Jumaat, 22 Julai 2011

F.O.H(BAB 14)


BAB 14
    
        Dyna hanya mendengar perbualan ibu dan ayahnya dengan keluarga Dato’ Ryan dari dalam bilik sahaja.  Cantik sungguh Dyna pada masa itu,dengan solekannya yang sederhana sudah membuat mukanya yang comel itu bertambah cantik. Dyna juga memakai baju yang ditempah khas untuk majlis pertunangannya ketika itu. Dyna hanya ditemani Wawa di dalam bilik sementara menunggu keluarganya berbincang tentang tarikh yang sesuai untuk menjodohkannya dengan anak aunty Mariah.
Tiba-tiba dia teringat kembali kenangannya bersama Afiq ketika mereka masih kecil dahulu.
“Dyna nanti kalau dah besar kau nak kahwin dengan siapa?”
“Ermmm aku nak kahwin dengan putera raja lah. Mesti best kan,dah lah hensem lepas tu kaya lagi.”
“Ala! Habis tu siapa yang nak kahwin dengan aku?!”
“Kau kahwin la dengan makcik bedah hujung kampung tu,dia kan single lagi.”
“Ish tak nak aku! Dah la tu banyak cakap pula tu. Boleh cair tahi telinga aku kalau kahwin dengan dia.”
“Habis tu kau nak kahwin dengan siapa?”
“Ha! Aku tau! Aku kahwin dengan kau jela ea. Bolehkan?”
“Tak nak aku,dah lah kau tak hensem. Aku tak nak kahwin dengan kau!”
“Kau jangan nanti dah besar kau yang menangis sebab tak dapat kahwin dengan aku.”
“Eleh! Tolong sikit ea..aku takkan nangis punya kalau tak dapat kahwin dengan kau pun.”
“Tak ada! aku gerenti punya kau akan nangis. Tengoklah nanti aku akan buat kau nangis sebab aku.hahaahha!”
“Eiii!! Kau kejam! Nanti kau! aku piat telinga kau!” lantas Dyna mengejar Afiq. Penat mereka berkejaran sambil memukul satu sama lain. Alangkah bahagianya mereka ketika itu.
Tiba-tiba Wawa terdengar esakan halus  lantas dia memalingkan mukanya melihat wajah alongnya. Dyna tidak dapat menahan diri setelah teringat kenangannya bersama Afiq sebentar tadi. Semakin lama semakin kuat esakan Dyna. Wawa menghampiri kakaknya lalu memeluk tubuh kakaknya itu dengan niat untuk menenangkan dirinya. Dia merasa simpati melihat keadaan kakaknya itu. ‘Bilalah semua drama ini akan berakhir?’ gumam Wawa perlahan.
‘Kau memang kejam Afiq. Kau dah buat apa yang pernah kau cakap dulu,kau betul-betul dah buat aku menangis sebab kau.!’jerit hati Dyna.
Setelah beberapa minit,Dyna semakin tenang dan dia tidak lagi menangis. Pada masa itu jugalah Datin Mariah memasuki biliknya untuk menyarungkan cincin pertunangan mereka.
“Assalamualaikum.” Lemah lembut Datin Mariah memberi salam.
“Waalaikumussalam aunty.” Jawab Dyna sopan lantas mencium tangan bakal mak mentuanya itu.
“Mulai sekarang Dyna boleh panggil aunty, mama ya.” Tegur Datin Mariah sambil menyarungkan cincin yang bertahtakan berlian di jari manis Dyna. Sungguh cantik cincin itu apabila disarungkan di jari manis Dyna.
“Baiklah mama.” Terasa kekok pula Dyna ingin memanggilnya mama namun dia harus membiasakan dirinya dengan panggilan itu.
“Ha! Macam itulah anak mama. Cantik anak mama ni ye icah.” Puji Datin Mariah lantas mencuit makcik icah yang berdiri di sebelahnya.
Makcik icah hanya mengangguk dan tersenyum kerana mendengar pujian daripada kawannya itu.
“Ha! Mari sini Adryan tengok tunang kamu ni,cantikkan?” soal aunty Mariah kepada jejaka yang berada di sebelah pintu itu.
“Dyna,inilah anak mama namanya Adryan dan sekarang dialah tunang kamu.” Aunty Mariah memperkenalkan anaknya iaitu tunang Dyna.
Dyna memandang sekilas sahaja kearah tunangnya itu, dia tiada mood untuk menatap wajah Adryan kerana hatinya masih sakit.
Adryan pula tidak berkelip memandang Dyna,dalam diam dia mengakui bahawa tunangnya itu agak cantik bertudung. Tiba-tiba hatinya merasa bahagia setelah melihat wajah suci Dyna. sebelum ini belum pernah dia berkawan dengan wanita yang bertudung,pandai mamanya memilih calon isteri untuknya.
“Adryan kenapa kamu tengok Dyna sampai macam tu sekali. Mama tahulah menantu mama ni cantik.” Tegur Datin Mariah. Merah muka Adryan kerana menahan malu.
Semua yang berada di dalam bilik itu ketawa setelah mendengar teguran yang keluar dari mulut Datin Mariah tetapi Dyna hanya tersenyum. Adakah senyuman itu senyuman bahagia atau senyuman palsu semata-mata? Biarlah dia seorang yang tahu.

‘Zappp!’
Dyna dah bertunang??
Afiq bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang baru diberikan oleh Hazwan sebentar tadi.
Semasa dia sampai di hadapan rumah Dyna,Afiq sudah merasa pelik kerana ramai orang yang berada di rumah itu. Mereka sepertinya sedang mengadakan majlis tetapi Afiq tidak dapat menduga apakah majlis yang sedang dilangsungkan itu. Sehinggalah Afiq terserempak dengan Hazwan di halaman rumah Dyna.
“Eh abang Fiq tak masuk dulu ke? Baru sampai ke?” tanya Hazwan selamba.
“Ada majlis apa ni Hazwan? Kenduri kesyukuran ke?” soal Afiq pelik.
“Eh bukanlah,abang Fiq tak tahu ke? Anis tak ada bagitahu abang Fiq apa-apa?”
“Bagitahu apa? Abang Fiq tak fahamlah.”
“La..ni mesti Anis tak bagitahu ni..tak ada hari ini kak Dyna bertunang. Itu pasallah ramai. Ok lah bang Fiq,Hazwan ada kerja sikit kat belakang ni. Abang masuklah dulu jumpa kak Dyna kat dalam,tunang dia pun ada tu.”  Terang Hazwan lantas meninggalkan Afiq termangu keseorangan.
Afiq hampir rebah di situ. Terkejut dia kerana mendapat tahu yang Dyna sudah bertunang. Ini bermakna Dyna akan menjadi milik orang lain dan ini juga bermakna dia tidak boleh meluahkan tentang isi hatinya itu kepada Dyna.
Afiq sudah tidak tahu kemana dia harus pergi untuk menenangkan dirinya yang kusut itu. Yang pasti dia tidak mahu pulang ke rumah lagi,dia sangat sedih setelah mendapat tahu tentang pertunangan Dyna.
Dia harus melupakan tentang hasratnya yang ingin meluahkan segala-galanya kepada Dyna.
Akhirnya Afiq mengambil keputusan untuk berhenti di taman-taman yang berdekatan. Dia hanya duduk di dalam kereta dan cuba untuk menenangkan dirinya.
Tidak semena-mena air matanya mengalir,tidak pernah dia menangis disebabkan seorang perempuan walaupun Anni tunangnya. Tetapi tidak Dyna. Ya! Dyna! dia seorang gadis yang boleh membuat hati Afiq gembira,dia juga boleh membuat hati Afiq gelisah di saat  gadis itu menghilangkan diri daripadanya dan sekarang Dyna mampu membuat Afiq mengalirkan air matanya dengan mudah sekali!Perempuan itu adalah DAYANG NURDYNA!
“Arghhhhh!!!” jerit Afiq sekuat hati.
“Kenapa kau buat aku macam ni Dyna! kenapa di saat aku menyedari betapa cintanya aku pada kau,kau telah pun menjadi milik orang lain.Kenapa!!!” raung Afiq sambil meraup mukanya beberapa kali.
Akhirnya Afiq menangis sendirian di dalam Mini Coopernya itu dan setelah beberapa jam dia melayani perasaan,dia terlelap dan dia berharap agar semua yang berlaku ini hanyalah mimpi buruk semata-mata.

F.O.H(BAB 13)


BAB 13
        Hari ini rombongan dari keluarga Dato’ Ryan dan Datin Mariah akan tiba,semua ahli keluarga Dyna telah pun berkumpul. Adik-adiknya semua ada pada hari itu,maklumlah hujung minggu. Wawa dan Hazmin sudah tentulah cuti kerana hujung minggu sekolah tidak buka manakala adiknya Hazwan pula sedang menunggu tawaran untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dyna bangga dengan adik-adiknya kerana mereka mendapat keputusan yang agak cemerlang di dalam peperikasaan yang diduduki oleh mereka.
            Semua orang gembira kerana tidak lama lagi Dyna akan digelar tunang orang terutama sekali ibu dan ayah Dyna. Mereka sangat gembira kerana akan menerima menantu sulung mereka tetapi Dyna??
            Dia juga berpura-pura gembira kerana tidak mahu ibu dan ayahnya perasan akan kegelisahan yang melanda dirinya itu. Kepulangannya pada hari itu tidak diketahui Afiq kerana dia belum bersedia untuk menemui lelaki yang pernah mencuri hatinya dan pada masa yang sama pernah melukakan hatinya itu.
            Tapi Dyna sedar dia tidak akan dapat melarikan diri daripada Afiq untuk selama-lamanya. Dan dia juga tidak bersedia untuk memberitahu Afiq tentang pertunangannya yang akan berlansung pada hari itu. Dia juga telah meminta Wawa supaya tidak memberitahu Afiq tentang kepulangan dan pertunangannya itu.
            “Wawa,janji dengan along ya.. jangan bagitahu Afiq tentang pertunangan yang akan berlansung pada hari esok.”
            “Tapi along tak rasa serba salah ke  kat abang Fiq. Dia kan kawan baik along,takkan along tak nak bagitahu tentang perkara penting macam ni. Kalau dia kecik hati macam mana.”
            “Ala buat apa dia nak kecik hati dengan along. Bukan along buat benda salah pun kat dia. Masa dia bertunang dulu pun along tak datang juga,sama je kan.”
            “Memanglah along tapi masa tu dia pun ada bagitahu pasal pertunangan dia kat along kan. Wawa cuma nak cakap satu je walau macam mana pun sakit hati along tu janganlah lupa yang dia pernah jadi kawan baik along.”
            Dyna terpana dengan kata-kata adiknya itu,dia serba salah dengan sikapnya yang suka mementingkan dirinya sendiri. Dia mengakui ada benarnya kata adiknya itu. Dia perlu memberitahu Afiq segala-galanya. Dia tidak mahu dianggap kejam terhadap kawan baiknya sendiri.
            “Along! Kenapa tercengang lagi tu? Mari masuk dalam bersiap-siap,kejap lagi aunty Mariah sampai!” jerit ibu dari dalam rumah.
            Lantas Dyna mencari kelibat adiknya Hazwan setelah tersedar daripada khayalannya sebentar tadi. Tiba-tiba dia nampak Hazwan ada di belakang rumah  dengan sepantas kilat dia pergi mendapatkan adiknya itu.
            ‘Aik budak ni,aku suruh masuk dia boleh lari ke belakang rumah pula.’ Bebel ibu geram kerana bukannya Dyna masuk ke dalam malah makin berlari ke belakang rumah.
            “Angah!!”panggil Dyna. tercungap-cungap dia mana tidaknya berlari bagai nak masuk olimpik pula gayanya.
            “Ha! Ada apa along? Kenapa tak siap lagi ni nanti kejap lagi kawan ibu tu sampailah.” Sempat Hazwan membebel melihat akaknya itu tidak bersiap lagi.
            “Along nak minta tolong satu benda boleh?”
            “Nak mintak tolong apa? Belikan barang solek kat kedai ke?”
            “La apehal pulak tiba-tiba masuk barang solek ni. Bukanlah!”
            “Manalah angah tahu,ingatkan nak suruh beli barang solek sebab barang solek mak andam tu dah habis ke.”
            ‘Eh-eh budak ni,boleh pula buat lawak tengah-tengah hari buta ni. Kang ada yang kena hempuk dengan aku ni. Dah la penat berlari tadi’ gumam Dyna geram dengan lawak bodoh adiknya itu.
            “Dah tak payah nak buat lawak pula. Cepatlah tolong along sekejap,boleh tak?”
            “Yela-yela. Tolong apa?”
            “Tolong bagitahu dekat keluarga uncle Kamil yang along nak bertunang hari ini boleh?”
            “La! Along tak bagitahu dekat diaorang lagi ke? Pegilah bagitahu dekat abang Afiq nanti pandai-pandailah dia bagitahu dekat family dia.”
            ‘Ish budak ni! Aku suruh dia,dia boleh suruh aku balik.’ Bebel Dyna.
            “Alo..Along tak ada kredit la. Angah tolonglah bagitahu dekat diaorang ea.”tergagap Dyna menjawab. Sengaja dia memberi alasan seperti itu tidaklah adiknya itu perasan apa-apa.
            “Angah mana ada nombor abang Fiq.”
            “Ala angah kan ada nombor Anis,bagitahu dia jela suruh sampaikan dekat family dia.”
            “Ermm..yela-yela!”
            Tersenyum Dyna kerana adiknya itu mahu menolongnya. Biarlah adiknya itu yang memberitahu mereka,janji dia tidaklah merasa dirinya kejam sangat kerana tidak memberitahu tentang majlis yang akan berlansung itu.
           
            “Ok!  Baiklah dan terima kasih sebab dah bagitahu kami ye,Hazwan. Dan jangan lupa sampaikan salam Anis dekat kak Dyna.” lantas Anis memutuskan taliannya itu. Lalu dia memanggil mamanya untuk menyampaikan berita yang baru diterimanya sebentar tadi.
            “Mama oh mama!” jerit Anis memanggil mamanya.
            “Ya nak apa? Mama ada dekat dapur ni.”
            “Sini lah sekejap. Ada berita penting ni.!”
            Datin Risza terus mendapatkan anaknya yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu.
            “Ha! Apa dia?”
            “Cuba mama teka siapa yang baru call Anis tadi?”
            “La..mana lah mama tahu. Mama bukannya nujum pak belalang yang boleh teka-teka ni.” Sempat Datin Risza membuat lawak.
            “Ish mama ni buat lawak pula. Tadi Hazwan baru call.”
            “Ouh yeke? Dia cakap apa kat kamu?”
            “Tak ada tadi Hazwan bagitahu yang kak Dyna ada kat kampung sekarang ni, hari ni diaorang ada…..” belum sempat Anis menghabiskan kata-katanya,Afiq tiba-tiba mencela. Entah dari mana datang abangnya dia sendiri tidak tahu.
“Apa Anis! Kak Dyna ada dekat kampung sekarang ni?” soal Afiq teruja.
Anis hanya mengangguk bagi menjawab persoalan abangnya tadi.
“Mama! Afiq keluar dulu.” Lantas Afiq mencapai kunci keretanya dan terus keluar tanpa mendengar ayat terakhir dari mulut Anis.
            “Abang! Nanti dulu Anis belum habis cakap lagi ni!” jerit Anis sambil mengejar abangnya tetapi malangnya abangnya tidak dengar dengan jeritan Anis itu.
            Anis sudah dapat mengagak kemana abangnya itu ingin pergi. Pasti ingin berjumpa Dyna!

            Afiq sangat gembira dengan berita yang baru diterimanya tadi. Dia sangat gembira dengan kepulangan insan yang dia tunggu selama ini iaitu Dyna! Tidak sabar rasanya ingin menemui Dyna,terubat sedikit rindunya pada Dyna setelah dia menemui gadis itu nanti.
Dia tidak sabar ingin mendengar celoteh dari mulut comel kawannya itu, dia juga tidak sabar ingin mendengar gelak tawa kawannya itu. Semuanya akan kembali ke pada yang asal. Dia akan menjadi rapat semula dengan Dyna dan yang paling penting dia perlu meluahkan tentang isi hatinya yang telah lama dipendam kepada Dyna. Dia tidak peduli jika dikatakan curang kepada tunangnya ,yang penting dia perlu meluahkan segala-galanya hari ini.            
Ya!  Dia sangat nekad dengan keputusannya itu, apa-apa pun yang terjadi dia perlu melakukannya pada saat dia berjumpa dengan Dyna nanti. Tidak sanggup rasanya ingin memendam perasaan itu lebih lama,dia boleh jadi gila hanya disebabkan itu.

F.O.H(BAB 12)


BAB 12
            Afiq sedang tekun  menghabiskan kerja-kerjanya sebelum pulang ke rumah,dia tidak suka menyiapkan kerja-kerjanya last minute dan dia juga tidak gemar untuk membawa pulang kerja-kerja pejabatnya ke rumah. Padanya kerja-kerja yang ada perlu disiapkan di pejabat sahaja dan rumah adalah untuk dia merehatkan badan setelah seharian bekerja. Tetapi jika kerjanya terlampau banyak,dia terpaksa juga membawa pulang segala tender-tender yang perlu dia siapkan.
            Sedang dia mengemas-mengemas untuk pulang,tiba-tiba ada seseorang yang menelefonnya. Dengan rasa malas Afiq menjawab panggilan tersebut.
            “Hello.” Kata Afiq sepatah.
            “Hello, sayang. I nak jumpa you hari ini boleh?” tanya Anni dengan lemah gemalai.
            “Pukul berapa you nak jumpa?” Afiq mengerling ke arah jam yang terletak di atas mejanya.
            “Sekarang boleh? You dah habis waktu kerjakan?” tahu sahaja Anni bahawa tunangnya itu sudah habis waktu kerja.
            “ Ermmm…yela tapi kat mana?” akur Afiq dengan permintaan tunangnya itu.
            “Great! I tunggu you kat Kenny Rogers ok?” Anni memberitahu tentang tempat pertemuan mereka pada hari itu. Sememangnya dia memang gemar pergi ke tempat itu.
            “Ok!” sepatah Afiq menjawab lalu mematikan taliannya.
            Dia sendiri tidak tahu mengapa perasaan cinta dan sayangnya pada Anni semakin pudar. Padahal semasa mereka masih belajar,Afiq sangat mencintai tunangnya itu bahkan setiap hari ada sahaja kata-kata yang romantis diberikan kepada Anni. Tetapi sekarang dia merasa malas untuk berkasih dan bermanja dengan tunangnya itu.
            Afiq mengambil masa setengah jam sahaja untuk pergi ke tempat yang telah Anni tetapkan tadi. Dari jauh dia sudah nampak Anni melambai-lambaikan tangan kepadanya.
            “Ada apa you nak jumpa I?” soal Afiq lantas mengambil tempat di hadapan Anni.
            “You tak mahu order apa-apa ke? Anything?” soal Anni sambil memerhatikan diri tunangnya itu. Afiq sudah berbeza sekarang, dia sudah seperti orang yang tidak terurus. Anni lebih suka dengan diri Afiq yang kemas dahulu. Dia pun pelik mengapa tunangnya itu boleh berubah sampai macam itu sekali.
            Afiq hanya membalas dengan gelengan sahaja. Dia mahu segera pulang ke rumah dan merehatkan badanya yang letih itu.
            “Ok. Sebenarnya I nak  bincang pasal perkahwinan kita. Papa I dah bising asyik tanya saja bila kita nak melansungkan perkahwinan.” Terus-terang Anni memberitahu tentang sebab pertemuan mereka pada hari itu.
            “I banyak lagi perkara yang perlu diuruskan,you cakap lah dengan papa you yang I tengah busy sekarang ni.” Alasan yang sama Afiq beri apabila tunangnya itu membangkitkan soal perkahwinan mereka.
            “Itu saja yang you tahu. Busy!busy!busy! apa yang you buat sampai perkahwinan kita pun asyik tertangguh saja!” bentak Anni kerana geram dengan jawapan tunangnya itu. Alasanya selalu sahaja sama sehinggakan dia sudah bosan dengan perlakuan endah tak endah Afiq itu.
            “You kena faham I ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan sebelum kita kahwin. Kalau you tak boleh sabar sangat you kahwin jela sorang-sorang!” marah Afiq lantas berlalu dari situ meninggalkan Anni keseorangan.
            Banyak mata yang memandang ke arah mereka berdua.
            Anni terkedu,belum pernah lagi mana-mana lelaki yang berani menengkingnya sebegitu sekali termasuklah papanya sendiri. Dia semakin bengang dengan tindakan drastik Afiq itu.
            ‘Nanti kau Afiq! Satu masa nanti aku akan malukan kau depan orang ramai seperti yang kau lakukan pada aku sekarang.’ Anni semakin bengang lalu mengambil keputusan untuk berlalu dari situ secepat mungkin. Tebal mukanya kerana tidak pasal-pasal mendapat perhatian daripada orang ramai.
            “Arghhh!! Tensionnya!!!” bentak Afiq sambil memukul-mukul stereng keretanya.
            “Perempuan tu tak habis-habis menyusahkan hidup aku. Aku kata nanti,nantilah! Kalau dah gatal sangat nak kahwin,kau kahwin jela dengan tok kadi tu!” bebel Afiq sendirian. Gayanya seperti orang gila sahaja bercakap sorang-sorang. Nasib sahaja tiada sesiapa masa itu,kalau tidak sudah tentu ada orang yang akan mendaftarkan namanya di ‘hospital Tanjung Rambutan’ kerana ternampak Afiq bercakap seorang diri.

            Setibanya di rumah,Afiq bergegas meluru masuk ke rumah. Dia ingin segera menyegarkan badan kemundian dia mahu terus masuk tidur. Begitulah rutin harian Afiq sejak kebelakangan ini,dia tidak lagi bergurau senda bersama keluarganya dan dia lebih suka menyendiri di dalam bilik. Mama dan papanya sudah lama perasan dengan keadaan anaknya itu,sudah puas mereka bertanya mengapa Afiq bersikap seperti itu. Namun Afiq hanya memberi alasan yang dia penat bekerja.
            “Mama,kenapa abang sekarang macam dah lain kan?” soal Anis yang sudah lama perasan sikap abangnya itu.
            “Lain macam mana pula?” sengaja Datin Risza ingin menduga anak perempuannya itu. Adakah Anis juga perasan tentang sikap aneh anak lelakinya itu.
            “Yela, Anis tengok abang tu dah tak macam dulu la ma. Dulu dia selalu bermesra dengan kita,sekarang ni jangan nak kata bermesra..berbual pun jarang. Banyak sangat ke kerja yang papa bagi kat dia sampai dia jadi macam tu sekali.” Panjang lebar Anis berkata.
            “Entahlah mama pun pening dengan abang kamu tu. Nak kata banyak kerja,papa tak adalah bagi  banyak sangat kerja dekat dia.” Balas mama. Risau dia dengan keadaan anaknya yang seorang itu.
            “Tapikan mama, Anis perasan abang jadi macam tu sejak kak Dyna dah setahun tak balik kan ma. Entah-entahkan mama abang Fiq tu rindu sangat dekat kak Dyna kot,tu pasallah dia macam orang tak betul je.” Anis sudah perasan sesuatu tetapi dia diamkan sahaja,dia tidak boleh serkap jarang sahaja. Dia perlu siasat dahulu tentang kebenaran yang dia  rasakan itu barulah dia boleh membongkarkan segala-galanya.
            “Ish kamu ni memandai sahaja. Mungkin abang kamu tu penat sangat bekerja kot. Kamu jangalah fikir yang bukan-bukan. Ni semua tiada kena mengena dengan kak Dyna kamu tu tahu tak.” Sangkal Datin Risza tentang sangkaan anaknnya itu, tetapi dia juga perasan sejak bila Afiq boleh berubah sampai macam tu sekali.
            Anis hanya memuncungkan mulutnya setelah mendengar jawapan daripada mamanya itu.
            ‘Tak apa,sekarang bolehlah semua orang tak percaya lagi sebab perkara ni masih samar-samar lagi. Tapi tengoklah nanti Detektif Anis akan siasat tentang perkara ni dengan lebih mendalam.’ Anis sudah memasang niat dan berangan untuk menjadi seorang penyiasat yang professional. Dia sudah tersengih sendirian dan dia akan siasat juga tentang abangnya itu dan kawan baik abangnya iaitu kak Dyna!

Rabu, 20 Julai 2011

F.O.H(BAB 11)



BAB 11

       Makcik icah sangat gembira dengan keputusan yang Dyna pilih. Tidak sabar rasanya untuk menerima menantu sulung mereka setelah lama mereka menantikan saat ini. Nasib baik jugalah dia terjumpa semula kawan baiknya Mariah  sebulan yang lepas,dan daripada pertemuan itulah mereka menjadi rapat  semula dan memutuskan untuk menjodohkan anak-anak mereka.
            “Abang oh abang!” jerit makcik icah memanggil suaminya,dia perlu memberitahu tentang berita gembira ini kepada pakcik adan, suaminya.
            “Ya saya ada di laman ni.” Sahut pakcik adan yang sedang duduk di kerusi laman mereka setelah penat membersihkan sampah sarap sekitar kawasan itu.
            Laju makcik icah pergi mendapatkan suaminya,dia sudah tidak sabar untuk berkongsi berita gembira itu.
            “Abang! Abang nak tahu tak tadi saya telefon along untuk bertanya pasal pinangan tu hujung minggu ini.” Teruja sekali makcik icah menceritakan tentang perbualannya dengan Dyna sebentar tadi.
            “Oh yeke? Habis tu anak awak tu cakap apa? Dia setuju ke?” soal pakcik adan ingin mengetahui tentang keputusan anaknya itu.
            Makicik icah hanya mengangguk laju serta tersenyum hingga ke telingga. Gembira sungguh dia pada masa itu. Rasanya ingin sahaja dia memberitahu kepada semua orang kampung bahawa anaknya itu akan menjadi milik orang lain tidak lama lagi walaupun baru dalam perancangan.
            “Saya gembira sangat abang. Tak sangka pula along tu terima pinangan Mariah tu. Saya ingatkan tadi dia akan menolak tapi sebaliknya dia terima pula.” Terang makcik icah bersungguh-sungguh.
            “Baguslah kalau along pun dah bersetuju, maknanya jadilah Mariah dan Ryan tu datang hujung minggu ni ya icah.” Tanya pakcik adan untuk meminta kepastian tentang kehadiran bakal besannya itu.
            “A’ahlah. Baru sekejap tadi saya beritahu Mariah yang dia boleh datang ke rumah kita hujung minggu ini. Along pun akan pulang ke rumah hujung  minggu ini.” Kata makcik icah tentang kepulangan anaknya hujung minggu ini.

            Wawa yang terdengar perbualan ibu dan ayahnya terkejut lantas terus berlari masuk ke biliknya. Dia perlu menelefon alongnya dan bertanya adakah alongnya telah membuat keputusan yang betul dengan menerima pinangan anak kawan baik ibunya itu.
            “Hello! Along! Apa yang dah along buat ni?!” sergah Wawa setelah alongnya itu menjawab panggilannya.
            ‘Fuh semangat budak ni,nasib aku tak tersedak. Apasallah tiba-tiba sergah sampai macam tu sekali. Apa yang dah aku buat?’ bebel Dyna yang hampir tersedak kerana terperanjat mendengar sergahan adiknya itu. Mana tidaknya dia tengah minum air tetiba adiknya menerjah sampai macam tu sekali.
            “Apa Wawa ni! Bagilah salam dulu,tersedak along tahu tak?!” marah Dyna.
            “Heheheh. Maaf ya along. Tak ada la Wawa terkejut bila dapat tahu yang along terima pinangan anak kawan ibu tu. Betul ke along terima?” senafas sahaja Wawa melepaskan kata-kata itu.
            “Betullah, hujung minggu ni along balik kampung. Kenapa?” soal Dyna kembali.
            “Along tak menyesal ke nanti kalau along terpaksa kahwin dengan orang yang along tak cinta. Dah la tu,kenal pun tidak. Macam mana dengan abang ..?” belum sempat Wawa hendak meneruskan kata-katanya Dyna pantas memotong.
            “Nak menyesal apanya dik? Along nak tunggu siapa lagi, nak tunggu orang yang dah pasti akan jadi milik orang lain? Nanti along kamu ni juga yang jadi anak dara tua terhormat tahu tak?” sempat lagi Dyna bergurau dengan adiknya itu.
            ‘Kalau lah Wawa tahu..along terpaksa dik,mungkin dengan cara ini lah along dapat melupakan Afiq. Kalau ikutkan hati ini along dah tak mahu terima mana-mana lelaki lagi dalam hati ini tetapi apakan daya along kasihan dengan kesungguhan ibu untuk menjodohkan along dengan anak kawannya itu. Biarlah! Along tak mahu hancurkan hati ibu, jikalau ibu ingin jadikan anak kawannya itu sebagai menantu along pun akan cuba untuk mencintai lelaki itu.’ Bisik hati Dyna namun adiknya tidak boleh tahu tentang perkara itu.
            Cukuplah adiknya itu tahu tentang perasaaanya terhdap Afiq setahun yang lalu. Dia perlu melupakan tentang jejaka itu secepat mungkin.
            “Baiklah along kalau itu yang along nak. Wawa tak kisah cuma orang tak mahu along menyesal dengan keputusan yang along buat tu nanti.” Kata Wawa dengan bernada sayu. Bukan dia tidak tahu yang hati alongnya itu masih terluka,namun dia harus hormat dengan keputusan kakaknya itu.
            Sekali lagi air mata Dyna tumpah setelah perbualannya dengan Wawa tamat. Dia tidak dapat menahan lagi kesedihan yang melanda dirinya itu. Dia perlu membuat semua ini,dia perlu terima pinangan lelaki yang dia tidak kenali. Dia perlu melupakan kenangan lalu dan membina hidup baru,hidup yang akan membuat dirinya lebih bahagia di samping orang tersayang.
            ‘Kau akan bahagia ke Dyna dengan keputusan yang kau pilih ini?’ hatinya menduga tentang pilihan yang telah dia lakukan.
            Dia bingung! Ya! Dia bingung dengan keputusannya sendiri.

F.O.H(BAB 10)


BAB 10
     
     Anni sudah tidak senang duduk,sekejap jalan ke kiri,sekejap jalan ke kanan. Hari ini dia perlu menemui seseorang untuk menjelaskan tentang statusnya sejak setahun yang lalu. Dia sudah tidak sanggup untuk menyembunyikan perkara yang sebenar,biarlah dia berterus terang sahaja. Tidak sanggup rasanya untuk dia menipu orang yang dicintainya. Orang itu bukanlah Afiq Arman,tunangannya tetapi…
            “Hai sayang!” sapa Adrian dari belakang mengejutkan Anni yang tengah gelisah itu.
Petang itu mereka berjanji untuk bertemu di taman rekreasi yang berdekatan dengan taman perumahan Anni.
            Adrian seorang jejaka yang mempunyai kacukan cina dan melayu. Bapanya adalah seorang ahli usahawan yang berjaya dan berketurunan cina manakala mamanya pula seorang suri rumah yang bergaya dan berketurunan melayu. Adrian mempunyai paras rupa yang agak menawan. Setiap orang wanita yang melihatnya pasti akan mudah tergoda dengan personalitinya yang sangat bergaya itu.  Adrian juga  lebih dikenali sebagai ‘kasanova’ yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur ini.
            Ramai wanita di Kuala Lumpur pernah menjadi mangsa kepada ayat-ayat manis yang dikeluarkan oleh jejaka ini termasuklah Anni. Anni juga telah menjadi salah seorang daripada mangsa-mangsanya.
            “Hai baby!” balas Anni lalu memeluk tubuh tegap Adrian. Terasa rindu pula kerana sudah lama mereka tidak bertemu.
            “You apa khabar? Sihat?” Tanya Adrian dengan suara yang menggoda.
            “ I ok je.” Balas Anni pendek.
            “Ada apa you tiba-tiba nak jumpa I ni.” Tanya Adrian lantas duduk di bangku yang berdekatan dengan mereka.
            “I nak bagitahu you sesuatu. Tapi sebelum I bagitahu ni I nak you tahu yang I cintakan you sangat-sangat.” Kata Anni cuba untuk memberikan keyakinan kepada Adrian betapa cintanya dia terhadap lelaki itu.
            “Yes dear,I know that. I pun cintakan you juga.” Balas Adrian tidak mahu mengalah.
            “Actually,I dah bertunang tahun lepas tapi I tak cintakan tunang I tu. I ada sebab tertentu untuk bertunang dengan dia.” Terang Anni berhati-hati dan cuba untuk menagih kepercayaan daripada Adrian.
            “It’s ok dear.I faham tapi yang penting I tahu yang you cintakan I seorang.” Kata Adrian lantas memegang tangan Anni dengan niat untuk menenangkan kegelisahan yang melanda diri wanita itu.
            “Betul you tak kisah?” soal Anni bersungguh-sungguh.
Adrian hanya mebalas dengan anggukan dan senyuman yang sangat menggoda kepada Anni.
            “I janji dengan you. Kita akan berkahwin secepat mungkin bila segala yang I rancang berjalan dengan lancar.” Janji Anni sambil memaut tangan kiri Adrian.
‘I tak kisah you nak kahwin dengan sesiapa pun Anni, sebab I pun akan menjadi tunangan orang tak lama lagi. Mama I dah rancang semuanya dan akan jodohkan I dengan anak kawannya. I’m so sorry honey.’ Bisik Adrian sendirian namun tidak didengari oleh Anni.
            Sebenarnya sejak dia bertemu dengan Anni di kelab malam setahun yang lepas, dia tidak lagi berkawan dengan mana-mana perempuan. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia sudah jatuh hati dengan Anni ataupun dia hanya jatuh hati dengan paras rupa dan bentuk badan yang dimiliki oleh Anni.
            Adrian memang mengakui bahawa Anni sangat cantik orangnya. Selama ini semua perempuan yang dikenalinya belum ada yang dapat mengalahkan kecantikan yang dimiliki oleh Anni. Mungkin kerana itu dia tidak melihat kepada perempuan-perempuan lain yang ada di luar sana.

Adrian terus memandu laju kereta mewahnya selepas bertemu dengan Anni di taman tadi. Di dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dia pening memikirkan tentang pertunangannya yang akan diadakan hujung minggu ini.
“Adrian,mama dan papa ada perkara yang nak bagitahu kamu hari ini.” Beritahu mama dengan riak muka yang serius.
“Apa dia mama?” soal Adrian cemas.
‘Lain macam saja bunyinya mama ni,ini mesti ada sesuatu yang penting ni.’ Duga Adrian sambil menumpukan perhatian kepada mamanya.
“Hujung minggu ni,mama akan masuk meminang anak kawan mama untuk kamu.” Lancar sahaja Datin Mariah memberitahu rancangannya itu kepada satu-satunya anak yang dia miliki.
Manakala Dato’ Ryan hanya mendiamkan diri sahaja. Padanya biarlah isterinya yang memberitahu tentang perancangan mereka itu.
“What!!” Terkejut Adrian mendengar berita yang disampaikan oleh mamanya sebentar tadi.
“Kenapa mama tiba-tiba buat semua ni kat Adrian. Adrian tak suka lah mama,soal jodoh Adrian boleh cari sendiri.” Bentak Adrian tidak setuju dengan rancangan mamanya itu. Padanya soal jodoh biarlah dia yang memilihnya sendiri,ini bukan zaman P.Ramlee lagi yang mana ibubapa menentukan jodoh untuk anak-anak mereka. Dia merasa tidak adil dengan keputusan mamanya itu.
“Tidak! Kamu wajib terima jodoh yang kami tentukan. Bukan kami tak tahu kalau kamu yang pilih sendiri entah macam-macam perangai agaknya perempuan yang jadi pilihan kamu tu. Kami mahukan menantu yang baik dan pandai menjaga nama baik keluarga kita. Jikalau tidak kamu tidak akan dapat satu sen pun duit dari kami,pandai-pandailah kamu cari duit sendiri.” Terang Datin Mariah panjang lebar. Cukup pantang baginya kalau ada  yang membantah sebarang keputusannya.
“Tapi mama,macam mana Adrian nak kahwin dengan perempuan tu. Kenal pun tak ni lagi la pula nak berkahwin dengan dia. Adrian tak cintakan dia.” Balas Adrian cuba untuk memujuk mamanya supaya tidak meneruskan rancangannya itu.
“Sebab itu lah kami mahu kamu berdua bertunang dahulu. Semasa dalam tempoh pertunangan kamu tu,kamu ambillah peluang itu untuk mengenal hati masing-masing. Kata orang ‘tak kenal maka tak cinta.” Dato’ Ryan mencela tiba-tiba setelah lama berdiam diri daripada tadi.
“Hurmmm..” Adrian mengeluh, bukan dia tidak tahu jikalau mamanya itu telah membuat sesuatu keputusan tiada sesiapa yang boleh membantah sebarang keputusannya termasuk anaknya sendiri. Dia terpaksa akur dengan kehendak mamanya itu dengan hati yang berat.
“Ponnnnnnnn!”
Terhenti lamunan Adrian kerana ada kereta yang membunyikan hon kepadanya, mana tidaknya dia sekarang berada di ‘traffic light’ yang tadinya berwarna merah tetapi sekarang telah bertukar berwarna hijau. Dia sendiri tidak perasan masa bila lampu itu bertukar warna hijau dan berapa lama dia telah berkhayal.

Dyna sedang leka menonton cerita Full House yang sedang ditayangkan di siaran 8. Tiba-tiba sahaja telefonnya berbunyi. Tersenyum Dyna melihat nama si pemanggil.
“Hello, Assalamualaikum ibu.” ceria suara Dyna menjawab panggilan ibunya. Terasa rindu pula kat ibunya itu.
“Waalaikumussalam, Along sihat?”Tanya makcik icah dengan nada yang lembut.
“Sihat bu. Ibu dengan ayah sihat?” soal Dyna kembali.
“Kami kat sini sihat-sihat saja. Along ibu ada hajat nak cakap ni.” Kata makcik icah tanpa melengahkan masa.
“Ni ha, sebulan yang lepas ibu ada terserempak dengan kawan baik ibu namanya Mariah. Ibu pernah cerita kat kamu pasal dia, kamu ingat lagi tak?” soal makcik icah dengan nada yang teruja sekali.
“Oh aunty Mariah. Ingat,kenapa dengan dia, bu?” baru Dyna teringat akan kawan baik ibunya itu kerana ibunya selalu sahaja menceritakan kepadanya pasal Mariah itu.
“Macam ini,hujung minggu ni dia nak datang ke rumah kita.” Makcik icah memberitahu tentang kedatangan kawannya itu hujung minggu ni.
“Oh! Yeke ibu,buat apa dia nak datang rumah kita?” soal Dyna kehairanan.
“Sebenarnya dia nak meminang kamu untuk anak lelakinya,Adrian.” Terus terang ibu memberitahu tentang hajat besar Datin Mariah itu.
‘Gulpppp!’
Terkedu Dyna mendengar tentang khabar yang baru diterimanya tadi. ‘Dia nak meminang aku? Untuk anak dia? Anak dia pun aku tak kenal macam mana nak kahwin nanti.’ Bisik hati kecil Dyna.
“Along,kenapa kamu tiba-tiba senyap je ni?” soal makcik icah keresahan. ‘Pengsan ke anak aku ni?’ soal makcik icah sendirian.
“Tak ada apa-apa la ibu. Ibu macam mana setuju ke?” Tanya Dyna setelah beberapa minit terdiam.
“La,ibu telefon along ni nak tanya along terima ke tak pinangan tu. Kalau tak terima ibu boleh bincang baik-baik dengan aunty Mariah tu.” Terang  makcik icah tentang sebab utama dia menelefon anaknya pada hari itu.
‘Aku nak terima ke tak pinangan tu ek?’ Dyna berfikiran sejenak.
‘Ala kau terima jela pinangan tu,lagipun kau nak tunggu siapa lagi? Afiq? Dia dah nak jadi suami orang pun. Lagipun takkan kau nak memalukan ibu kau depan kawan baiknya sendiri,kesian dekat ibu kau. Dia teringin sangat tengok kau berkahwin.’ Entah dari mana suara itu datang,Dyna pun tak pasti.
‘Tapi aku tak cintakan lelaki tu malah kenal pun tidak.’bisik Dyna.
‘ Ala lepas kau dah kenal dia,kau cinta la dekat dia nanti.’ Suara itu kembali menerjah ke fikirannya.
Akhirnya Dyna membuat keputusan…
“Baiklah ibu,Dyna terima pinangan tu. Baik untu ibu,baik juga untuk Dyna kan?” nekad Dyna dengan keputusannya itu.
“Betul ni?! Baiklah nanti ibu akan bagitahu dekat aunty Mariah kamu tu, jangan lupa hujung minggu ni balik kampung ya.” Teruja  makcik icah dengan keputusan anaknya itu. Belum sempat Dyna hendak meneruskan percakapannya talian panggilan terus terputus.
‘Balik kampung? Dah setahun aku tak menjejakkan kaki ke kampung itu tetapi hujung minggu ini aku akan balik ke halaman rumahku.’ Gumam Dyna sendirian sambil merebahkan badannya di atas sofa.
Berdebar-debar pula dia hendak pulang ke kampung hujung minggu ni. Yang pasti debaran itu hadir bukanlah kerana pinangan itu tetapi disebabkan seseorang.

Selasa, 19 Julai 2011

F.O.H(BAB 9)


BAB 9
        Sudah setahun masa berlalu,dan sudah setahun jugalah Afiq digelar tunang kepada Anni Maisarah bt Dato’ Musa. Bukan itu sahaja, sudah setahun juga lah Dyna menghilangkan diri, tiada khabar tentang Dyna dan dia juga sudah lama tidak bertemu dengan Dyna.
            Yang dia tahu Dyna sudah setahun tidak pulang ke kampung hanya familinya sahaja yang melawat Dyna di Terengganu. Menurut Hazwan,alongnya itu ada  sewa sebuah rumah di sana dan alasannya tidak pulang ke kampung adalah dia banyak perkara yang perlu diuruskan al-maklumlah pengajian Dyna sudah hendak hampir tamat.
            Afiq juga sekarang sudah bekerja bersama papanya di Syarikat R&Z Sdn.Bhd.
Sejak Dyna menghilangkan diri darinya dia sudah tidak seceria dulu, dia sudah menjadi seorang yang pasif. Mama dan papanya juga mula risau dengan keadaan anaknya yang dulunya sentiasa ceria tetapi sekarang hanya gemar menghabiskan masa bersendirian.
            Kadang-kala Afiq lebih suka termenung dan berkhayal bila duduk di rumah. Disebabkan itu la papanya menyuruh Afiq bekerja supaya tidak lah anaknya itu tercongok saja di rumah melayani perasaan.
            Apabila tunangnya Anni mengajak keluar ada sahaja alasan yang diberikan supaya dia tidak keluar bersama Anni. Kini di fikirannya bukan lagi Anni tunangannya tetapi Dyna kawan baiknya!
            Setiap masa dia akan teringatkan Dyna,teringatkan celoteh Dyna yang sentiasa mencuit hatinya itu,dan gelak tawa Dyna yang menyenangkan hatinya.
            Ya, dia rindu dengan semua itu, dia rindu dengan saat-saat gembiranya bersama Dyna. Dia merindukan seseorang yang akan membuat dia ketawa tengah-tengah malam jika dia menelefon orang itu. Orang itu adalah DAYANG NURDYNA!
            ‘Arghhhhh!!!! Kenapa dengan aku ni??!! Kenapa aku sentiasa ingatkan Dyna? Aku dah sasau ke?’ marah Afiq, dia tidak betah dengan keadaan seperti itu.
            ‘Kau sebenarnya cintakan dia,Fiq!’ ada suara yang berbisik di telinganya.
            ‘Tidak! Mana mungkin aku boleh cintakan dia! Dia kawan baik aku!’ balas Afiq menafikan kata-kata yang bermain di fikiranya.
            ‘Kawan baik je kan. tidak bermakna jika dia kawan baik kau, kau tidak boleh jatuh cinta dekat dia.’ Kata-kata itu muncul lagi.
            ‘Tak! Aku tak boleh jatuh cinta dekat dia? Macam mana kalau dia tidak cintakan aku?’ betah Afiq.
            ‘Dari mana kau tau dia tidak cintakan kau. Selama ini siapa yang sentiasa buat hati kau gembira,siapa yang lebih memahami kau dan siapa yang ada di sisi kau bila kau dalam kesusahan? Anni atau Dyna?!’ kata-kata itu membuat Afiq terdiam sejenak.
            Dalam diam Afiq mengiakan kata-kata yang bermain di fikirannya tadi. Selama ini dia sentiasa gembira bila bersama Dyna. Dan jika dia mempunyai masalah Dyna pasti membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
            Afiq sudah semakin pasti dengan perasaanya sendiri. Tetapi dia merasa geram dengan dirinya sendiri kerana dia sudah terlambat untuk mengetahui isi hatinya yang sebenar. Kini dia sudah bergelar tunangan orang. Semakin bingung Afiq memikirkan perkara itu.

            “Hoi!” sergah Isha mengejutkan Dyna yang sedang termenung teringatkan seseorang.
            Dyna hanya buat bodoh sahaja malas dia mahu melayan kawannya itu.
            “Ala kau ni Dyna tak sporting la. Kenapa kau tak terkejut tadi, penat aku sergah kau tau.” Kata Isha dengan nada yang merajuk.
            “yela-yela. Cepat terkejut kan aku lagi lepas nie gerenti aku terkejut punya.” Saja Dyna menyakat temannya itu.
            “Ha! Ok2!! Ready  ea, 1,2,3 Hoi!” Isha mengulang semula sergahan tadi, dia pun melayan saja kepala si Dyna tu.
            “Opocot aku cantik!” latah Dyna dengan berpura-pura terkejut.
            “Eh! Ada pula melatah puji diri sendiri ea?” soal Isha.
            “Ada jek, aku la yang buat tu.” Balas Dyna tidak mahu kalah.
            “Hahahaha! Pape jela Dyna. Ada-ada je kau ni.” Geli hati Isha mendengar jawapan Dyna itu.
            “Yang kau ni tak ada keje ke nak kacau aku kat sini malam-malam buta nie kenapa?” Bebel Dyna,
            “ Ala abis tu,aku tengok kau khusyuk sangat mengira bintang kat atas tu. Nak join jugak kira bintang.” Seloroh Isha selamba.
            “Ha! Loyar buruk je tau minah nie. Kalau jadi loyar cantik tak pe juga,ni loyar buruk juga yang kau pilih kan.” Kata Dyna sambil tangannya mencubit lengan Isha yang putih melepak itu.
            “Auch! Sakit la!” Isha sudah muncung kerana lenganya jadi mangsa cubitan Dyna.
            “Ahahhaha. Padan muka, buat lawak lagi malam-malam buta ni.” Ejek Dyna.
            Isha berlalu masuk ke dalam rumah sewa mereka itu sebelum tangannya menjadi mangsa cubitan Dyna untuk kali kedua.
            ‘Apa khabar la agaknya kau Afiq. Mesti kau sekarang sedang bahagia menanti saat-saat gemilang kau dengan tunang kau,Anni kan.?’ Bisik hati kecil Dyna.
            Dyna juga merindui saat-saat dia bersama dengan Afiq dulu. Pantang mereka bertemu, ada saja perkara yang boleh membuatkan mereka ketawa bagai orang gila gayanya. Orang gila pun gerun jika mendengar tawa mereka itu.
            Tidak semena-mena ada air jernih yang mengalir daripada mata yang bundar itu. Pantas Dyna menyeka air matanya sebelum housematenya itu perasan. Walaupun sudah setahun perkara itu berlaku hatinya masih belum pulih sepenuhnya. Mungkin kerana itula dia belum bersedia untuk pulang ke kampung halamannya lagi.  Lantas Dyna bangun dan masuk ke dalam rumahnya.
            ‘Seram juga duduk luar sorang-sorang tengah malam ni. Kang ada ‘maya karin’ tengah shooting terbang sana-sini, tak pasal-pasal aku pengsan nanti.’ Sempat lagi Dyna menakutkan diri sendiri.