tiba-tiba dia nampak Hazwan ada di belakang rumah  dengan sepantas kilat dia pergi mendapatkan adiknya itu.
            ‘Aik budak ni,aku suruh masuk dia boleh lari ke belakang rumah pula.’ Bebel ibu geram kerana bukannya Dyna masuk ke dalam malah makin berlari ke belakang rumah.
            “Angah!!”panggil Dyna. tercungap-cungap dia mana tidaknya berlari bagai nak masuk olimpik pula gayanya.
            “Ha! Ada apa along? Kenapa tak siap lagi ni nanti kejap lagi kawan ibu tu sampailah.” Sempat Hazwan membebel melihat akaknya itu tidak bersiap lagi.
            “Along nak minta tolong satu benda boleh?”
            “Nak mintak tolong apa? Belikan barang solek kat kedai ke?”
            “La apehal pulak tiba-tiba masuk barang solek ni. Bukanlah!”
            “Manalah angah tahu,ingatkan nak suruh beli barang solek sebab barang solek mak andam tu dah habis ke.”
            ‘Eh-eh budak ni,boleh pula buat lawak tengah-tengah hari buta ni. Kang ada yang kena hempuk dengan aku ni. Dah la penat berlari tadi’ gumam Dyna geram dengan lawak bodoh adiknya itu.
            “Dah tak payah nak buat lawak pula. Cepatlah tolong along sekejap,boleh tak?”
            “Yela-yela. Tolong apa?”
            “Tolong bagitahu dekat keluarga uncle Kamil yang along nak bertunang hari ini boleh?”
            “La! Along tak bagitahu dekat diaorang lagi ke? Pegilah bagitahu dekat abang Afiq nanti pandai-pandailah dia bagitahu dekat family dia.”
            ‘Ish budak ni! Aku suruh dia,dia boleh suruh aku balik.’ Bebel Dyna.
            “Alo..Along tak ada kredit la. Angah tolonglah bagitahu dekat diaorang ea.”tergagap Dyna menjawab. Sengaja dia memberi alasan seperti itu tidaklah adiknya itu perasan apa-apa.
            “Angah mana ada nombor abang Fiq.”
            “Ala angah kan ada nombor Anis,bagitahu dia jela suruh sampaikan dekat family dia.”
            “Ermm..yela-yela!”
            Tersenyum Dyna kerana adiknya itu mahu menolongnya. Biarlah adiknya itu yang memberitahu mereka,janji dia tidaklah merasa dirinya kejam sangat kerana tidak memberitahu tentang majlis yang akan berlansung itu.
           
            “Ok!  Baiklah dan terima kasih sebab dah bagitahu kami ye,Hazwan. Dan jangan lupa sampaikan salam Anis dekat kak Dyna.” lantas Anis memutuskan taliannya itu. Lalu dia memanggil mamanya untuk menyampaikan berita yang baru diterimanya sebentar tadi.
            “Mama oh mama!” jerit Anis memanggil mamanya.
            “Ya nak apa? Mama ada dekat dapur ni.”
            “Sini lah sekejap. Ada berita penting ni.!”
            Datin Risza terus mendapatkan anaknya yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu.
            “Ha! Apa dia?”
            “Cuba mama teka siapa yang baru call Anis tadi?”
            “La..mana lah mama tahu. Mama bukannya nujum pak belalang yang boleh teka-teka ni.” Sempat Datin Risza membuat lawak.
            “Ish mama ni buat lawak pula. Tadi Hazwan baru call.”
            “Ouh yeke? Dia cakap apa kat kamu?”
            “Tak ada tadi Hazwan bagitahu yang kak Dyna ada kat kampung sekarang ni, hari ni diaorang ada…..” belum sempat Anis menghabiskan kata-katanya,Afiq tiba-tiba mencela. Entah dari mana datang abangnya dia sendiri tidak tahu.
“Apa Anis! Kak Dyna ada dekat kampung sekarang ni?” soal Afiq teruja.
Anis hanya mengangguk bagi menjawab persoalan abangnya tadi.
“Mama! Afiq keluar dulu.” Lantas Afiq mencapai kunci keretanya dan terus keluar tanpa mendengar ayat terakhir dari mulut Anis.
            “Abang! Nanti dulu Anis belum habis cakap lagi ni!” jerit Anis sambil mengejar abangnya tetapi malangnya abangnya tidak dengar dengan jeritan Anis itu.
            Anis sudah dapat mengagak kemana abangnya itu ingin pergi. Pasti ingin berjumpa Dyna!

            Afiq sangat gembira dengan berita yang baru diterimanya tadi. Dia sangat gembira dengan kepulangan insan yang dia tunggu selama ini iaitu Dyna! Tidak sabar rasanya ingin menemui Dyna,terubat sedikit rindunya pada Dyna setelah dia menemui gadis itu nanti.
Dia tidak sabar ingin mendengar celoteh dari mulut comel kawannya itu, dia juga tidak sabar ingin mendengar gelak tawa kawannya itu. Semuanya akan kembali ke pada yang asal. Dia akan menjadi rapat semula dengan Dyna dan yang paling penting dia perlu meluahkan tentang isi hatinya yang telah lama dipendam kepada Dyna. Dia tidak peduli jika dikatakan curang kepada tunangnya ,yang penting dia perlu meluahkan segala-galanya hari ini.            
Ya!  Dia sangat nekad dengan keputusannya itu, apa-apa pun yang terjadi dia perlu melakukannya pada saat dia berjumpa dengan Dyna nanti. Tidak sanggup rasanya ingin memendam perasaan itu lebih lama,dia boleh jadi gila hanya disebabkan itu.